Saturday, April 30, 2011

Perlukah header dalam Blog?

Dearest all,

Apa sebenarnya tujuan header? penting sangat kah header ni? adakah header mampu memberikan kesan kepada "cover" blog secara keseluruhannya? Gempak sangat ke kalau ada header ni..??


Saya sentiasa terfikir apakah tujuan header dalam blog? generally, blog-blog yang saya telah "blogwalking" boleh dikatakan 98% adalah header gambar sendiri...tidak kiralah seorang ke, berdua ke, beramai-ramai ke...most of it memang ada gambar...

Saya sendiri pun ada header cuma saya tidaklah menggunakan gambar sendiri, tapi mula-mula dulu saya memang tidak menggunakan header, saya cuma letakkan satu line bunga kat atas tu tapi saya "ditegur" dalam segmen BA oleh beberapa rakan-rakan blogger...

Adakah header ini juga satu cara untuk blogger menonjolkan imej dan diri mereka sebenar? saya tidak nafikan, kadang-kadang saya akan lebih suka memerhatikan wajah-wajah atas header semasa melakukan "lawatan"...yang ada pelbagai expresi sebenarnya...ada yang WOW! ada yang PERGGHH!ada yang GULP! ada yang BRAVO! ada yang AIIK? ada yang HEK ELEH...ada yang HAAAAH? ada yang OK laa.... semua itu expresi wajah-wajah yang ada atas header....

Tapi,macamana pula kalau header yang "WOooOW" tapi pengisian blog adalah "biasa-biasa je laaa" ataupun header yang OK laaa...tapi pengisian ialah "thumbs-up!" ataupun header yang "PergGGhhh" dan pengisian blog juga "superb"..emmm...??? *think*think*think*

Jadi, apa pula kata anda????


The Cave of Golden Roses

Dear Today!

Hi..siapa diantara anda yang pernah melalui zaman "Fantaghiro"?.....haaa....mesti kebanyakkannya tahu pasal cerita ni kan...saya juga antara salah seorang "penggila" cerita dari italy ini satu ketika dulu..ingat lagi time tu bulan puasa nak pegi tarawih tapi mesti pegi dengan hati yang tak ikhlas sebab nak tengok cerita ni, nasib baik pak imam tak baca surah panjang-panjang..yang lawaknya, abang siap cakap lagi kat saya, kakak & adik..kalau cukup 11 rakaat terus balik (means 8 rakaat solat tarawih + 3 solat witir...)..org lain belum habis lagi kitorang dah blah dulu..sebab nak tengok cerita ni main kat RTM time tu....balik dari surau ja mesti kitorang kena marah dengan bapa...:D

TARABAS
Tapi, selain dari Fantaghiro saya paling sukakan Tarabas...saya masih ingat lagi dialog Fantaghiro time suami dia, seorang putera (tak tau nama apa) koma sebab sumpah  Tarabas..sambil angkat pedang ke langit Fantaghiro jerit
"... In the name of LOVE,  i challange you Tarabas!! " ...
time tu airmata saya jatuh berderai-derai...sedih konon sebab laki dia koma dan dia berjuang kerana cintanya pada si suami...apalagi! kakak-kakak, abang-abang dan adik bantai gelakkan saya...nampak dek bapa dia kata "nilah yg kau nangis-nangis tengok time bulan puasa ni, bukan sebab nak kan lailatul-Qadr.."..Wah! lagi besar gelak adik-beradik...hehehehe...

FANTAGHIRO

p/s: Pernah minta kakak potong rambut ikut style ni, kakak cakap "ko ingat potong rambut macam dia, ko jadi cantik macam dia jugak ke?"... ;D

Friday, April 29, 2011

Sabah Paling MISKIN..

Dear sabahan,

This must be definitely sad for us..but this is not a new issue..see, what "they" had done to our "sabah"

The World Bank (WB) in Washington has confirmed through a new study that Sabah is not only the poorest state in Malaysia but it’s likely to stay that way for a considerable length of time given current efforts in poverty eradication.

The bottomline was that Malaysia’s economic planning in Sabah so far has not been for inclusive growth.

The study contained in the World Bank’s 2010 Malaysia Economic Monitor (MEM), the third in its series, was handed over last night to the state government by WB representative Emmanuel Jimenez, also Human Development Sector Director (East Asia and Pacific Region).

“Although efforts by the Government have somewhat brought down the poverty rate, it’s still not enough,” said Jimenez. “The MEM shows that Sabahans continue to struggle to make ends meet. This is more evident in the outskirts of the towns.”- Malaysiakini


source: Here

p/s :  They had the power, they have to do better!!!

Thursday, April 28, 2011

Sah! saya memang sedang mabuk....

Dearest all,

Saya memang mabuk! saya sendiri tidak nafikan...rasanya dah tahap teruk ni.....
sebenarnya saya sedang mabuk Domain dan Hosting!...hari ini saya hampir-hampir saja menekan butang "ORDER NOW" untuk membeli domain berharga lebih  kurang dalam RM32.00 setahun, tetapi hati saya berbelah-bagi, masih ragu-ragu...entahlah...


Tiada alasan sebenar kenapa saya merasa ragu-ragu, mungkin kerana terlalu teruja saya menjadi begini atau mungkin kerana saya takut saya tidak pandai mengendalikannya kerana ianya pasti melibatkan pelbagai coding yang saya jangka amat complicated!

Apapun saya tidak mahu tergesa-gesa.....takut menyesal di kemudian hari pula....

Wanita Islam Sabah terpaksa Makan Babi Kerana Miskin?

Dearest all,

Terkejut!! itulah expresi pertama saya selepas membaca posting dalam satu blog berkenaan tajuk diatas.....sungguh, saya sebenarnya tidak tahu-menahu mengenai perkara ini tetapi mungkin sebagai Non-Malay Muslim yang berasal dari sabah..saya kira mungkin ada baiknya untuk menjelaskan kedudukan sebenar mengenai situasi diatas...dari segi agama, saya akui dari segi peruntukkan dan keutamaan memang agak kurang berbanding apa yang ada di semenanjung tetapi itu tidak bermaksud yang penganut islam tidak bebas mengamalkan kepercayaannya, secara logiknya ini mungkin disebabkan kerana islam bukan merupakan agama majoriti disabah...



Cuma isu mengenai memegang,memasak dan memakan babi kerana kesempitan hidup semata-mata saya tidak berani komen, sebab saya tidak pernah "bertemu" dengan senario sebenar seperti yang dinyatakan diatas...cuma, kalau ada sekalipun kes sedemikian rasanya pekerja wanita yang terlibat itu ialah mereka-mereka yang datang dari negara seberang samada secara haram ataupun yang mempunyai taraf kerakyatan sementara kemudian terdesak mencari wang untuk menyara kehidupan....

Tetapi apa yang saya amat-amat bersetuju dengan penulis ini ialah kisah kemiskinan yang ditanggung oleh sebilangan besar rakyat sabah..saya akui hakikat itu...terutama sekali di kawasan pedalaman, isu kemiskinan memang ketara dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak yang sepatutnya...umum mengetahui Negeri sabah merupakan antara negeri yang mempunyai hasil dan khazanah hutan yang banyak... sebagai contoh, kayu balak, sabah mempunyai sumber yang luas untuk penerokaan kayu balak tetapi hairannya sabah tetap merupakan negeri termundur di Malaysia walaupun hasil hutannya diambil secara berterusan...



Bukan setakat itu, isu penyalahgunaan pemberian taraf kerakyatan juga merupakan satu isu yang paling lama berlegar-legar di sabah dan masih tiada jalan penyelesaian...bayangkan, rakyat dari negara seberang dengan mudah memperolehi status warganegara tetapi nasib bumiputera yang merupakan anak jati sabah pula masih ramai yang terkontang-kanting tanpa mengetahui status kewarganegaraan sebenar?


Sebenarnya ada bermacam-macam lagi isu boleh diketengahkan...tapi tak mau lah cakap lebih-lebih...tulisan ini juga bukan bermaksud untuk merendahkan martabat mana-mana pihak mahupun bersikap ekstremist kepada agama lain dan juga bukan racist kepada kaum lain, memang sedetik pun tidak ada niat saya begitu, kesimpulannya biarlah saya serahkan kepada para "readers" untuk mentafsir...sekian.

Artikel penuh tentang ini boleh dibaca disini dan sumber dari sini .

p/s: sekadar menyatakan kebenaran yang tersirat.....kerana yang tersurat sudah jelas kebenarannya.....

Wednesday, April 27, 2011

Nama domain yang paling sesuai

Hi readers,

Masih dalam mood "mabuk" domain...walaupun masih dalam proses "surveying" , tetapi secara tidak lansung saya mula mencari-cari nama yang "sedap" dan "sesuai" untuk digunakan..(in future..)


ada macam-macam nama yang terlintas hinggakan nama ini pun termasuk dalam senarai panjang saya...tapi kalau pilih nama itu terpaksa lah pula saya menggunakan "niche" yang berkaitan dengan sains biologi..aduih...mahu pecah kepala ..yang ni pun dah pening...sebabnya dua-dua (sains & software Komputer) memang bukan kebolehan saya...maklumlah, budak "arts" jee....:B

Okeh, agak-agak antara webhosting provider si A dan B ini,yang manakah pakej terbaeek dan paling seswwaii selain dari paling mudah untuk diuruskan ekk???

p/s : masih memerlukan sumbangan pendapat anda semua....siapa boleh tolong?

Matlamat sebenar bertukar kepada Domain

Dearest all...

Rasanya saya benar-benar berminat untuk move forward..walaupun sebenarnya masih serba-salah...antara pertanyaan yang berlegar-legar di kepala saya saat ini ialah:



1. Sejauh manakah saya serius untuk terus berblogging?
2. Apakah matlamat utama saya berubah domain?
3. Apakah "niche" saya dalam berblogging?
4. mampukah saya mencapai seperti apa yang saya impikan/bayangkan dalam berblogging?
5.Mampukah saya untuk terus konsisten?

dan pelbagai lagi...tapi, honestly saya masih dalam usaha untuk memahami "intipati" domain dan hosting...dan seperti sebelum ini saya mula keliru menentukan apakah pakej terbaik dan paling sesuai untuk tahap pengendalian dan kemampuan saya...

aii...baru terfikir, dah sibuk-sibuk cari pakej pula yee..hehehe...

p/s : Sekali lagi kepada sesiapa yang mampu membantu dan memberikan idea dan cadangan..sudi-sudi lah kiranya kongsikan kepada saya..






Perlukah ada domain sendiri?

Dearest all,

Beberapa hari ini saya mula terfikir untuk mempunyai domain sendiri..walaupun sebelum ini saya tidak terfikir untuk "beranjak"..(one step forward) tetapi bila melihat kepada kelebihan mempunyai domain sendiri saya rasa ia adalah perubahan terbaik, apalagi bila saya sendiri melihat bagaimana seorang rakan blogger yang baru saya kenali "berpindah" dari.blogspot.com kepada .com..baru-baru ini..



Dari semalam saya mula mencari beberapa maklumat berkenaan Domain dan Hosting..walaupun kebanyakkan daripadanya boleh dibuat secara"google" tetapi untuk memahami semuanya memang memerlukan masa, apalagi pada saya yang "zero-background" mengenai IT / komputer ni...bayangkanlah setiap kali melakukan carian setiap kali itu juga saya akan bertemu dengan pelbagai nama-nama baru dan setiapkali itu juga saya terpaksa melebarkan pen"goggle" dalam usaha untuk memahami maksud sebenar Domain dan Hosting...


Mula-mula saya memang tidak tahu langsung apa itu "domain" dan apa itu "hosting"..saya ingatkan dot com itu adalah domain...tetapi hosting pula?

Later on, saya kemudian dapat menangkap sedikit perbezaan antara kedua-duanya..Domain ialah..lebih mudah kalau saya katakan sebagai URL kita..contohnya, www.kromosomXY.com..ini ialah domain dan hosting pula ialah "rumah" tempat untuk menyimpan fail,maklumat dan dokumen atau semua content dalam KromosomXY.com itu disimpan dalam hosting...(emm???)

Ok, ini adalah apa yang saya "mampu" untuk faham setakat ini..jadi sesiapa yang boleh menerangkan secara lanjut..tolong kongsikan kepada saya..sekian...

Tuesday, April 26, 2011

The Apple of my Heart

Hi all!

This is Ashrafael closed-up taken by me, still using the lense of SE W995..again..this was also another "hentam-hentam" shot by me to be shared...


He's on breastfeeding session..& lucky i still managed to snap him without showing "it"!!!
i just love Rafael expression...mummy was edited to blurry :B

p/s : sorry for the imperfection....( pic taken on 7or 5 months before)

Terbeban kerana berkahwin?

Dearest all,



Siapa yang tidak mahu berkahwin di dunia ini? ..pastinya semua orang mempunyai impian untuk bergelar raja sehari...tetapi kenapa kita selalu dengar keluhan pasangan yang ingin berkahwin tetapi tidak mampu? kerana masih tidak mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi...ada pula yang sanggup meminjam dengan Bank samada menggunakan kad kredit ataupun pinjaman peribadi untuk perbelanjaan perkahwinan dan kemudiannya pening kepala selepas berkahwin...paling tidakpun meminjam daripada ahli keluarga dan saudara-mara ..tetapi dengan syarat hutang mesti dilangsaikan dalam waktu yang dijanjikan...bayangkan lah..

Kemudian lepas berkahwin pula, dahlah kena cari duit bayar hutang...bertambah lagi pening kepalanya bila kenalah fikir mengenai rumah-sewa..yelah takkan lepas kahwin pun masih tinggal dengan mak bapak..lepas tu sebulan kemudin isteri mengandung dan lagi sembilan bulan maka bertambah ahli keluarga yang juga bermaksud bertambahlah juga perbelanjaan isi rumah..sedangkan hutang terdahulu belum selesai lagi...pening kan???

Sebenarnya itulah senario kahwin sekarang..berkahwin dan kemudian menanggung beban sepanjang hayat....tidak hairanlah bila kita terbaca macam-macam kes rumah tangga ..tidak cukup dengan masalah si bapa, ada pula masalah isteri curang kerana mengejar lelaki kaya dah tu anak pula terbiar..bebas berkeliaran sana-sini..main pandai-pandai la nak hidup..lalu sanggup buat apa sahaja demi untuk mengisi perut...

Kalau anak orang berada yang memang kaya-raya dan mampu tidak menjadi masalah..kita lihat sahaja persandingan gah mereka sehinggkan di war-warkan mas kahwin yang sebanyak RM99,999.99...hebat bukan??..hadiah perkahwinan sebuah banglo ataupun mercedes ataupun jam tangan yang bernilai puluhan ribu ringgit...memang bertuah badan kepada sesiapa yang mampu..

Tetapi bagaimana pula dengan nasib kebanyakkan pasangan yang lahir di kalangan mereka yang biasa-biasa sahaja? mahu memikirkan harga bayaran katering sahaja sudah pening..belum lagi bab hantaran, belum lagi bayaran pelamin dan jurusolek tambah lagi dengan set pakaian pengantin??

Alternatif bernikah ramai-ramai seperti yang pernah di buat di Masjid Wilayah satu ketika dulu memang antara jalan terbaik unutk berjimat, selain dari itu..kenalah pasangan bakal pengantin pandai-pandai buat budget sendiri..fikirkan cara terbaik untuk "cut kos" supaya tidak terbeban selepas kahwin nanti...

Jadi peringatan kepada bakal pengantin...bijaklah mengatur perbelanjaan anda, beringatlah sebelum kena!

Monday, April 25, 2011

Cameron Highlands With Love

Dearest all,

Haven't reach Cameron Highlands yet?? Well, you should expect it will be as beautiful as the name..here some simple shot I've taken during my last visit earlier this year...enjoy and feel it!








 



p/s : This is only taken via Sony Ericsson W995 handphone...(",)v


Siapa nak Kahwin?

Dearest all,

Minggu depan kawan baik En.Hushband akan bertunang dan selepas itu jadual hujung minggu kami juga penuh dengan undangan perkahwinan..baru tersedar hujung bulan Mei ialah cuti sekolah, patutlah kad jemputan dapat sampai 5 keping...semuanya dalam bulan Mei...(",)v

Jadi, para bakal pengantin..selamat menempuh hari bahagia..dan kepada sesiapa yang bakal bergelar Raja Sehari hujung tahun ni tetapi masih tercari-cari akan pakej jurugambar/video yang menarik dan berpatutan saya cadangkan anda untuk mengintai pakej & tawaran menarik dibawah....

Azmi Sentral

dan saya kongsikan beberapa hasil tangan dari Azmi Sentral disini....





Kepada yang beminat, boleh add Azmi Sentral dalam Facebook atau like je Fanpage Azmi Sentral...

p/s: Azmi Sentral ni la yang amik gamabar majlis cukur jambul anak Catrionna-Ross...tgk full picture dia kat www.azmisentral.com

Sunday, April 24, 2011

Turkish Delight dalam Narnia:The Lion, The Witch & The wardrobe

Hi all,

Pernah dengar tak  "Turkish Delight", kalau ada sesiapa yang perasan dalam cerita Narnia: The Lion, The Witch & The Wardrobe, ada satu scene di mana Edmund diberi makan turkish delight ni oleh Ratu Salji sewaktu dia tersesat dalam dunia almari baju..

google
Kemudian kali kedua mendengarnya ialah bila En. hushband bercerita mengenai keenakannya terutamanya Turkish Delight warna hijau iaitu perasa Pistachios..memang dia pernah merasa turkish delight sebabnya dulu-dulu dia pernah duduk uk...emm, apa lah rasanya Turkish Delight ni yee...





Rasa-rasa, Turkish Delight ni ada jual sini tak?

p/s: tersangatlah teringin mahu merasai keenakannya....benarkah sungguh enak?

Bila suami gila bayang dgn perempuan lain

Dearest all,
ini cerita pagi ini tau..

Okeh, direct to the point..apakah perasaan anda sebagai seorang isteri / tunang / girlfriend kepada seorang suami / lelaki / boyfriend, bila dia memuji perempuan lain yang lebih cantik dari kita?..paling tidak pun hati pasti " tersayat kan"? apalagi bila dia memujinya bersungguh-sungguh depan kita...

Beberapa hari ini saya perasaan sneak preview untuk cerita bersiri House diulang berkali-kali dengan nama Huddy (House + Cuddy) di saluran astro, ch.701...saya dan En.Hushband memang peminat cerita bersiri itu dari mula dan tentunya tidak sabar untuk menonton siri terbaru mei nanti..

House M.D

Tiba-tiba....(perbualan seterusnya tidak di "translate"kan dalam bahasa malaysia standard)

En.Hushband : aik, house main pulok doh....
Saya : ya, started on mei bah itu..
En.Hushband : dok napok 13 (Thirteen) pun dale tu.. ( he means the sneak preview)
Saya : dia tiada sudah kali....ganti org baru la sudah tu..
En. Hushband : Saye...13 tu kalu tgk muko seksi gilo, mato dio tu..mano ado plakon tino lain mato gitu..comeeeeee laaa...
Saya : @%X!!*^#(&+>=!!! (dalam hati)

Siapa 13?..jeng..jeng..jeng...



tak jelas lagi?..

Inilah 13 dalam House M.D dan Quorra dalam Tron Legacy

Tau lah yang saya ni tak secome dio, modify macamana pun memang saya tidak akan kelihatan seperti dia, nak kata kelihatan, tutup mata sekalipun memang saya tahu yang saya tidak mungkin akan nampak seperti dia.....

Mau nya tak jelous, saya sendiri pun mengaku yang Olivia Wilde ni memang Cantik...tapi kalau nak puji sekalipun, agak-agak la wei...yang itu awak boleh tengok jee..yang bini ni, bukan setakat tengok, awak "dapat" sekali tau..siapa sepatutnya yang dapat pujian lebih? (",)v

p/s: wehh..awok ni tok leh napok tino come sikit, tahu dok will smith pun ada senyuman yang "membunuh" tau!...hahahhaha...