Wednesday, January 30, 2013
Sebenarnya masalah itu datang dari diri kita sendiri
berfikir.
Kenapalah dengan manusia ni. Kadang-kadang hidup sedia ada tidaklah se-daif mana pun. Apa yang sedia ada sebenarnya sudah cukup bagus jika banding dengan sesetengah orang yang nasibnya memang kurang baik.
Tapi kenapa manusia masihhhh juga nak yang lebih, nakkkk juga nampak sempurna dimata orang lain. Walhal kesempurnaan bukan punya manusia, itu hak mutlak si-Pencipta.
Bila ada defect mana-mana mulalah dia cari alasan buat hal, sengaja cipta onar untuk segala macam ketidak-puas hati-an. Hatta benda kecik bodoh je pun.
Sanggup buat macam-macam, reka cerita putar-putar semata-mata untuk kelihatan macam satu perkara itu maha menjelikkan. Modal cerita memang tak surut, sebab itu sentiasa ada saja tidak kenanya.
Jadi itu hidup sentiasa saja tegang tidak pernah ada surutnya. Mulalah mengeluh sana sini, mengadu itu ini, merengek begitu begini.
Siapa suruh seksa diri sendiri? susah benarkah kehidupan yang biasa-biasa saja yang tiada kecoh-kecoh bila tidak perlu, yang tak perlu demand macam-macam sampai tak masuk akal?
kau mengeluh hidup tidak adil bila kau punya semua tidak indah. Kau berkeluh kesah dunia serba muram bila kau punya semua rasa kusam. Kononnya.
Tapi itu semua kauuuu yang cari. kauuu yang cipta. Kan ke mudah bila kau terima segalanya itu setakat yang kau ada. Bersyukur bila sekurang-kurangnya kau tidak perlu hidup mengharung badai, menempuh taufan, meredah api.
Kan ke mudah begitu?...
ke kau memang rasa susah bila kau rasa senang????
Friday, January 25, 2013
mungkin diam itulah penawarnya
Aku ini kalau dikira adalah dalam kategori orang yang cepat marah bukan setakat marah je malah jenis yang marah dan akan simpan dalam hati, bukan sehari dua tapi simpan lamaaaaaaa punya, kadang-kadang cerita 10 tahun pun aku masih boleh ingat. Haaa, ingat perempuan sempoi dan mudah senyum ni calang-calang ke? hahaha.
Tapi akhir-akhir ini aku perasan satu perkara pada sikapku yang semakin berubah, perubahan yang aku tidak minta, tidak jangka, tidak pernah terfikir pun. Mungkin terselit hikmah di sebaliknya, jelas sekali mahu aku berfikir dan menilai sesuatu dalam jangkamasa panjang. Mungkin juga usia yang semakin meningkat buat aku semakin mudah untuk tidak merasa apa-apa 'kesakitan' yang silih berganti. Tapi aku yakin penyebab utamanya ialah hero yang tiga itu maka prinsip hidup juga semakin mudah, hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati jadi jangan bazirkan sesaat waktu pun untuk merasa gundah.
Kali ini, aku rasa aku tidak perlu 'adjust' apa-apa, just follow the flow. kemudian tengoklah nanti hidup jadi bagaimana, kalau teguh ya, itulah jawabannya, kalau tumbang juga, ya, redhakan saja. :)
Monday, January 14, 2013
Kalaulah saya punya pilihan mudah menjadi ibu sepenuh masa
Baru beberapa hari lepas anak seorang rakan mendapat musibat sewaktu berada di taska bawah ofis, agak besar juga bila sampai isu itu jadi kes polis. Yang rakan saya itu sudah tidak mampu berkata apa, matanya bengkak hatinya walang jiwanya pasti serabut, sewaktu dia bercerita saya tidak mampu menahan diri dari menangis, air mata saya laju berderai-derai, tangan saya automatik mengigil hati ibu mana tidak gusar bila 3 anak yang ada itu juga duduk ditaska sepanjang siang mereka?
saat itu hati saya tidak dapat menafikan bahawa betapa hampirnya anak yang 3 itu kepada pelbagai kejadian yang sangat-sangat tidak dikehendaki. Mintalah dijauhkan.
Malang memang sentiasa tidak berbau, itu semua orang tahu tapi untuk mereka-mereka yang menjadi kesayangan kita, doa semoga sentiasa dalam keadaan yang baik tidak pernah putus.
Rakan saya itu tidak habis-habis menyalahkan dirinya atas kejadian itu, dan kalau berada di tempat dia, saya pasti akan rasa perkara yang sama jika sekiranya anak kesayangan ditimpa musibah yang tidak diingini. Alangkan saya satu ketika dulu, yang baru melihat kesan gigitan (sampai lebam) di bahu dhani, hampir meroyan saya mengadu ke taska, dia apatah lagi.
Tapi, desakan hidup sungguh tidak boleh dinafikan, saya, rakan saya mahupun ibu-ibu bekerja yang lain terpaksa 'gamble' menghantar anak ke taska, pusat jagaan, pengasuh yang nasib baik adalah sedara-mara atau ahli keluarga yang tolong menjaga anak. untunglah mereka banding saya.
Bayangkan perasaan saya setiap kali meninggalkan anak yang 3 orang itu, tidak terkata sendu hati saya setiap saat melangkah keluar rumah, melihat wajah 3 anak yang sedang lena diulit tidur, kaki rasa berat macam digari batu 100,000,000 tan. Doa saya tidak putus-putus dalam hati minta agar anak yang 3 ini sihat-sejahtera dan tiada cacat-cela bila saya lihat mereka petang nanti.Begitu saya bimbangkan anak yang 3 itu begitu jugalah girang hati saya di sepanjang perjalanan pulang, teruja tidak terkata, lebih teruja dari perasaan seorang girlfriend yang nak jumpa boyfriend dia selepas lima tahun tak jumpa. Sungguh perasaan yang tidak terungkap dengan sebarang kata-kata. Bahagia.
Itu, kalaulah saya punya pilihan untuk terus berada disisi anak yang 3 itu sepanjang hari, setiap minit mungkin saya tidak akan timbul rasa bersalah saya jika sekiranya mereka tercalar atau benjol setakat sikit-sikit, tapi tidak bila seharian tak nampak anak-anak lepas tu balik tengok diorang ada tanda biru satu dua tempat terus rasa tak puas hati. Berserah dan tawakkal, itu saja kekuatan yang saya punya, doa agar anak yang 3 itu sentiasa dilindungi Allah dan mohon agar mereka sentiasa berada dalam keadan sihat sejahtera selalu.
: Bapa diorang lagi cerewet anak ada tanda nyamuk gigit pun bising.

Monday, January 7, 2013
beku
Maaf,
rupanya baru aku sedar bila hati jadi keras jiwa jadi beku
walau bukan sekeras batu tapi pejal bagai padu
Dulu mungkin masih mahu ada tolak ansur untuk sesuatu perkara kerana tidak mahu rasa bersalah memamah hati
Tapi sekarang bukan saja rasa bersalah itu tidak wujud malah sudah tidak kisah pada bagaimanapun rasanya
Bilanglah apapun
tiada rasa sebak biar setitis
omonglah bagaimanapun
tidak rasa kasihan biar sedetik
begini rupanya bila hati jadi beku, ia jadi bisu.
Malang sungguh jiwa yang itu
kala dia mampu membelai dibelai dengan seribu kekasaran
saat dia mampu mengusap diusap pula dengan sejuta kesakitan
cukuplah tidak perlu menyesal, bergundah gulana
jangan kesal, sesal tak sudah tiada gunanya

Subscribe to:
Posts (Atom)