Monday, February 17, 2014

Saat Kematian (Bermulanya Perjalanan Alam Baru)

Pada manusia kematian adalah saat berakhirnya satu kehidupan, namun pada kematian tika itu adalah saat bermulanya satu perjalanan kepada satu keabadian diri, kematian boleh datang bila-bila masa tanpa di pinta, tanpa dijemput tanpa di undang dan kepada siapa, saat dimana dan waktu ketika semuanya bukan dalam jangkaan walau tekaan sesiapa pun. 
Segalanya adalah tiba-tiba….waima pada detik masa dan apa keadaan sekalipun…kematian adalah anugerah pada yang telah siap menerimanya hadirnya, kematian adalah pengabadian yang benar-benar mengembirakan pada seseorang yang telah lengkap perisai nya dan kematian adalah satu permulaan kepada satu alam yang semestinya indah pada mereka yang menantikannya…namun kematian hanyalah kesakitan yang maha pada yang tidak pernah mengharapkannya, kematian adalah penyeksaan yang terlalu panjang pada yang tidak pernah mahukannya dan kematian pastinya adalah perjalanan berliku, beronak dan berduri pada yang tidak pernah menbina benteng dan perisai yang cukup kukuh untuk dirinya…saat hadirnya kematian ada ketika ianya membawa kesedaran pada insan yang masih tinggal walau ada ketika ianya hanyalah perkhabaran sedih lagi pedih pada yang gerun padanya..namun, apa pun bentuk kematian ianya tetap kematian dan kepastian pada semua insan..pada yang muda, yang pertengahan,yang tua hatta pada yang masih belum mengenal dunia sekalipun…kematian pasti menjelma…dan saat itu tiada siapa yang akan mampu menolak hadirnya walau pada apa cara sekalipun…pada yang pergi, seribu doa dan harapan kepadanya semoga pengabadian di satu dunia barzakh adalah kebahagiaan padanya dan pada yang tinggal ianya adalah perjuangan hidup untuk melengkapi diri dengan perisai kukuh agar tidak terkapai-kapai di alam baru yang barzakh kelak…Amin.

[Dedikasi: ingatan Tulus Ikhlas, Doa & & Harapan untuk seorang Nenda yang kembali ke Rahmatulah pada 13 NOV 2008+- 8.20pm (khamis)]

December 1, 2008

Sunday, February 16, 2014

IF

If yesterday
i don’t pick the red rose
maybe my finger won’t get hurt
today

If yesterday
i don’t light up the candle
maybe my finger won’t get burned
today

if yesterday
i don’t step over the stone
maybe i won’t fall down
today

if yesterday
i don’t swim to the river
maybe i won’t get drowned
today

And, if i just know on everthing..

Saturday, February 15, 2014

Apa Yang Dicari?

Memang hati manusia tidak pernah puas malah juga tidak pernah cukup

kadang-kadang, pada mata kasarnya kita melihat segalanya cukup malah barangkali juga terlalu cukup, tapi sebenarnya disitu masih merasa seribu ketidakcukupan…tidak kira apa perkara sekalipun..yang material, yang batiniah, yang realistik malah yang biasa-biasa sahaja sekalipun..hatta pada perkara yang kecil sekalipun manusia memang tidak pernah merasa cukup..pada perumpamaan tidak pernah merasa cukup itu ialah..diberi betis mahukan peha..kalau pada perkataan normal nya ialah..tidak pernah bersyukur..walau, kadang-kadang kita bersyukur, tapi syukur itu hanyalah ucapan bibir yang bukan dari hati..kerana hati akan pastinya menginginkan lebih..malah mungkin tidak akan pernah puas…

Kisahnya Adam sekalipun, hidup merana kerana terlalu mengikut kehendak hati yang tidak merasa puas dan bersyukur atau pada anak-anak kembar Adam yang berbunuhan kerana mahukan sesuatu yang lebih….

Adakah itu kebenarannya, yang manusia namanya memang tidak pernah cukup dan merasa puas…

-

October 25, 2008

Friday, February 14, 2014

DIAM !!!!

Kalau dulu dia riang berbicara…
kerana bicara itu mendatangkan gembira padanya
kalau dulu dia galak berkata-kata
kerana kata-kata itu mengirangkan harinya
kalau dulu hujah nya bersulam ceria
kerana hujah nya mengamit gelak tawa
kalau dulu tutur nya bersahaja
kerana tutur nya mengundang rasa kasih sayang padanya

namun kini..
bicara riang padanya telah tumpas
kata galak padanya telah padam
hujah ceria padanya telah tumpul
dan tutur bersahajanya telah bisu


bicaranya tumpas kerana mulutnya dipaksa diam
katanya padam kerana lidahnya disuruh diam
hujahnya tumpul kerana suaranya diperintah diam
dan tuturnya bisu kerana ucapnya diarah diam
hatinya di tanya mengapa bicaranya tumpas
dan dijawab oleh hati kerana dia dipaksa
jiwanya diaju mengapa katanya padam
dan dijawab oleh jiwa kerana dia dikerah
raganya di soal mengapa hujahnya tumpul
dan dijawab oleh rasa kerana dia diarah
nuraninya diseru mengapa tuturnya bisu
dan dijawab oleh raga kerana dia disuruh


mana pergi dirinya yang dulu riang
mana hilang dirinya yang dulu galak
mana arah dirinya yang dulu ceria
mana jejak dirinya yang dulu bersahaja


Dia…riangnya di ragut dari bicaranya
Dia…galaknya dirampas dari kata-katanya
Dia… cerianya direnggut dari hujahnya
Dia…bersahajanya direntap dari tuturnya


Saat ini dia masih disudut itu menangis….


Mahu mengadu pada yang simpati namun dia di kejauhan
Mahu menagih pada yang kasih namun dia dipinggirkan
Mahu meminta pada yang tulus namun dia tidak tergapai
Mahu merayu pada yang ikhlas namun dia tidak tersentuh…


Benarkah begini nasibnya kini
Benarkah ini takdirnya sekarang
Mungkinkah ini kisahnya ketika ini
Mungkinkah begini ceriteranya sampai mungkin?
Saat ini dia masih di sudut itu menangis….
Mengharap pada hadirnya kasih..
Menunggu pada tibanya sayang
Menanti pada datangnya belai
Biar sekadar cuma mengembalikan kisah gembira padanya…


( Didedikasikan kepada hati, jiwa dan perasaan yang menyulam rasa..ceritera untuk raga yang memintal manis dan pahit nya kesedihan…moga dikembalikan semula semua ceria satu ketika dulu…)

Written:

September 24, 2008 -From my Old Blog