Tidak tahu kenapa bila setiap kali aku cuba untuk jadi baik aku akan tergelincir. Aku cuba bangun balik dan kemudian merangkak tapi entah kenapa aku tetap akan jatuh, aku cuba untuk bangun balik ambil balik semangat untuk melawan dugaan tapi masih aku tetap akan jatuh tergelincir.
Aku tahu aku bukan maksum, aku manusia biasa yang berdepan dengan cerita hidup yang pelbagai, dan bila cerita hidup aku itu adalah perit aku jatuh walau betapa kuat aku bertahan.
Berusaha menjadi lebih baik dari semalam memang bukan senang dan rupanya usaha itu betul-betul tidak pernah mudah.
Orang sekeliling aku bagi nasihat serupa "teruskan, teruskan, teruskan". Tapi melakukan sesuatu perkara baik dengan jiwa yang penuh pengharapan tidak semudah berkata senafas teruskan.
Aku tidak tahu akan berapa lama lagi aku perlu berjuang untuk diriku sendiri dan aku tidak tahu berapa lama perlu aku bertahan. Tapi hatiku masih kuat mahu berubah, berubah untuk menjadi seorang manusia yang sekurang-kurangnya lebih baik dari siapa aku yang sebelumnya.
No comments:
Post a Comment