Tuesday, September 23, 2014

ketuk kepala sendiri! padan muka!!!

Nak jadikan iktibar untuk diri sendiri.

Aku memang bukan jenis yang suka mengadu-domba tentang apa-apa pun pada orang lain, sangat payah! tapi bila aku tercakap serba-sedikit tu makna nya aku memang dah tak tertahan dengan apa yang aku pendam. Itupun hanya dengan orang-orang tertentu sahaja. Nak share dengan ramai-ramai memang tak akan!!!

Tapi itupun tak pernahlah aku bercerita sampai atas-bawah kisah aku, nak kan clean and jerk sampai orang tahu serba-serbi. Tak pernah!!

Dan tiba-tiba, bila ada antara seorang-dua orang terpilih untuk aku bercerita itu mula menjudge aku sekian-sekian. Aku terkilan. teramat sangat.

Sekarang, aku nak padankan muka sendiri, tulah siapa suruh ringan sangat mulut bercakap, kan dah orang kata kau macam-macam jadi kau ketuklah kepala sendiri. Biar rasa sakit!!
itulah sebabnya kenapa aku jaki sangat nak percaya orang!! selalu sangat terkena :(

P/s : was on my draft dated 9122013

Friday, September 19, 2014

sejarah 19092014

Sejarah bukan seni bernostalgia, tetapi sejarah adalah ibrah, pelajaran, yang dapat kita tarik ke masa sekarang, bagi mempersiapkan masa hadapan yang lebih baik - Negara 5 Menara

Saturday, September 13, 2014

Menses 13092014

Dua kali puasa berturut-turut aku tak mengganti, hampir2 tahun aku tak lalu kat bahagian tuala wanita di supermarket dan selama itulah juga aku tak diberi cuti solat, itupunnnnn liat jugak.

Then, hari ni tiba-tiba dia datang menjenguk. Lega sikit hati sebab benda normal dah balik pada badan aku. Cumanya yang tak tahan sekarang ni ialah kepala aku berdenyut-denyut sakit masalahnya aku dengan budak-budak je sekarang ni.

Jangan tumbang sudahlah.

Wednesday, September 10, 2014

Mak 10092014

Lewat-lewat petang begini aku pun dah tak de mood sangat nak buat kerja, tapi dalam pada malas-malas tu aku belek la juga sambil-sambil dengar ofismate aku berborak sesama diorang. Mula-mula cerita biasa-biasa je, pasal jadual kaunter, pasal usb charger, pasal tupperware, kemudian masuk tiba-tiba cerita pasal mak.

Makin lama aku dengar, entah tiba-tiba hati aku jadi kecik terus diam-diam aku aku kesat airmata panas bawah mata. Dengar diorang cerita pasal mak yang akan masak semua makanan kegemaran kalau balik kampung, pasal mak yang sanggup cari ayam pencen semata sebab anak nak makan rendang ayam pencen, pasal mak yang nak juga jahitkan baju cucu tak kira mata kelam sekalipun dan part yang paling aku tak tahan ialah bila dengar member tu cerita mak dia sanggup bangun pagi-pagi setiap hari sebab nak siapkan sarapan untuk anak dia pergi kerja biarpun dah beranak empat.

Terus aku teresak, ingat mak sendiri. Arwah mak, sebenarnya.


Allahummagfirli dzunubi waliwalidaiyya warham humma kamma rabba yana saghiro


Tuesday, September 2, 2014

Mangsa Keadaan 020914

Pagi tadi, aku dengan anak-anak lelaki aku yang dua orang menapak jalan kaki ke taska, jalan pelan-pelan sebab aku kesian dengan anak aku yang kena kejut bangun dan mandi terketar-ketar kemudian kena bawak beg galas kemudian berjalan kaki awal-awal pagi, aku pula kendong yang lagi seorang dengan tangan kanan dan kemudian tangan sebelah aku bawak beg galas 2 biji,  bekalan susu dan sabun cair dettol yang kehabisan di taska. Habis lenguh tangan aku lepas tu.  Anak umur 4 tahun manalah nak jalan macam kita yang tua ni, asyik-asyik dia kebelakang dan aku pun asyik-asyik berhenti dan suruh dia jalan depan aku, nanti kena langgar kereta sebab orang tak nampak atau mami tak nampak kalau kena culik orang kataku.

Sampai taska anak kecik aku meraung, nak tak nak dengan berat hati aku cium pipi dia kemudian jalan pergi tak toleh-toleh dah. Sampai rumah aku sambar beg tangan dan beg duit, tahan teksi dan bawa anak sulung naik teksi untuk dihantar ke sekolah. Sebelum nak hantar aku ke tempat kerja, kena la  rm12.70. Semuanya berlaku di waktu pagi, dengan jalan sesak, dengan kereta berpusu-pusu dengan nak kejar masa dan dengan anak-anak yang terpaksa menempuh kekalutan pagi-pagi.

Semuanya kerana jadi mangsa keadaan, orang lain buat hal aku anak beranak kena tanggung hadap semua hal. Takde daya nak mengamuk walau hati ada tersentil rasa nak meroyan. hmmmmm......

Tak ape la, aku harap setiap apa yang yang aku buat walau dengan hati terselit rasa, aku tetap dapat reward yang baik samada untuk kehidupan dunia ataupun akhirat. Aku harap anak-anak aku juga mengerti bahawa dalam hidup tidak semua mimpi indah dan angan-angan akan jadi kenyataan malah terkadang ada perkara yang sangat tidak terjangka akan ditempuhi, apalagi bila ibunya adalah aku. Manusia yang penuh dengan emosi dan rasa hati.