Friday, November 28, 2014

Iklan nuffnang large rectangle

Aku saja nak taruh iklan nuffnang bawah entry walaupun tak pernah dapat apa-apa pun sebelum ni, saja nak try sebab aku baca blog orang bila letak iklan itu macam ngam pula tepek kat situ.

lebih kurang macam pit stop untuk membacalah macamtu, lepas baca satu entry kena pula enrty macam aku yang asyik nak emo je tup-tup bila dah habis tu nampak pula iklan bergerak then tumpuan jadi agak beralih sikit - walau tak semua boleh buat mood emo jadi happy tapi at least bagi ruang untuk tarik nafas sebelum sambung baca balik entri seterusnya.

Lagi leteran untuk hari ini. saja takde kerja.

Thursday, November 27, 2014

Asah otak

Gila!!!

Adjust punya adjust blog, tiba-tiba semua post aku hilang. Cuak aku. Usaha sikit aku buka satu dumb blog copy balik semua html coding kemudian paste balik kat blog yang 'hampir jahanam' ni.

Ehh...sakit juga rupanya bila sudah lama tidak mengasah otak.

Takde bende nak cerita sangat pun. saja nak beleter.

Tuesday, November 25, 2014

Tutup

Saya disoal mengapa deactivate FB, saya jawab "malas". Tapi nampaknya alasan yang begitu tidak mampu memuaskan hati satu pihak lalu saya diasak dengan beribu soalan sama "kenapa malas, kenapa malas, kenapa malas, kenapa malas, kenapa malas"?

Arghhhhh.......

JAWABAN:

Sebenarnya, saya mahu bagi peluang pada diri saya menikmati hidup sebagai seorang manusia, tidak bergantung pada FB untuk mengetahui pelbagai berita luar mahupun sekadar untuk re-connect dengan kawan-kawan maya yang belum tahu ikhlasnya di level yang bagaimana.

Puas hati?

Sunday, November 23, 2014

Kisah anak

Kejadian Jumaat lepas.

Tahniah,anak.

Baru aku tau apa rasanya bila anak naik pentas, hati aku tak habis senyum dari jumaat lepas sampai aku buat post ni. Syukur sangat.

Untuk esok dan hari-hari seterusnya, bagaimanapun atau siapapun engkau bakal jadi satu hari nanti selagi masih di redhai Allah mami tetap kuat menyokong dari belakang sayang.

Tadi, mami post gambar berkenaan kejadian di atas kat insta dan dhani baca caption mami tulis. Satu-satu dia sebut, perlahan-lahan dia baca tak tau dia hadam atau tidak tapi lepas itu dia tiba-tiba kata" terima kasih mami". Mami yang tengah balut buku teks dia terus sedu, diam-diam mami terharu, menitik air mata.

Aku mohon, nak minta pada Allah biar bagi aku anak-anak yang soleh. 


Rabbi habli minas solihin (as-saffat:100)

Amin.

Wednesday, November 19, 2014

Hidup ini satu keajaiban

Kawan-kawan facebook aku suka benar share gambar-gambar seperti tomato yang dibelah dua ada kalimah Allah/Muhammad di tengahnya, atau ikan yang ada kalimah Allah/ Muhammad di badannya, atau pokok yang ada kalimah Allah/Muhammad tertera di batangnya. Kononnya untuk menunjukkan betapa ajaib dan besarnya kuasa Allah.

Aku tidak nafi, Allah itu Maha segala-galanya, luas ruang cakupnya. Jadi bila diperlihatkan perkara-perkara begitu untuk dijadikan satu petanda kuasa Tuhan aku rasa itu sungguh tahyul. Kalau benar kau nak cari kebesaran Tuhan kau tak perlu tomato, ikan, batu, awan  atau pokok yang penuh dengan kalimah Allah konon untuk menambahkan lagi keimanan kau pada Yang Maha Esa dan adakah jika sekiranya kau langsung tak jumpa semua yang disebutkan seperti diatas itu maka kau akan jadi manusia yang tidak beriman?

look, iman yang kau letak dalam hati bukan sebab tomato atau ikan atau awan atau apa-apa lah yang ada tertera kalimah Allah. Iman itu adalah apa yang kau percaya sebenar-benarnya sepenuh hati, iman itu adalah apa yang kau yakin sebagai panduan kau sebagai seorang manusia hamba Allah. Bukan kerana tomato atau ikan atau awan tapi apa yang kau isi- padat dalam jiwa kau.

Kalau setakat kau nak cari keajaiban dengan benda-benda tahyul macam tu, aku pasti agama lain pun ada benda yang sama.  So, adakah itu akan memungkinkan kau beralih kepercayaan hanya kerana dalam agama kau, kau tak jumpa kejadian seperti kalimah Allah lebih banyak daripada agama lain?

Tak payah susah-susah pun, kalau setakat keajaiban yang macam tu boleh buat kau impress dengan agama dan iman, mari aku bagi kau contoh paling dekat : Kau bernafas itu pun sudah cukup untuk menunjukkan kau akan keajaiban dan kebesaran Allah pada diri sendiri. Kau sakit, kau sihat, kau mati pun kau sendiri tak tahu bila, itu sebenarnya lebih dari apa yang kau nak cari.

Katalah kau nak berdakwah sekalipun, tak payahlah dengan cara ini. Bukan setakat nampak yang kau ni tak berapa nak pandai sangat tapi juga akan menampakkan kau akan kelihatan seperti katun yang amat menggelikan hati.




Tuesday, November 18, 2014

Rebel

Mungkin menyakiti itu buat kau rasa menang, tak apa lah. Teruskan lah untuk menyakiti. Kalau itu bisa buat kau gembira, teruskan. Atau itu boleh buat kau puas hati, ya...puaskanlah hatimu...jangan berhenti.

Kadang-kadang kesakitan seseorang boleh jadi kebahagian kita. Aku mengerti itu. Dunia dan hasad manusia tidak pernah jauh.

Aku cuma harap Allah beri kau lorong yang lebih terang samada tersedar ataupun melihat akibat dari perbuatan mu.



When Great Trees Fall


When great trees fall,
rocks on distant hills shudder,
lions hunker down
in tall grasses,
and even elephants
lumber after safety.

When great trees fall
in forests,
small things recoil into silence,
their senses
eroded beyond fear.

When great souls die,
the air around us becomes
light, rare, sterile.
We breathe, briefly.
Our eyes, briefly,
see with
a hurtful clarity.
Our memory, suddenly sharpened,
examines,
gnaws on kind words
unsaid,
promised walks
never taken.

Great souls die and
our reality, bound to
them, takes leave of us.
Our souls,
dependent upon their
nurture,
now shrink, wizened.
Our minds, formed
and informed by their
radiance,
fall away.
We are not so much maddened
as reduced to the unutterable ignorance
of dark, cold
caves.

And when great souls die,
after a period peace blooms,
slowly and always
irregularly. Spaces fill
with a kind of
soothing electric vibration.
Our senses, restored, never
to be the same, whisper to us.
They existed. They existed.
We can be. Be and be
better. For they existed.” 

― Maya Angelou

Monday, November 17, 2014

Yasmin Kata

Ini apa yang yasmin Mogehad tulis tentang kejatuhan :

Transformation usually begins with a fall. So do not curse the fall. Let’s Rise Up and become better, wiser, more God- Conscious and more Spiritually purified!! Allah will make the journey easier for us.

Kesayangan ku

Kesayanganku,

Jika semalam ada gelak tawa mengiringi hari minggu kita
Aku mengharap pagi ini akan ada rasa sama yang masih bersisa
Kalau mungkin semalam aku sedikit menyulam kontra
Aku meminta agar petang nanti masih tertinggal sedikit rasa mesra menyapa

Kesayanganku,

Jika selama ini salju antara kita kerana aku, maafkanlah
Jika ketika ini dingin yang membeku itu sebab diriku, ku mohon berilah masa kepadaku

Mungkin,

aku memang telah tersilap cara
atau aku telah tersilap jangka
Kerna itu, aku minta kamu bertahanlah disisiku
Bantulah aku ketika aku tersasar jalan
dan genggamlah aku sekuat mungkin bila aku semakin jauh dihanyut ombak amarah.

Atau,

Jika memang kamu yang tersasar selama ini
berilah aku ruang
aku mungkin tetap bisa bersabar lalu melupakan semua khilaf dan mampu untuk terus mengasihi tanpa mengungkit sampai bila-bila

Betapa aku berharap agar ada ruang waktu untuk menyusun cerita biar lengkap dan sempurna tidak bercela nanti.


Kesayanganku.

Saturday, November 15, 2014

Sabtu yang bening

Hujan.

Sentiasa bawa hati jadi bening dan dingin. Yang kemudian buat emosi mengamit jiwa. Kalau duduk seorang mungkin emosi merajai hati tapi bila lebih dari seorang akan rasa serabut apalagi bila hati tengah memendam rasa gundah dihati.

Gerimis.

Friday, November 14, 2014

Ceramah

Satu perangai aku kalau aku dengar ceramah dalam youtube ialah aku akan ulang-ulang benda tu sampai aku rasa lekat dalam kepala, walaupun hakikatnya tidak akan begitu.

Aku selalu sangat berharap agar aku punya satu cip khas yang boleh rekod semua isi ceramah tu sebutir-sebutir.

Sebab, bila dengar ceramah yang sangat bagus. Selalunya berkaitan hidup, motivasi untuk terus hidup, hidup untuk mencari Tuhan dan juga ketenangan diri serta perjuangan untuk meneruskan kehidupan. Saat itu aku dapat rasa yang semangat aku naik, kekuatan diri itu datang tanpa dipaksa-paksa. Oleh kerana motivasi hidup yang datang berkobar-kobar tiba-tiba boleh hilang tiba-tiba juga dan kemudian buat aku down balik, maka aku perlukan semangat itu balik secepat mungkin sebab itu aku kena dengar benda baik berkali-kali.

Nak cari ceramah yang bagus-bagus kalau dah like dalam youtube tu senang, masalahnya nak dengar balik tu tidaklah semudah mula-mula tadi apalagi bila kuota internet habis!!!!!

Thursday, November 13, 2014

Penat - Rapuh

Penat.

Kalau ada cara untuk tulis ayat yang boleh define rasa penat yang tidak terhingga ni, aku akan usahakan untuk tulis, insha Allah. Cuma aku masih tak dapat cari ayat mahupun bahasa yang paling telus untuk define rasa sebenarnya.

Begitulah lazimnya bila punya hati yang sangat perasa, emosi yang sangat berantakan dan jiwa yang sangat jauh hampir rapuh.