Cumanya, yang aku rasa graf tinggi sikit dari tahun sebelum ialah sebab anak aku dapat no.2 dalam kelas selain dari dapat sepuluh terbaik keseluruhan darjah satu. Tapi inipun aku taknak cerita panjang-panjang, anak aku baru darjah satu tahun depan tak tahu lagi macamana, jauh lagi perjalanan dia.
Tahun ini juga aku kira hubungan peribadi aku diuji lagi hebat berbanding sebelum-sebelum ini, banyak jugaklah yang aku let go begitu juga yang aku take in dan walaupun aku tak berani nak kata lebih-lebih tapi aku rasa adalah juga sedikit dari banyak perkara yang berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Alhamdulillah dan terima kasih 2014 untuk yang itu.
Alhamdulillah dan terima kasih 2014 untuk yang itu.
dan untuk yang itu, selebihnya aku rasa aku perlu untuk belajar untuk bersedia menerima pelbagai kemungkinan yang mungkin bakal terjadi, bukan mudah, tidak pernah mudah tapi aku kena juga belajar. Aku nak biarlah hati aku redha dan terima bahawasanya "sekecil manapun sesuatu itu tidak pernah menjadi milik kekal kita, tidak kira apa/siapa/bagaimanpun, ia hanyalah pinjaman semata-mata, waima soal hati dan perasaan sekalipun".
Suasana kerja aku pula banyak yang kurang menarik berbanding tempat lama tapi sekurang-kurangnya keadaan yang begitu bagi aku sedikit ruang yang lebih untuk membaca dan dengan bangganya juga aku nak bagitahu yang tahun ni aku berjaya membaca over target, lebih 4 buah buku daripada target asal. Hooray!!!
Tapi, aku banyak terkilan dengan diri aku sendiri bila aku rasa aku banyak meremehkan soal spiritual setelah apa yang aku lalui beberapa tahun kebelakangan ini, dan ini adalah antara usaha istiqamah aku yang tidak pernah sempurna sepanjang tahun ini rasanya. Sepatutnya aku perlu lebih dekat lagi dengan Tuhan lebih dari apa yang aku telah buat sebelum ini.
sigh.
Apapun, seperti sebelumnya, aku tetap minta, berdoa dan mengharap yang perjalanan di tahun 2015 ini akan lebih awesome dari tahun 2014. Insha Allah.
akhir kata, dengan ucapan .... 2015 - Please be good to me.
2 comments:
Sama2 kiter buat yang terbaik tuk 2015 !
Nice sharing dida
Post a Comment