Friday, March 6, 2015

Frasa Rasa

Pernah tak rasa macam hati kau dah boleh redha untuk melakukan satu perkara yang kebanyakkan orang akan anggap itu adalah "kehancuran" sebuah hubungan tapi pada sisi yang sebelah lagi kau masih ada rasa macam tak berapa pasti akan tindakan kau itu?

Pernah tak rasa macam kau dah tak larat dah nak fikir pasal apa yang berlaku dan hanya berserah kemudian biar je sampai kau nak ungkap lantaklah aku dah tak kuasa nak layan!

Pernah tak rasa macam aku dah maafkan dan cuba untuk terima semua seadanya tapi sebenarnya kau tau untuk merasa ikhlas pada dua keyword: MAAF dan TERIMA adalah tersangat mustahil. 

Pernah tak rasa macam aku tahu aku akan lebih gembira dan paling penting ialah rasa tenang berseorangan berbanding aku sekarang.

Dan untuk semua frasa rasa di atas. Realiti hidup ialah bila sampai satu tahap tertentu, hati manusia akan jadi macam batu. Keras dan tepu, dan bila sampai tahap yang begitu nak pura-pura rasa macam takde apa-apa yang jadi memang susah.

Lagi-lagi bila perkara sama yang jadi berulang-ulang. 


No comments: