Thursday, May 11, 2017

Genap setahun !

Ya.

Hari ini, genap setahun posting sanah helwa akau di tahun sebelumnya. Kalau nak cerita tentang turun-naiknya kehidupan aku ada sejumlah susunan kisah yang tidak terjangka akan atau telah terjadi kepadaku.

Samalah juga dengan size badan, tak terjangka akan naik sebanyak ini tapi dh dijangka susah nak turun selepas ini.  Ok, tak lawak!

Manisnya hari ini adalah kerana bersekali dengan Malam nisfu Syabaan bersekali dengan malam jumaat. Tadi petang, aku saja tanya bapa budak. Hari ni selain birthday saya, apa lagi yang special? dijawabnya "Malam Jumaat..ha ha ha.." dengan ketawa yang diibuat-buat.

Jengkel.  

Begitulah lelaki, fikirannya memang sentiasa terarah ke 'situ'.Apapun, aku rasa aku dah semakin empuk merasa hidup. Macam-macam yang telah dilalui. Doaku untuk sanah helwa kali ini juga tetap sama, semoga terus menjadi manusia yang lebih henat dan lebih baik dari yang sebelumnya.

ok, quick posting. nanti nak tulisan lain. BYE


Sanah Helwa Hamidah 0037 

No comments: