Thursday, May 18, 2017

Malam

Ini adalah antara malam paling panjang dan paling sunyi dalam hidup aku pernah lalui. Seingat aku, aku pernah ada keadaan begini sewaktu ayah sakit tenat dua tahun lepas. Aku tak hirau malam atau siang, aku lupa detik masa, aku lupa pada semua perkara.

Fokusku adalah hanya pada ayah ketika itu. Pantang seorang aku nangis, masa makan, aku nangis, masa mandi, masa solat, masa terjaga, masa berdoa dalam semua keadaan boleh dikatakan air mata tidak akan pernah berhenti mengalir.

Aku takut pada sebarang kemungkinan dan aku tidak pernah bersedia untuk semua yang bakal berlaku.

Kali ini, situasi aku sama dengan orang berbeza. Tapi yang lebih menyakitkan lagi bila yang diuji itu adalah anak perempuan berumur 8 tahun. Besar sungguh dugaan dia. Semalaman aku tidak mampu tidur, semalaman aku sujud meminta ' selamatkanlah zara' . Aku mahu zara membesar dan terus kekal memanggil aku "nenek muda" seperti sebelumnya.

Ku mohon.

Amin

No comments: