Saturday, February 15, 2014

Apa Yang Dicari?

Memang hati manusia tidak pernah puas malah juga tidak pernah cukup

kadang-kadang, pada mata kasarnya kita melihat segalanya cukup malah barangkali juga terlalu cukup, tapi sebenarnya disitu masih merasa seribu ketidakcukupan…tidak kira apa perkara sekalipun..yang material, yang batiniah, yang realistik malah yang biasa-biasa sahaja sekalipun..hatta pada perkara yang kecil sekalipun manusia memang tidak pernah merasa cukup..pada perumpamaan tidak pernah merasa cukup itu ialah..diberi betis mahukan peha..kalau pada perkataan normal nya ialah..tidak pernah bersyukur..walau, kadang-kadang kita bersyukur, tapi syukur itu hanyalah ucapan bibir yang bukan dari hati..kerana hati akan pastinya menginginkan lebih..malah mungkin tidak akan pernah puas…

Kisahnya Adam sekalipun, hidup merana kerana terlalu mengikut kehendak hati yang tidak merasa puas dan bersyukur atau pada anak-anak kembar Adam yang berbunuhan kerana mahukan sesuatu yang lebih….

Adakah itu kebenarannya, yang manusia namanya memang tidak pernah cukup dan merasa puas…

-

October 25, 2008

Friday, February 14, 2014

DIAM !!!!

Kalau dulu dia riang berbicara…
kerana bicara itu mendatangkan gembira padanya
kalau dulu dia galak berkata-kata
kerana kata-kata itu mengirangkan harinya
kalau dulu hujah nya bersulam ceria
kerana hujah nya mengamit gelak tawa
kalau dulu tutur nya bersahaja
kerana tutur nya mengundang rasa kasih sayang padanya

namun kini..
bicara riang padanya telah tumpas
kata galak padanya telah padam
hujah ceria padanya telah tumpul
dan tutur bersahajanya telah bisu


bicaranya tumpas kerana mulutnya dipaksa diam
katanya padam kerana lidahnya disuruh diam
hujahnya tumpul kerana suaranya diperintah diam
dan tuturnya bisu kerana ucapnya diarah diam
hatinya di tanya mengapa bicaranya tumpas
dan dijawab oleh hati kerana dia dipaksa
jiwanya diaju mengapa katanya padam
dan dijawab oleh jiwa kerana dia dikerah
raganya di soal mengapa hujahnya tumpul
dan dijawab oleh rasa kerana dia diarah
nuraninya diseru mengapa tuturnya bisu
dan dijawab oleh raga kerana dia disuruh


mana pergi dirinya yang dulu riang
mana hilang dirinya yang dulu galak
mana arah dirinya yang dulu ceria
mana jejak dirinya yang dulu bersahaja


Dia…riangnya di ragut dari bicaranya
Dia…galaknya dirampas dari kata-katanya
Dia… cerianya direnggut dari hujahnya
Dia…bersahajanya direntap dari tuturnya


Saat ini dia masih disudut itu menangis….


Mahu mengadu pada yang simpati namun dia di kejauhan
Mahu menagih pada yang kasih namun dia dipinggirkan
Mahu meminta pada yang tulus namun dia tidak tergapai
Mahu merayu pada yang ikhlas namun dia tidak tersentuh…


Benarkah begini nasibnya kini
Benarkah ini takdirnya sekarang
Mungkinkah ini kisahnya ketika ini
Mungkinkah begini ceriteranya sampai mungkin?
Saat ini dia masih di sudut itu menangis….
Mengharap pada hadirnya kasih..
Menunggu pada tibanya sayang
Menanti pada datangnya belai
Biar sekadar cuma mengembalikan kisah gembira padanya…


( Didedikasikan kepada hati, jiwa dan perasaan yang menyulam rasa..ceritera untuk raga yang memintal manis dan pahit nya kesedihan…moga dikembalikan semula semua ceria satu ketika dulu…)

Written:

September 24, 2008 -From my Old Blog

Friday, January 24, 2014

Pantas

Banyak perkara berlaku pada aku sepanjang tempoh dua minggu ini dan sedikit dari yang banyak itu mungkin bakal merubah keadaan hidup masa hadapanku kelak. Itu aku pasti.

Aku mungkin akan bertukar tempat kerja, itu satu hal yang aku masih tak tahu nak define macamana - okay atau tidak? sebab selagi aku tak ada duduk berada di tempat baru melihat dan mencerna hal-ehwal dan peel manusia-manusia baru yang bakal aku mingle around, aku tak beranilah nak kata apa-apa, mungkin lebih baik dari tempat aku sekarang atau juga mungkin lebih teruk.Mungkin.

Yang pasti, aku akan punya masa yang lebih sedikit untuk aku menjalankan rutin harian aku sebagai manusia, perempuan dan ibu kepada anak-anak kecikku dan dalam banyak-banyak hal sebenarnya tentang bertukar ini aku paling relieve dengan part masa ini. Insha Allah, aku akan punya lebih banyak ruang dan peluang untuk berkasih-sayang dengan kesayanganku.

Yang pasti juga, aku mungkin akan melalui satu ruang kerenggangan aku dan kawan yang aku ada ketika ini dan saat aku menuliskan ini terfikir di kepalaku untuk post gambar(kalau ada) kami di FB (sebab aku rasa dia memang jarang baca blog aku) dengan caption "She's one of my shoulder to cry on which is the best for the time i've spent with, mungkin dia kecik,rendah,pendek dan muda dari saya tapi dia punya jiwa yang besar untuk berkongsi up 's & down's saya, i cherish the every moments were together, i love you & hope that we will stay together until the end, Thanks for the great moments we spent!". Aku banyak berhutang rasa dengan dia dan syukur kerana dia sanggup untuk mendengar segala apa yang pernah diluahkan pada dia. Mungkin sebab aku pun jenis yang  lambat 'warm-up' dengan orang baru dan dia pun dari spesis yang sama maka kami mudah untuk jadi sekepala. Terima kasih kawan!

Dan, untuk kesekian kalinya aku masih berharap dengan bertukarnya aku ke tempat baru, aku akan ada peluang untuk menjalani hidup yang lebih baik samada dari segi hubungan kekeluargaan yang aku punya sekarang. Yang ini aku minta dalam doa biarlah semuanya akan berakhir dengan perkara yang baik-baik sahaja kalaulah sebaliknya aku harap agar Allah beri aku hati yang lebih redha dan tenang selepasnya.


memang, tanpa sedar masa sangat pantas beredar sampai tempoh 6 tahun aku pun aku rasa macam baru 3 bulan kat sini, entah esok macamana pula lah.






Monday, January 13, 2014

Selepas Subuh

Perjalanan selepas subuhku menyaksi segala pancaroba ibukota

Bila manusia-manusia kurang bernasib baik bergelimpangan tidur berteduh di bawah bangunan-bangunan gah atau di pondok-pondok kecil sebagai gobok bermalam

Kelmarin dan hari ini bezanya tiada

Tetap saja mencari ruang seluas dirinya untuk menumpang

Berseorang dan terasing

Kalau mungkin nasib mereka lebih baik dari itu, bagaimanakah?

Atau apakah mereka tiada daya melawan takdir lalu menyerah begitu saja?

Tuhan, jika dibanding dengan aku mungkin mata kasar aku nampak lebih beruntung dari mereka

Tapi jika ditanding kentalnya jiwa, aku rasa si gelandangan mungkin lebih tabah dan kuat bila dia berjuang setiap detik untuk kelangsungan hidupnya.

- Terima Kasih Allah untuk semua jenis rasa yang Kau beri aku merasa-

KL 130113@6:59am

Friday, January 3, 2014

Duhai Anak

Duhai anak,
Kalau mummy buat hitung kiranya
Memori pertama di bilik bersalin
Masih terasa lagi kontraksinya, pedih lagi sakitnya, perih lagi jahitnya
Dan kelegaan dan kegembiraan mu anak
Masih lagi berdenyut segar di jiwa mummy.

Duhai anak,
Kau pembuka cinta, pengerat kasih, pemberi rasa
Dan kau juga duhai anak yang memberi mummy jiwa yang lunak.

Duhai anak,
2 hari ini mummy lihat kau menjadi kanak-kanak
Mummy lihat kau bersosial di kalangan kawan baru
Mummy lihat kau patuh mendengar kata mengikut telunjuk gurumu
Mummy lihat kau tersenyum lebar seronok dengan dunia baru mu

Duhai anak,
Tahukah kamu hati mummy luluh
Sayu, hampir tidak menyangka kamu sudah sebesar ini
Hampir mummy tidak percaya yang 6 tahun lepas kamu masih merengek mahukan mummy
Menangis bila hilangnya mummy
Menggedik & manja dengan mummy

Tapi,Semalam dan hari ini kamu sudah kanak-kanak
Hampir dewasa untuk menjadi dirimu sendiri
Dengan pendirian dan kehendak sendiri

Duhai anak,
Pantas nya masa berlalu
Mummy ibarat baru tersedar dari lena lalu termangu-mangu
Karna saat ini pun mummy masih
Punya rasa bahawa kamu anakku itu masih lagi bayi merah di tangan mummy sampai tika ini.

020114- to Nik Ashjadhaniel (191207) from mummy with love.