Wednesday, April 10, 2013

bila sudah bertiga

Walaupun punya 3 orang anak masih dalam kategori tidak ramai, tapi sebab serba-serbi buat sendiri aku tidak nafikan yang aku memang punya perasaan yang aku ada ramai anak.

Sebelum ini aku juga selalu fikir ibu-bapa yang punya anak ramai tidak akan mampu untuk membahagikan kasih-sayang seadil mungkin kepada anak-anaknya, dan akan ada anak yang rasa diri kurang disayangi berbanding anak lain atau akan ada anak yang akan left-out sebab jumlah adik beradik yang ramai.

Mula-mula dapat dhani aku memang ada perasaan dan fikiran yang begitu, jadi mati-matilah aku meminta supaya anak aku hanyalah dhani, tiada dua-tiada tiganya.

Tapi, hari ini setelah aku punya tiga orang anak, aku tersilap mengenai perasaan aku selama ini. Punya anak tiga buat rasa kasih sayang aku kepada mereka bertiga semakin dalam, semakin kuat. Bukan itu sahaja, aku rasa semakin bertanggungjawab untuk mereka- makan, minum, tidur, berak, mandi, main, belajar,memberi ilmu, memberi keyakinan diri dan pelbagai lagi itulah tanggungjawab padaku, apa yang wajib, patut dan harus oleh seorang ibu lakukan untuk anak-anak. Aku usaha seboleh mungkin untuk melaksanakan segalanya.

memang bukan mudah, tapi oleh kerana kasih yang mendalam dan tanggungjawab atas bahu aku kuatkan diri untuk buat segala yang termampu sebaiknya.

Fikir balik, aku mungkin tidak akan punya rasa sedalam seperti apa yang aku rasa kepada anak-anakku hari ini jika aku tidak punya mereka bertiga, dengan karakter masing-masing yang berbeza-beza aku rasa aku punya dunia warna-warni sebagai ibu semakin besar dan luas, melihat kepada satu perkara lebih dari sebelum ini dan memandang satu perkara dari sudut sehingga 360' untuk segala kemungkinan dan akibat untuk hari ini dan masa depan diorang.

Lihat, sampai begitu sekali kuasa yang kasih-sayang boleh buat untuk manusia seperti aku, rasa itu jugalah yang bagi aku banyak keinsafan untuk berusaha sebaik mungkin menjadi manusia yang lebih baik dari kelmarin.

Sekian.






Friday, April 5, 2013

Tiada bagusnya aku ini

ini sebab aku sayang sangat blog ini.
segalanya tentang aku ada disini.
yang baik, yang luhur, yang tulus
tentang semuanya.

Tapi tidak juga aku nafikan.
disini aku juga berhalusinasi --
tentang kehidupan, tentang harapan, tentang kemahuan
tentang cinta, tentang sengsara, tentang luka

Cuma, aku alpa satu perkara
aku selalu fikir aku lebih baik dari orang lain.
aku yakin hati hitamku adalah putih dari sesiapapun
aku yakin diriku adalah sebaik mereka yang insaf
aku percaya aku hebat, sehebat mereka yang terhebat

lalu, aku jadi manusia yang alpa
sangat alpa sampai aku lupa aku ini manusia biasa
sampai aku jadi bongkak, sampai aku jadi angkuh tahap maksimum
aku sentiasa betul dan tak pernah salah
aku sentiasa bagus dan mereka semua sampah

Sedarlah wahai aku!
kau ini bezanya tiada dari manusia lain
tahi tetap busuk, kencing tetap hancing
apa bagusnya kau dengan orang lain

kalau, kau ini dan semua manusia itu
datang hanya dari tanah hitam yang hanyir dan legam

jangan kau pernah lupa
angkat mukamu, dongak ke atas
disitu Dia, yang Maha Perkasa
dengan hanya se-ayat
'kun fa ya kun'
kau sudah tiada apa.

luaskan hatimu wahai aku!
carilah.insaflah.taubatlah.sujudlah
hati hitammu itu lunturkan jadi seputih salju
biar hati itu sentiasa sejuk selembut baldu

kerana,
selagi kau tidak mampu melawan hebatnya Si-Pencipta
diatas sana
kau tetap rendah seperti manusia yang melata

tiada bagusnya kau ni dengan orang lain

Tuesday, April 2, 2013

tata-tertib

kau masuk tapi tak bagi salam, tak pe lah boleh maaf lagi
kau duduk tapi mencangkung, sedangkan orang lain semua duduk bersila. pelik.
kau bercakap tapi kau mencarut, mestilah orang rasa mengarut.

kalau kau bawa cara lama, dulu-dulu untuk jadi sebahagian dari mereka. kau silap.
caturan masa kau memang telah lari jauh

jangan kau salahkan mereka kalau kau dilayan macam kera sumbang
sebab cara kau sendiri buat kau jadi kera sumbang
Maaflah, kadang-kadang cara menyapa itu harus kena pada seninya
kalau tak, orang menyampah dan meluat dengan kau

lalu biar kau begitu saja
biar jadi kera sampai bila-bila.

p/s : untuk dia yang menyapa tapi tidak kena cara. maaf.

Sunday, March 31, 2013

Doa saya bermula hari ini



Kalau hari-hari asyik nak menyalahkan orang lain memang tidak pernah ada habisnya

Kalau setiapkali asyik mencari kesalahan orang lain diri akan rasa sentiasa betul dan tak mungkin buat salah selalunya

Tapi kita tak boleh tipu hakikat, kalau tak betul itu tetap salah dan sebaliknya begitulah
Kerana itu aku mula langkah kecil dulu

Aku mahu hari ini dan hari seterusnya biarlah aku jadi lebih baik dari hari sebelumnya.
Nampak mudah bukan?

Walau tidak semudah istiqamah untuk satu perubahan baik untuk diri sendiri. Amin.

Friday, March 29, 2013

start now