Friday, November 28, 2014

Iklan nuffnang large rectangle

Aku saja nak taruh iklan nuffnang bawah entry walaupun tak pernah dapat apa-apa pun sebelum ni, saja nak try sebab aku baca blog orang bila letak iklan itu macam ngam pula tepek kat situ.

lebih kurang macam pit stop untuk membacalah macamtu, lepas baca satu entry kena pula enrty macam aku yang asyik nak emo je tup-tup bila dah habis tu nampak pula iklan bergerak then tumpuan jadi agak beralih sikit - walau tak semua boleh buat mood emo jadi happy tapi at least bagi ruang untuk tarik nafas sebelum sambung baca balik entri seterusnya.

Lagi leteran untuk hari ini. saja takde kerja.

Thursday, November 27, 2014

Asah otak

Gila!!!

Adjust punya adjust blog, tiba-tiba semua post aku hilang. Cuak aku. Usaha sikit aku buka satu dumb blog copy balik semua html coding kemudian paste balik kat blog yang 'hampir jahanam' ni.

Ehh...sakit juga rupanya bila sudah lama tidak mengasah otak.

Takde bende nak cerita sangat pun. saja nak beleter.

Tuesday, November 25, 2014

Tutup

Saya disoal mengapa deactivate FB, saya jawab "malas". Tapi nampaknya alasan yang begitu tidak mampu memuaskan hati satu pihak lalu saya diasak dengan beribu soalan sama "kenapa malas, kenapa malas, kenapa malas, kenapa malas, kenapa malas"?

Arghhhhh.......

JAWABAN:

Sebenarnya, saya mahu bagi peluang pada diri saya menikmati hidup sebagai seorang manusia, tidak bergantung pada FB untuk mengetahui pelbagai berita luar mahupun sekadar untuk re-connect dengan kawan-kawan maya yang belum tahu ikhlasnya di level yang bagaimana.

Puas hati?

Sunday, November 23, 2014

Kisah anak

Kejadian Jumaat lepas.

Tahniah,anak.

Baru aku tau apa rasanya bila anak naik pentas, hati aku tak habis senyum dari jumaat lepas sampai aku buat post ni. Syukur sangat.

Untuk esok dan hari-hari seterusnya, bagaimanapun atau siapapun engkau bakal jadi satu hari nanti selagi masih di redhai Allah mami tetap kuat menyokong dari belakang sayang.

Tadi, mami post gambar berkenaan kejadian di atas kat insta dan dhani baca caption mami tulis. Satu-satu dia sebut, perlahan-lahan dia baca tak tau dia hadam atau tidak tapi lepas itu dia tiba-tiba kata" terima kasih mami". Mami yang tengah balut buku teks dia terus sedu, diam-diam mami terharu, menitik air mata.

Aku mohon, nak minta pada Allah biar bagi aku anak-anak yang soleh. 


Rabbi habli minas solihin (as-saffat:100)

Amin.

Wednesday, November 19, 2014

Hidup ini satu keajaiban

Kawan-kawan facebook aku suka benar share gambar-gambar seperti tomato yang dibelah dua ada kalimah Allah/Muhammad di tengahnya, atau ikan yang ada kalimah Allah/ Muhammad di badannya, atau pokok yang ada kalimah Allah/Muhammad tertera di batangnya. Kononnya untuk menunjukkan betapa ajaib dan besarnya kuasa Allah.

Aku tidak nafi, Allah itu Maha segala-galanya, luas ruang cakupnya. Jadi bila diperlihatkan perkara-perkara begitu untuk dijadikan satu petanda kuasa Tuhan aku rasa itu sungguh tahyul. Kalau benar kau nak cari kebesaran Tuhan kau tak perlu tomato, ikan, batu, awan  atau pokok yang penuh dengan kalimah Allah konon untuk menambahkan lagi keimanan kau pada Yang Maha Esa dan adakah jika sekiranya kau langsung tak jumpa semua yang disebutkan seperti diatas itu maka kau akan jadi manusia yang tidak beriman?

look, iman yang kau letak dalam hati bukan sebab tomato atau ikan atau awan atau apa-apa lah yang ada tertera kalimah Allah. Iman itu adalah apa yang kau percaya sebenar-benarnya sepenuh hati, iman itu adalah apa yang kau yakin sebagai panduan kau sebagai seorang manusia hamba Allah. Bukan kerana tomato atau ikan atau awan tapi apa yang kau isi- padat dalam jiwa kau.

Kalau setakat kau nak cari keajaiban dengan benda-benda tahyul macam tu, aku pasti agama lain pun ada benda yang sama.  So, adakah itu akan memungkinkan kau beralih kepercayaan hanya kerana dalam agama kau, kau tak jumpa kejadian seperti kalimah Allah lebih banyak daripada agama lain?

Tak payah susah-susah pun, kalau setakat keajaiban yang macam tu boleh buat kau impress dengan agama dan iman, mari aku bagi kau contoh paling dekat : Kau bernafas itu pun sudah cukup untuk menunjukkan kau akan keajaiban dan kebesaran Allah pada diri sendiri. Kau sakit, kau sihat, kau mati pun kau sendiri tak tahu bila, itu sebenarnya lebih dari apa yang kau nak cari.

Katalah kau nak berdakwah sekalipun, tak payahlah dengan cara ini. Bukan setakat nampak yang kau ni tak berapa nak pandai sangat tapi juga akan menampakkan kau akan kelihatan seperti katun yang amat menggelikan hati.