Tuesday, October 24, 2017

my Q to God 2

Kenapa pada saat aku berusaha keras untuk memperbetulkan keadaan, memperbaiki segala kecacatan, mencuba untuk menjadi yang terbaik selalu.

Ujian perasaan itu tetap datang menimpa-nimpa tanpa henti setiapkali?

Aku rasa Penat!
Aku rasa Lelah!
Aku rasa Mati!

Kamu tahukah itu?

My Q to God

I keep asking God.

" Why when i choose to be such a good muslimah. He still sending me a man who never appreciate me as a woman into my life?"

-syurga yang tak dirindukan-

Monday, October 23, 2017

Self Healing Heart

Tiada ayat paling ampuh untuk menyatakan sebanyak mana damage yang menimpa.

Tiada gambaran paling tepat untuk memperlihatkan betapa parahnya hati itu terluka selama ini

Luka dan dirobek tapi dibetulkan kembali biar tidak sesempurna asli.

Kemudian dia bertahan.

Lalu berulang kembali dia disakiti dan hatinya hancur. Dia lekat sampai cantum. Tidak mahu terus pecah

Dan kembali dia bertahan lagi lebih kuat dari sebelumnya. Takut benar hati itu jatuh pecah dan hancur

Tapi setiap kali. Begitulah yang terjadi. Dan setiap kali itulah diusahakan untuk cantum mana yang robek, jahit mana yang koyak,lekat mana yang pecah.

Berulang-ulang
Berulang-ulang
Berulang-ulang

Kasihan kan?

Bezanya arah kita

Aku tika sakit. Mencari penawar dengan Allah.

Kamu jika sakit. Cari ketenangan dengan manusia lain.

Bukan aku kata aku baik. Tapi aku sentiasa mahu untuk jadi baik.

Bukan aku kata kamu tidak baik. Tapi kamu tidak melihat kebaikan dengan mendahulukan amarah.

Jalan kitakah yang berbeza atau jiwa kitakah yang semakin menjauh?

Wednesday, October 18, 2017

Retak

Retak jiwa cuba ku cantum. Payah. Hampir tak boleh. Yang pasti tidak akan pernah sesempurna sebelum ini