Friday, December 30, 2011
Wednesday, December 28, 2011
Belahan Jiwa aku!
Tuesday, December 27, 2011
anak dan adik perempuan
Seingat aku sejak dari kecil lagi aku memang sentiasa mengharapkan agar aku akan ada adik perempuan, sampai kadang-kadang aku jadi terlalu mengharap sehingga sanggup minta ayah aku ambil anak angkat untuk dijadikan adik perempuan, walaupun aku ada anak buah perempuan yang cuma beza 4 tahun je dari aku tapi sebab dia kecik-kecik dulu kuat melalak jadi aku jadi tidak 'ngam' dengan dia.
Setiap kali aku tengok kawan-kawan ada adik beradik perempuan yang rapat, aku memang jeles! aku imagine lah kalau aku ada adik perempuan aku mesti akan jaga dia elok-elok, jalan pegang tangan, main sama-sama dan aku rasa reason paling kuat kenapa aku nak ada adik perempuan, supaya aku boleh kongsi bilik, katil, selimut dan bantal sama-sama, aku imagine malam-malam aku dan adik perempuan aku akan curi-curi makan popcorn/junkfood bawah selimut sambil gelak-gelak atau tengok horror movie.
Tapi impian untuk punya adik perempuan itu hanya tinggal impian, sampailah aku berkahwin dan mengandung anak pertama, sebaik saja tahu aku mengandung naluri untuk punya anak perempuan semakin membuak-buak, kali ini aku mula imagine portraiture bahawa aku akan berjalan berpimpin tangan dengan anak perempuan aku yang cute dengan dua ikatan ponytail dikepalanya, tapi harap punya harap, Allah bagi aku rezeki anak lelaki, Dhani, walaupun bukan perempuan aku redha dan terima seikhlas hati, syukur kerana dhani lahir sebagai anak yang sempurna, keterujaan menjadi ibu kepada dhani buat aku lupa sekejap impian 'anak perempuan', mengandung kali kedua, aku keguguran dan time tu instinct aku kuat mengatakan yang baby itu adalah perempuan. Kali ketiga mengandung, aku redha, kali ini aku tidak kisah dapat lelaki atau perempuan,walaupun sekali-sekala aku ada terdetik mahukan anak perempuan tapi mungkin kerana kekecewaan sebelumnya buat aku tidak kisah sebab kali ini aku cuma pentingkan agar kandungan aku selamat, dan lahirlah Rafael.
Ketika ini Rafael sudahpun setahun sembilan bulan, sudah cekap berjalan/berlari walaupun masih belum pandai bercakap, dan akhir-akhir ini aku mula terbayangkan akan kehadiran seorang lagi anak kecil dalam rumah ini, cuma kali ini aku rasa hati aku kuat mahukan anak perempuan, aku ingat aku pernah 'tercakap' yang aku mungkin tidak akan dapat menerima keadaan sekiranya rezeki anak aku seterusnya adalah lelaki. Mungkin kerana kehendak dan impian aku dari kecik buat aku cakap benda mengarut begitu, kalau dikira betul, tidak kisah anak lelaki atau perempuan, mereka itu tetap saja rezeki dari Tuhan dan seharusnya aku bersyukur kerana anak-anakku sihat dan sempurna jika dibandingkan dengan dugaan dan ujian ibu-bapa lain yang maha-pelbagai.
Sebagai manusia yang tidak akan pernah tahu rahsia kehidupan, aku sedikitpun tidak layak untuk menidakkan anugerah yang dikurniakan kepada aku dimasa hadapan, itupun kalau Allah masih mahu bagi aku rezeki beranak, kalau tidak, lagi padan muka aku. Mungkin sebab hati aku yang sentiasa terdetik mahukan anak perempuan, jadi penyebab kenapa rafael selalu sahaja tidak sihat, aku rasa Allah sedang menguji aku sebenarnya, supaya aku jadi manusia yang lebih bersyukur dalam menerima segala ketentuan Tuhan. Ya memang benar, rahsia hidup hanya Tuhan saja yang tahu.
Friday, December 23, 2011
suka-suka pagi Jumaat
Selalu kalau 'terserempak' dengan blog Uncle Gedek, mesti aku tengok background gambar sebelum aku nampak mulut dia yang agak senget tu..hehehe, tapi takpe senget pun macho kan.
Tapi, aku tak sangka pula rupanya bukan ankel seorang saja yang suka pose gitu, omputeh pun rupanya ramai juga punya minat sama maca ankel ni, tapi yang mamat mat salleh ni punya lagi hebat, full satu page tu muka dia, takde statement apa pun...
bila lama-lama tengok, aku pula yang rasa nak muntah, mana taknya aku pandang dinding je nampak muka mamat omputeh ni, pandang meja pun nampak, pandang paper pun nampak, tadi pegi toilet pun nampak muka yang macam kat atas ni kat pintu toilet sambil nengok aku meneran, terusssssss tak jadi, cilaka!!!!
Tapi, aku tak sangka pula rupanya bukan ankel seorang saja yang suka pose gitu, omputeh pun rupanya ramai juga punya minat sama maca ankel ni, tapi yang mamat mat salleh ni punya lagi hebat, full satu page tu muka dia, takde statement apa pun...
Thursday, December 22, 2011
Love Your Kids?
"If you love your kids, love them enough to beat them so that they don't grow up to be idiots."- Maddox
Wednesday, December 21, 2011
Rezeki 'tak sedap'
baby girl ;) |
Masuk parking, kitorang disambut oleh budak perempuan umur sekitar 6-8tahun berketurunan india [no offense], dengan riang senyum dia hulurkan tiket parking kat kitorang, ala, paper nipis je cuma computer printed tulis masa masuk ke OTK, ye lah..setakat OTK takkan nak pakai mesin style KLCC kan.Bila tengok budak tu senyum lebar, aku balas dengan senyum lebar juga dan en.suami ucap 'thank you', si kecil comel-lote itu angguk.
Tak sampai sejam, kitorang dah setel, setakat beli 'jajan' budak dua orang ni tak lah perlu memilih bagai, sebabnya diorang pandai cari kehendak hati masing-masing, aku dan en.suami tolak troli je, tunggu diorang letak barang je, yang lucu dalam pada sibuk-sibuk cari jajan, dhani sempat minta tolong ayahnya ambilkan ubat gigi Darlie perisa apple hijau sebabnya ubat gigi diorang dah habis, nasib baik dia ingat!
Time nak keluar parking tu sekali lagi kitorang dilayan oleh budak kecil comel-lote tadi, aku senyum pandang muka penuh ceria kanak-kanak itu sambil berlalu, tiba-tiba dalam hati terdetik nak tanya suami 'awak, kalau tiba-tiba ada orang hantar baby depan rumah kita, awak nak jaga ke?'. Suami Jawab 'jaga jelah, even kalau baby yang orang hantar tu cacat sekalipun kalau dah memang depan rumah kita, itu kira rezeki Tuhanlah'.
Well, aku memang puas hati dengan jawaban itu, sebab aku pun memang berfikir macam tu, tapi entah kenapa aku masih juga gatal mulut nak tanya, 'kalau baby india, macamana?' jawab si suami' Rezeki Tuhan ada macam-macam bentuk, jangan kata rezeki tu benda yang elok-elok je, ada juga yang 'tak sedap' nya, tapi kalau itu yang Tuhan bagi ke kita, kena terima dengan khlas hati'.
sebenarnya, kalau tanya hati sendiri pun aku tak kisah kaler apa pun kalau dah 'diberi' tu aku terima, cuma bila en.suami kata 'rezeki tak sedap', aku terfikir, untung nasib manusia itu kan hak Allah, baik atau buruk itu ketentuan dan semestinya setiap perkara yang berlaku, tidak kira baik atau buruk, tetap saja ada hikmah disebalik segala kejadian. Cuma, tidak semua manusia sedar akan 'bentuk' rezeki itu yang bagaimana, mungkin bila diberi rezeki itu lebih disini-tetap ada juga sedikit kurangnya disana, mungkin hari ini untung- hari lain kita rugi, atau macam-macam lagi, asasnya : mahu mengajar manusia itu agar tidak menjadi TERLALU TAMAK!!!
Saturday, December 17, 2011
hati, kau perlu terus kuat!
sumber gambar |
dan ada ketika aku mampu untuk bersabar, bertahan dengan keadaan
tapi, ada masanya aku jadi ralat, tidak mampu bersabar kerana terlalu lama bertahan
dan aku akan jadi manusia yang banyak keluh-kesahnya, mempersoalkan segalanya,
kenapa dan mengapa semua ini terjadi.
Cepat benar masa berlalu, sekejap waktu dulu aku masih bisa merasa ketenangan
namun sekelip itu juga aku hampir hilang rasa tenang, hidup mula menjadi kusam
andai saja aku ikut hati dan perasaan, kiranya aku sudah tidak mampu berdiri
yang ada hanya kekecewaan dan penyesalan.
Sudahlah hati, berhentilah menganyam rasa rendah diri.
aku yakin ini dugaan, aku tahu ini cabaran
hanya perlu diriku sendiri untuk bertahan
berjuang dan terus melawan rawan hati
agar aku mampu merasa hidup yang warna-warni,
waima hanya sekejap kali.
TDS, 4:45pm [121711]
Thursday, December 15, 2011
Metafora - boikot zionis
Pagi tadi dalam bas 'pelancong', diorang pasang CD cerita pasal toyol-toyol tu, ntah apa tajuk dia ntah, sepanjang masa tu aku tidur, sebab pagi tadi pun aku bangun pukul 4.30pagi, dah dekat-dekat nak sampai aku terdengar perbualan dalam cerita tu kata 'kejamnya macam tentera taliban'.
Ok, yang cakap tu adalah bangsa orang yang gila-kritikal punya anti-yahudi, cerita tu adalah cerita produk negara yang isytihar Negara Moslem, dalam pada gila-gila punya melaung-laung, boycott produk bendera 'bintang-biru, laung-laung free palestine, support for afghan, tup tup buat filem buat pula dialog begitu, nampak pula yang kejamnya adalah saudara seagama sendiri.
Kalau memang kau tu anti-gila-'bendera bintang-biru', kenapa tak cakap 'kejam macam tentera zionis?' - atau korang ni macam lalang, bila-bila masa boleh ditiup kekiri-kanan?, action je lebih...phuiii!!!!!
Ok, yang cakap tu adalah bangsa orang yang gila-kritikal punya anti-yahudi, cerita tu adalah cerita produk negara yang isytihar Negara Moslem, dalam pada gila-gila punya melaung-laung, boycott produk bendera 'bintang-biru, laung-laung free palestine, support for afghan, tup tup buat filem buat pula dialog begitu, nampak pula yang kejamnya adalah saudara seagama sendiri.
Kalau memang kau tu anti-gila-'bendera bintang-biru', kenapa tak cakap 'kejam macam tentera zionis?' - atau korang ni macam lalang, bila-bila masa boleh ditiup kekiri-kanan?, action je lebih...phuiii!!!!!
Wednesday, December 14, 2011
apresiasi untuk pemunya jiwa yang kental!
sumber gambar |
Dipendekkan cerita, setelah aku selesai, baru aku tersedar yang aku tidak membawa handphone, dengan rafael ditangan yang tidak reti duduk diam sudah tentu aku tidak berselera untuk meredah orang ramai mencari dhani dan bapanya ke setiap station, public phone pula aku cari tak jumpa, mahu tidak mahu aku memilih untuk menunggu mereka di pintu keluar/masuk bagi membolehkan rafael bebas kesana-sini while under my supervision.
Duduk sebelah aku ketika itu ialah seorang ibu muda berbangsa cina[no offense] dan anak kecilnya yang lebih kurang dalam 8-9 bulan, Rafael memang sukakan baby jadi dia mula bermain-main dengan baby sebelah, aku yang kemaruk baby girl pun sibuk juga meng-agah baby tu, tiba-tiba si ibu yang sedang tersenyum itu berkata 'she's blind', aku berusaha menyembunyikan riak terkejut di mukaku walau dalam hati aku memang terdetik perasaan sungguh tidak sangka, patutpun baby tu tak senyum bila aku buat chi ku chak.
Dalam pada sibuk-sibuk melayan anak masing-masing, alice berkata 'i think you're not from around here right? you sound different when you talked..' Bila aku kata aku orang sabah dia angguk-angguk sambil kata 'your skin were just like mine'. Perbualan aku dan alice berterusan dan kebanyakannya berkisar tentang anak kecilnya, dia bercerita mengenai rawatan dan kos hinggalah kepada kisah dia ditinggalkan oleh ayah kepada anak perempuannya, Maya. Kali ini aku tidak dapat mengelak daripada memberi reaksi wajah, Alice ketawa kecil memandang aku, walau aku tidak berkata apa-apa tapi alice bersuara 'he is suck, right?' dan spontan aku jawab 'ya,stupid too'.
Aku kira alice antara perempuan yang paling kuat dan kental pernah aku jumpa, kelihatan tabah dan masih mampu tersenyum walau dalam keadaan hidup yang paling menekan ketika ini, dan jelas naluri ibu memaksa alice untuk terus menjadi kental meredah hidup untuk satu-satunya anak perempuannya, Maya, walhal si suami sanggup lepas tangan, lepas tanggungjawab semata-mata kerana tidak mahu menanggung beban menjaga anak yang kurang bernasib baik itu.
sebelum berpisah, aku katakan pada alice 'i'm lucky enough meeting someone like you, as a mother and a woman you're strong enough to faced this thing' , sambil bersalam dengannya, tanpa bertanyakan no.telefon, FB, emel atau sebagainya aku dan alice berpisah begitu saja, ketika menulis ini, seribu kekesalan dalam hatiku kerana tidak terlintas pun untuk bertanya dan meminta semua itu untuk menyambung 'ikatan'.
Tak apa, mungkin bukan rezeki aku untuk menjadi 'kawan' kepada alice kali ini, mungkin juga memang bukan rezeki aku untuk menjadi kawan kepadanya, mungkin aku hanya bernasib baik untuk ditakdirkan menjadi pendengar sekejap waktu kepada bebanan yang dipikul oleh alice, dan mungkin juga alice hanya mahu bercerita kepadaku, sekadar untuk meluah dan meminta didengari.
Tidak kisah, apapun kemungkinan antara kisah kebetulan aku dan alice, masih aku tidak mampu menafikan akan rasa kagum aku kepadanya, dari sudut ikhlas hatiku, aku tetap mendoakan perkara terbaik selamanya untuk alice dan si kecil, maya.
Akhir sekali, aku apresiasi kan post ini untuk semua wanita yang punya jiwa kental dengan kata-kata "a strong women is one who is able to smile this morning like she wasn't crying last night "
Tuesday, December 13, 2011
Air Mata Wanita
Gambar |
Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.
Pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan."Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"Dalam mimpinya, Tuhan menjawab,"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula,ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan,pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.
Pada wanita, Kuberikan kesabaran, untuk menjaga keluarganya,walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam apa keadaan pun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya.
Sebab,bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yangdiberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.
Dan, akhirnya, Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila-bila pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".
Copy dari [Realiti sebuah kehidupan]
Sunday, December 11, 2011
Muay Thai!
Aku tengah menonton rancangan The Challanger Muay Thay 2hr Finale di 701, ala, finale yang ulang beberapa kali dah pun tapi tak tahu kenapa aku suka, aku suka bila Mardsua jadi Juara, tapi rasanya mard sendiripun tak nak malu kalau kalah pada orang putih sedangkan dia orang Thai- Muay Thai kan kepunyaan orang Thai!
Tapi, dalam pada suka menonton The Challenger, aku rasa perlawanan ini memang kejam, mana tak nya, bukan saja berdarah-darah time dalam gelanggang tapi siap hilang ingatan lagi macam Cedric dan Antoine, kesian aku tengok, kalau setakat jatuh tu memang normal view dalam gelanggang. Dalam pada itu, hati aku terdetik juga, macamanalah agaknya kalau aku yang perempuan ini jadi peninju Muay Thai, mesti nampak hebat kan? ;)
sumber gambar weheartit
Saturday, December 10, 2011
Riak dan Bongkak itu amat meloyakan!
Hari itu aku ada terlibat satu taklimat secara langsung tentang skim baru, pembentangan itu pun dibahagi-bahagikan dalam beberapa bab dan setiap bab dibentangkan oleh orang / pegawai berasingan, ramai sebenarnya yang hadir tapi sebab aku memang ditempatkan di HR Department, kehadiran itu bukan sahaja penting tapi wajib, tak nak ketinggalan aku dan kawan aku terus je duduk di mana-mana tempat yang available untuk dua orang.
Masa nak duduk tu pun aku dah perasan dah ada tiga orang 'manusia' yang duduk belakang kitorang tu agak 'riuh' sikit tapi tak tak kisah, mula-mula tu kitorang memang tak perasan butir bicara mereka tapi lebih kurang dalam 10minit lepas itu aku mula dengar dengan jelas butir percakapan diorang, sebab : 1] tiga serangkai ni memang bercakap dengan suara yang kuat, sampaikan line depan aku pun boleh dengar apa diorang cakap, 2] tiga serangkai ni memang tak henti-henti bercakap, even bila penceramah kat stage tu bercakap pun, diorang sibuk nak cakap juga siap buat ulasan dan komen lagi, macam cakap dia seorang je yang boleh pakai.
mula-mula memang niat tu tak jelas sangat tapi bila sampai bab pencapaian prestasi, dan bila penceramah tu sebut ' Prestasi seseorang akan dinilai dari pelbagai aspek, bla bla bla bla bla...kebolehan dan kemahiran dalam pelbagai bidang termasuk bahasa..bal bla bla...tiba-tiba, kitorang dengar suara belakang tu cakap ' oo...i can speak mandarin also tau!' dan itu terlalu kuat dan jelas bila orang yang duduk dua line depan aku pun menoleh, kitorang yang duduk betul-betul depan dia apatahlagi! cuma mungkin tidak terlalu kuat untuk sampai di pendengaran telinga penceramah atas stage tu.
Betul, tak dinafikan dia tu memang hebat bila ada kemahiran bahasa lain, tapi tak perlu pun dia nak bagitahu semua orang dalam dewan akan kebolehan dia tu, sebab rasanya dalam dewan tu pun bukan dia seorang saja yang fasih dan tahu bahasa lain, apalagi kalau setakat bahasa mandarin, dulu time aku masih kerja dengan company aku pernah jumpa orang yang tahu 3 jenis bahasa lain : Latin, France dan Japan selain dari English dan Bahasa Malaysia, tapi seingat aku takde la pula dia tu nak riak dan bongkak sampai begitu sekali. Bukan apa, kan lagi bernilai ilmu itu kalau kau gunakan untuk macam-macam hal kearah yang baik-baik belaka, instead of kau gunakannya untuk menunjukkan lagi kebodohan dan kecetakan fikiran bila kau menunjuk-nunjuk dengan penuh riak dan bongkak. yang bukan sahaja menjengkelkan tapi malah amat meloyakan!
Mungkin dia lupa, setakat bahasa mandarin, berlambak je melayu [no offense] di luar sana yang fasih bercakap, aku pernah terlibat dalam satu sesi temuduga pegawai lapangan berbangsa cina , salah satu ujian bertulis ialah calon perlu untuk translatekan artikel bahasa melayu kepada tulisan cina [mandarin] dan dalam ramai-ramai tu ada candidates chinese [no offense] yang tidak tahupun menulis dalam bahasa mandarin dan ada candidates berbangsa melayu yang bukan saja pandai bercakap tapi siap pandai tulis bahasa mandarin lagi time tu, itu baru aku kategorikan, hebat [for malays]. Kalau setakat kau tahu cakap dan kemudian nak tunjuk riak dan bongkak, maaf, anda mungkin belum layak digelar pandai dan berilmu!
bukan lah nak jelous pun, aku dulu pun time belajar ada juga ambik bahasa arab sebagai bahasa asing tapi sebab aku memang dungu jadi bahasa arab tu jadi bahasa dalam sijil je, aku tak tahu sikit habuk pun.Cuma mungkin kalau count into account aku juga tahu bercakap dengan baik beberapa dialek lain selain dari bahasa dusun, kalau setakat, wo bu se hao ren, wo bu ming bai ni chiang shen me, aku pun bolllehhhh.....[nak credit jugak teww..hahah]
gambar adalah sumber dari Google
Friday, December 9, 2011
Mabuk Bermusim-OR
Beberapa hari ni di mana-mana sumber, blog ke, FB ke, Twitter ke, dala bas ke, dalam Tren ke, dengar orang cerita time aku tunggu laki pick-up kat stesen Sentul Timur ke - pendek kata semua orang bercerita benda yang sama ..filem Ombak Rindu, ramai orang kata best, kata romantik, kata menyayat hati, kata boleh nangis, kata macam-macam lagi - itu berlaku bila cerita ini difilemkan dan keluar panggung lalu jadi box office.
Masa OR masih dalam bentuk buku setebal 576 muka surat tak ramai pun orang bercerita tentang kehebatan OR, tak ramai pun yang cakap cerita ni best sampai nangis, tak ramai pun yang kata ini kisah romantik, atau macam-macam lagi.
mungkin sebab orang tak boleh imagine rupa hariz dan izzah dalam buku tapi bila dalam filem orang nampak Maya Karin & Aaron Aziz, atau juga mungkin sebab dalam bentuk buku menghabiskan 576 muka surat itu terlalu 'payah' daripada menghabiskan masa 2 jam dalam Panggung untuk mengetahui keseluruhan cerita, walaupun agak mustahil memfilemkan keseluruhan isi novel OR sebenar.
Tapi, apa-apapun, ini trend bermusim, novel 'didrama bersirikan' atau pun 'difilemkan' atau 'ditele-moviekan', untuk trend akan datang sama-samalah pula kita nantikan.
Masa OR masih dalam bentuk buku setebal 576 muka surat tak ramai pun orang bercerita tentang kehebatan OR, tak ramai pun yang cakap cerita ni best sampai nangis, tak ramai pun yang kata ini kisah romantik, atau macam-macam lagi.
mungkin sebab orang tak boleh imagine rupa hariz dan izzah dalam buku tapi bila dalam filem orang nampak Maya Karin & Aaron Aziz, atau juga mungkin sebab dalam bentuk buku menghabiskan 576 muka surat itu terlalu 'payah' daripada menghabiskan masa 2 jam dalam Panggung untuk mengetahui keseluruhan cerita, walaupun agak mustahil memfilemkan keseluruhan isi novel OR sebenar.
Tapi, apa-apapun, ini trend bermusim, novel 'didrama bersirikan' atau pun 'difilemkan' atau 'ditele-moviekan', untuk trend akan datang sama-samalah pula kita nantikan.
Thursday, December 8, 2011
Tuesday, December 6, 2011
Sunday, December 4, 2011
Rezeki itu 100% dari Allah.
'aku keluar tiap malam sampai pagi jumpa kawan kerana aku orang berniaga, kalau bukan kawan-kawan siapa lagi yang boleh bagi aku rezeki?'
seorang teman rapat mengadu kepada aku perihal pasangannya yang tidak lekat di rumah, selama ini aku lebih kepada pendengar dan jarang-jarang sekali berkata-kata, paling lebih pun aku akan cuba pujuk dia dengan berkata yang baik-baik perihal pasanganya. Tapi bila sehari itu dia hantar message dalam FB memberitahu, hubungan rumahtangga mereka sedang dalam peringkat akhir proses berpisah dan antara sebab utama ialah sikap pasangannya yang lebih berat kepada kawan-kawan, aku terpanggil untuk menulis, berdasarkan kepada kronologi kisah teman rapat ini sepanjang dia mengadu kepadaku dan juga berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan sendiri.
Terus-terang, selama hari teman ini mengadu-domba kepadaku aku tidak pernah sekalipun faham kenapa pasangannya itu perlu untuk berkata begitu kepada teman ini, pada aku, aku yakin bahawa sumber rezeki itu adalah 100% milik Allah S.W.T, itupun kalau pasangannya percaya bahawa Tuhan itu wujud, sebab pada aku dunia ini terlalu luas, bumi ini terlalu bulat untuk kau terokai dan kemudian berusaha tidak kira apapun caranya selagi sumber dan cara itu adalah halal dan diredhai oleh Allah dalam mencari rezeki.
Mungkin, dia [merujuk kepada pasangan itu] maksudkan yang kawan-kawan itu pemberi rezeki bila dia keluar untuk mengampu kawan-kawannya supaya diberikan apa-apa 'projek besar' [istilah orang berniaga], tapi kalau kau [merujuk kepada pasangan itu] keluar jumpa kawan-kawan yang standard- KUTU, sama macam kau, aku rasa kau bergomol guling-guling sampai dinihari dengan kawan-kawan itu pun, tetap saja kawan-kawan itu tidak mampu bagi kau apa-apa pun projek kecil apatah lagi projek besar. Lainlah kalau kau tu keluar jumpa kawan pangkat pengarah, ketua pengarah, Dato', Tan Sri, itu aku yakin kau tak perlu mengampu sampai gomol diorang hingga kepagi, tapi kalau kau mengampu tu kena dengan tajuk dan cara, insyaallah, sikit pun projek pasti dapat ke tangan kau juga.
Janganlah kata kawan-kawan itu sebagai sumber rezeki, mungkin benar mereka dapat membantu tapi meminta bantuan itu pun biarlah sesuai dan kena dan profil kawan itu sendiri, kalau kata kawan ialah pemberi rezeki itu bukan saja seolah-olah mahu menafikan zat Allah sebagai pemberi rezeki tapi juga menafikan kemampuan anda sebagai manusia untuk berusaha mencari rezeki di muka bumi yang luas ini. Itu semua terpulang kepada sejauh mana kemahuan anda untuk berusaha atas landasan halal dengan niat memajukan diri sendiri dan keluarga terutamanya. Rezeki Tuhan itu ada bertaburan dimana-mana, yang penting kecekalan dan usaha kuat diri-sendiri, tidak pernah ada jalan mudah untuk hidup senang, cuba fikir, sampai bila anda mahu terus -terusan mengampu kawan-kawan dan berapa lama pula anda perlu menunggu dari terus mengharapkan kawan-kawan?
Berpijak lah pada realiti, susah-senang hidup adalah caturan anda sendiri, memilih kawan juga biar kena pada keadaan, kalau hang-out dengan kutu, maka kutu jugalah jadinya anda, dan begitu jugalah sebaliknya.
sumber [gambar]
KENAPA WANITA CEPAT GEMUK DAN TUA?
Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri dan ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?
Tahukah anda;
1. Jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. Tetapi kasihan kaum ibu, mereka terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami, selamba saja sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya...takut membazir.. Membazir tu kan amalan syaitan. Si suami pula dengan riaknya mengatakan "awak ni kuat makan betullah!"
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapanya akan tidur mati. Kalau dengar pun buat-buat tidur juga. Malas nak bangun. Wanitalah yang dalam satu malam, entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ke, apa ke...pun dah tak guna. Kepada wanita-wanita malang kategori ini, ada dua petua untuk kekalkan kecantikan; minum air banyak-banyak, dan TIDUR SECUKUPNYA.
4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapanya.. Nak itu, nak ini. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah... Dan bila banyak marah dan banyak berleter, banyak cepatlah pula menjadi tua..
Kesimpulannya; wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawabnya, hidup anda akan tunggang-langgang.
sumber dari [Diari XXL] - Terima Kasih
Saturday, December 3, 2011
Kawan bukan kawan
Aku sebenarnya jenis manusia yang tidak kisah berkawan dengan sesiapapun, tidak kisahlah agama apa, bangsa apa, kulit kaler apa, atau apa-apa pun, aku memang tidak ada masalah dengan 'kawan', cuma mungkin kerana jenis 'kawan' itu ada pelbagai, aku juga berpeluang berjumpa-berkenal-berkawan dengan manusia yang aku rasa tidak layak hidup berkawan, menjengkelkan dan menyakitkan hati dan perasaan!
'kawan' yang aku maksudkan ini ialah kawan yang jenis :
1. Asyik kita ja yang jaga hati dia, tapi hati kita dia buat dek je!
2. Asyik kita ja yang nak kena layan dia baik-baik tapi dia buat kita macam hampeh!
3. Bila dia moody, satu malaysia nampak dari riak muka yang macam apa-apa ntah, sampaikan bila
jalan beriringan dengan aku pun aku rasa macam aku tengah jalan dengan musuh ketat dunia-
akhirat, sebab dia buat muka 500% sucks!
4. Bila dia moody, dengan kita-kita sekali kena tempias!!! - macam kita pulak yang swing mood dia,
Damn!!!
5. Dia mengadu itu-ini, sebagai orang yang sedikit tua dan punya lebih pengalaman dari dia, maka
aku pun dengan hati ikhlas niat nak membantu bagi nasihat, tips atau pandangan yang berkenaan,
tapi tahu tak dia respond macamana? - dia mesti akan balas balik dan bagi alasan macam-macam,
itu tak suka, ini tak makan, tak nak berlari, tak nak penat, tak nak itu, tak nak ini, tak berkenan
macam ini, tak berkenan macam itu. Semua dia tak ngam, buat rugi air liur aku cakap itu-ini,
last-last, yang dia punya pendapat juga dia nak pakai, opinion orang lain buang tong sampah!
macam cib'sss sungguh kan?
6. Kalau nak pergi mana-mana, mesti kena panggil, jemput, call dia, kalau tak, dia tak kan nak gerak
dulu punya, lepas tu marah ke kita pulak "kau tak panggil aku pun?".
Well, banyak lagi benda tapi aku tak reti nak elaborate panjang-panjang, cukup sekadar aku bagitau aku memang rasa meluat dan menyampah dengan dia tu, kalau ikut hati setan aku, nak pandang muka dia pun aku tak lalu tapi kerana hati aku bukan setan, aku larat lah jugak buat muka 'biasa-biasa' walau dalam hati rasa macam nak belasah je!
Aku sendiri pun ada geng lain selain dia, tapi memikirkan aku akan sentiasa berjumpa dengannya di masa kini dan di masa hadapan aku buat diam, malas nak tegur sedepuk depan dia, sebab aku confirm mesti dia akan buat muka 700 kali lagi kelat dan ketat dari sebelum ini.
Seingat aku dalam ramai-ramai sahabat sebenar yang aku ada, tak pernah lagi ada antara mereka yang mengada-ngada tahap si-kawan seorang ini, bukanlah maksud aku tak jaga langsung hati sahabat-sahabat aku tapi aku lebih selesa dengan hubungan persahabatan yang ada dasar 'Give & Take' - kalau hari ini aku marahkan diorang, aku sound terus je kat dorang-diorang ni, dan esok-esok pula ada masa diorang ni sakit hati kat aku, memang diorang tak pernah segan dan silu sound aku balik, aku tadah telinga je, pas tu minta maaf dan jadi 'geng-keras' balik, means kitorang tak nak dalam hati masing-masing tu sentiasa ada rasa sebal sesama sendiri, sentiasa rasa tak puas hati, daripada rasa sakit hati dan sebal tu, lagi baik kitorang 'berkata-kata' untuk menjernihkan keadaan, baru puas hati..win-win situation orang kata.
kalau harap satu pihak je yang menjaga hati dan yang satu pihak lagi ikut suka hati kepala dia je, aku pasti sampai bila pun dia tak akan jumpa seorang pun untuk dijadikan kawan, rasanya manusia jenis ini langsung tak sesuai pun ada kawan kot? Jadi siapa pun dia, aku nak dia tahu yang aku memang tak berkenan sungguh dengan perangai dia selama ini, tilik-tilik lah siapa yee....pendek cerita, siapa makan cili, dia rasa pedas, habis cerita!
sumber [gambar]
Monday, November 28, 2011
perasaan
Kalaulah perasaan itu boleh ditutup-pasang seperti suis, aku pasti tidak ramai manusia yang merasa sedih, sakit, kecewa, gembira, marah, suka, benci dan pelbagai 'rasa' lagi. Kalau diberi kudrat, aku juga mahu begini : bisa mengawal semua perasaan ikut suka!
sumber gambar dari Google.
Sunday, November 27, 2011
kematangan
Apa sebenarnya ukuran pada seseorang itu? dari segi umur kah? atau dari segi keperibadian? Sejauh mana seseorang itu digelar matang dan apakah tindakan yang membolehkan seseorang itu dikategorikan sebagai matang?
Saja..menulis bila terlintas..mungkin juga untuk bertanya..
Saja..menulis bila terlintas..mungkin juga untuk bertanya..
Saturday, November 26, 2011
Thursday, November 24, 2011
tanpa tajuk
akhir-akhir ini hidup aku jadi terlalu penat, terlalu....keluar seawal pagi dan balik hampir malam, kerana itu masa aku semakin sempit, ada ketika aku bergelut untuk memastikan aku mampu memberi ruang pada kedua anakku dan ada ketika aku memaksa diri untuk memberi ruang kepada diriku sendiri.
Kadang, aku rebah dan itu menjadikan aku tertekan, ada ketika aku berdiri disitu tapi jiwaku hilang dan berkecamuk. Kemudian aku mula dilanda pelbagai badai, aku hilang percaya pada seseorang yang sepatutnya menjadi kekuatan dan kemudian aku mula jadi selesa dengan keadaan sendirian.
Tapi, aku takut pada kebiasaan diri yang baru ini, aku tidak mahu timbul perasaan itu, aku takut...kerana aku tahu berpasangan adalah kelaziman manusia dan berseorangan ialah keterasingan.
Aku bukan meminta simpati aku cuma perlu sedikit ruang waktu, meminta sepicis masa untuk aku bertenang dan menyelami diri.
Gambar adalah sumber dari Google
Tuesday, November 22, 2011
Siapa Maling, Siapa Perampok?
Confirm! ramai yang dengan penuh rasa bangga buat entry pasal kemenangan Harimau Muda VS Garuda semalam kan? biar pun menang penalty tapi aku rasa every malaysian citizens rasa worth watching the game, orang cina di lorong tempat aku tinggal pun beria-ia bakar mercun semalam, sambil bersorak-sorak riang dalam bahasa cina, even aku tak faham tapi aku tahu mereka berseronok dan bermegah dengan kemenangan itu.
Melihatkan kepada layanan dan provokasi melampau rakyat negara itu kepada pasukan malaysia di sukan sea, seakan memberi kepuasan yang tidak terhingga saat malaysia berjaya menjadi Juara bola sepak bawah-23 tahun semalam, rasa seperti kemenangan itu adalah hak seluruh rakyat walau yang berjuang mati-matian atas padang Gelora Bung Karno hanya beberapa orang sahaja. Apapun Tahniah dan terima kasih kerana berjuang untuk maruah negara, Harimau Muda!
Dalam pada isu boo-ing lagu negaraku atau isu menghina Jalur Gemilang atau isu gelaran malingsia / malingsial,/malingsiababi/malingsia anjing aku kira mereka mungkin tidak melihat atau lupa atau juga mungkin tidak pernah tahu bahawa kebanyakan dari kejadian pecah rumah, rompak, samun, ragut, pecah tingkap kereta, kopak bumbung rumah mencuri harta benda, wang ringgit dan barang kemas kebanyakkannya adalah 'kerja-tangan' yang amat kreatif oleh rakyat yang tegar menggelar malaysia sebagai MALING! . Hairan juga bilamana ramai pendatang indonesia yang dihantar balik sanggup bersusah-payah meredah lautan semata-mata untuk kembali ke negara "MALING" ini ?
Dan dalam banyak-banyak kes orang indonesia yang kononnya datang mencari makan di malaysia yang kemudian datang untuk membuat taik dan menghuru-harakan negara ini, rasanya belum pernah lagi ada kes rakyat malaysia yang berada di Indonesia ditangkap dan dihukum kerana melakukan pelbagai jenayah seperti yang dituliskan diatas, kalaulah ada tolong bagitahu, kerana aku juga benar-benar kepingin mau tahu donk!
Kalau hanya kerana tarian reog/barong, batik, Lagu rasa Sayang,Angklung dan rendang - menjadi sebab kenapa kita digelar Maling, duh!!, guna otak dan fikir!! - budaya bukanlah milik siapa-siapa, bukan milik negara tetapi budaya adalah milik kepada sesuatu etnik tertentu, jadi tidak wajar untuk mana-mana negara samada malaysia apalagi indonesia berkeras mengatakan itu semua adalah milik negara mereka!
Jadi apa yang maling-nya? Siapa yang pencuri-nya?
Tidak mustahil, dengan mentaliti dan perilaku rakyat indonesia yang tidak tahu menghormati 'jirannya' itu menjadi penyebab kenapa mereka yang datang bekerja disini dipandang rendah oleh sesetengah daripada rakyat malaysia sendiri. Bukan mahu melabel manusia itu tinggi-rendah tetapi tindakan rakyat indonesia itu secara tidak langsung meletakkan diri mereka pada level mentaliti dan humanity yang sangat tidak setimpal dengan tempoh 60 tahun kemerdekaan Indonesiaraya!
Akhir sekali, aku tidak menulis untuk salam damai, juga bukan menulis untuk salam serumpun, tapi aku menulis bagi menyatakan ketidak puas hati-an aku terhadap sebilangan rakyat indonesia yang meletakkan otak di lutut untuk berfikir dan kemudian memalukan diri sendiri bersuara lantang untuk sesuatu yang bukan milik siapa-siapa. Worthless!!!
sumber gambar dari Google
Melihatkan kepada layanan dan provokasi melampau rakyat negara itu kepada pasukan malaysia di sukan sea, seakan memberi kepuasan yang tidak terhingga saat malaysia berjaya menjadi Juara bola sepak bawah-23 tahun semalam, rasa seperti kemenangan itu adalah hak seluruh rakyat walau yang berjuang mati-matian atas padang Gelora Bung Karno hanya beberapa orang sahaja. Apapun Tahniah dan terima kasih kerana berjuang untuk maruah negara, Harimau Muda!
Dalam pada isu boo-ing lagu negaraku atau isu menghina Jalur Gemilang atau isu gelaran malingsia / malingsial,/malingsiababi/malingsia anjing aku kira mereka mungkin tidak melihat atau lupa atau juga mungkin tidak pernah tahu bahawa kebanyakan dari kejadian pecah rumah, rompak, samun, ragut, pecah tingkap kereta, kopak bumbung rumah mencuri harta benda, wang ringgit dan barang kemas kebanyakkannya adalah 'kerja-tangan' yang amat kreatif oleh rakyat yang tegar menggelar malaysia sebagai MALING! . Hairan juga bilamana ramai pendatang indonesia yang dihantar balik sanggup bersusah-payah meredah lautan semata-mata untuk kembali ke negara "MALING" ini ?
Dan dalam banyak-banyak kes orang indonesia yang kononnya datang mencari makan di malaysia yang kemudian datang untuk membuat taik dan menghuru-harakan negara ini, rasanya belum pernah lagi ada kes rakyat malaysia yang berada di Indonesia ditangkap dan dihukum kerana melakukan pelbagai jenayah seperti yang dituliskan diatas, kalaulah ada tolong bagitahu, kerana aku juga benar-benar kepingin mau tahu donk!
Kalau hanya kerana tarian reog/barong, batik, Lagu rasa Sayang,Angklung dan rendang - menjadi sebab kenapa kita digelar Maling, duh!!, guna otak dan fikir!! - budaya bukanlah milik siapa-siapa, bukan milik negara tetapi budaya adalah milik kepada sesuatu etnik tertentu, jadi tidak wajar untuk mana-mana negara samada malaysia apalagi indonesia berkeras mengatakan itu semua adalah milik negara mereka!
Jadi apa yang maling-nya? Siapa yang pencuri-nya?
Tidak mustahil, dengan mentaliti dan perilaku rakyat indonesia yang tidak tahu menghormati 'jirannya' itu menjadi penyebab kenapa mereka yang datang bekerja disini dipandang rendah oleh sesetengah daripada rakyat malaysia sendiri. Bukan mahu melabel manusia itu tinggi-rendah tetapi tindakan rakyat indonesia itu secara tidak langsung meletakkan diri mereka pada level mentaliti dan humanity yang sangat tidak setimpal dengan tempoh 60 tahun kemerdekaan Indonesiaraya!
Akhir sekali, aku tidak menulis untuk salam damai, juga bukan menulis untuk salam serumpun, tapi aku menulis bagi menyatakan ketidak puas hati-an aku terhadap sebilangan rakyat indonesia yang meletakkan otak di lutut untuk berfikir dan kemudian memalukan diri sendiri bersuara lantang untuk sesuatu yang bukan milik siapa-siapa. Worthless!!!
sumber gambar dari Google
Monday, November 21, 2011
maling!
Malam ni adalah pertarungan final antara Malaysia dan Indonesia, waktu malaysia menang lawan myanmar sebelum ini taman tempat aku duduk ni buat satu konvoi motor sambil kibar bendera malaysia keliling taman, bangga sebab malaysia berjaya ke Final. Dalam pada meraikan kejayaan itu, isu malaysia:indonesia semakin panas, malah semakin melampau bila malaysia dipanggil maling [pencuri] oleh negara jiran itu, yang hairannya negara kita sekarang ini paling ramai dibanjiri dengan orang-orang mereka yang datang mencari makan di negara yang mereka panggil maling!
Haram lho makan hasil dari sumber maling!
Gambar adalah sumber dari Google
Friday, November 18, 2011
rindu...
Masa sedang google gambar-gambar newborn baby untuk dimasukkan dalam posting ini, aku tidak habis-habis tersenyum dan menggeram setiap kali memandang wajah-wajah pencetus kegembiraan ini satu-persatu.
Terlintas, bagaimana manusia bisa jadi terlalu kejam dan sial bila sanggup membuang/membunuh/mencampak/mengelar zuriat diri sendiri?
gambar adalah sumber dari google
Family-Man Type
aku ingat aku pernah terbaca - dalam satu majalah parenting-kalau tidak silap mag pa&ma [tapi tak sure] interview yang dibuat terhadap seorang lelaki yang berstatus bapa dan dalam banyak-banyak statement dalam tu aku paling tersentuh bila bapa itu berkata [lebih kurang] 'saya paling suka bila melihat anak dan isteri saya tidur sebelah-menyebelah, itu adalah pemandangan paling indah yang saya pernah tengok kerana melihat wajah-wajah orang kesayangan saya dalam keadaan yang paling tenang dan aman'. Sampai sekarang aku ingat statement itu.
Thursday, November 17, 2011
Racist
Kecik-kecik dulu aku selalu tidak puas hati bila setiap kali mengisi apa-apa jenis borang, dalam kolum bangsa atau keturunan mesti hanya ada tiga kolum yang ada dinyatakan bangsa : Melayu, Cina dan India kolum ke-empat biasanya tertulis :lain-lain [nyatakan]. Kalau alasannya kerana Melayu, Cina dan India ialah kaum terbesar di Malaysia, macamana pula dengan kaum terbesar borneo [sabah dan sarawak]? - Tidak diiktirafkah keturunan Kadazan Dusun dan Iban sebagai salah satu kaum terbesar, itupun kalau borneo [sabah & sarawak] di ambil kira sebahagian dari negara malaysia.
Cakap bukan racist......
Cakap bukan racist......
Wednesday, November 16, 2011
berkata tentang manusia
Kadang kala bercakap tentang makhluk digelar manusia ini memang menarik, ada keadaan kita bahagia dan ada ketika kita benci dengan apa yang kita katakan tentangnya. Ada situasi dimana makhluk bernama manusia ini, menjadikan hidup kita penuh warna-warni dan ada saat makhluk ini juga menukar kehidupan kita seperti neraka. Celaka sungguh!
pura-pura
Semuanya nampak pura-pura
tidak tulen dan tidak asli
bila lihat dari mata sebenar
ku akui, rasa hidup itu jadi beku
senyum itu nampak palsu
pandangan mata juga kelihatan menipu
gerak badan juga jelas nampak kekoknya
tutur kata juga kedengaran mengampu
aduh!
bagaimana bisa manusia berpura-pura dalam kepura-puraan?
tidak tulen dan tidak asli
bila lihat dari mata sebenar
ku akui, rasa hidup itu jadi beku
senyum itu nampak palsu
pandangan mata juga kelihatan menipu
gerak badan juga jelas nampak kekoknya
tutur kata juga kedengaran mengampu
aduh!
bagaimana bisa manusia berpura-pura dalam kepura-puraan?
Tuesday, November 15, 2011
Nilai manusia
Naik malu aku bila baca entry lucius Maximus pasal najib pergi naik haji hari tu, sebab aku pun ada post gambar dia kat mekah, cuma aku taklah elaborate apa-apa dalam entry tu, macamanalah aku boleh tak sedar diri yang aku ni pun tak pernah lagi bertandang kaki ke Mekah tapi boleh pula jadi judgemental pada orang lain.Mungkin sebab dia tu dikenali, maka itu 'memudahkan' aku untuk menilai dia melalui pandangan aku dari pembacaan yang mungkin juga ada yang tidak betulnya, walau tidak dinafikan ada terselit juga yang betul.
Manusia memang mudah menjadi judgemental, disana-sini dalam apa juga keadaan, aku ingat satu kejadian, masa tu ada budak baru [fresh intake] masuk offfice aku, mula-mula jumpa budak tu, ada seorang colleague aku ni kata yang budak baru tu macam nampak kerek sikit, aku memang tidak kata apa time tu, walau dalam hati aku juga terasa begitu, beberapa minggu kemudian aku terkejut bila nampak colleague aku ni keluar breakfast berdua dengan freshie tu, tengahari pun aku nampak mereka berdua, minggu-minggu seterusnya aku semakin kerap melihat mereka berdua kesana-sini, dalam pada kononnya tidak mahu menjadi judgemental tu aku ter'gatal mulut' tercakap pada collague aku ni 'dia dah tak kerek ke?'. jawaban dari kawan aku ni memang agak memeranjatkan, dengan selamba dia kata ' wei..jangan tak tau, laki dia tu grade 48 di jabatan sekian-sekian tau!'. Dalam terkedu tu aku sengih macam kerang busuk!
Sifat manusia ialah mereka sukakan sesuatu yang hebat, kaya, menarik dan cantik, mungkin kerana memandang tinggi kedudukan suami freshie itu dalam golongan Profesional maka, colleague aku ni memilih untuk bersama dengan freshie tersebut sebagai sahabat. Pada aku nilai kemanusiaan bukan terletak pada kedudukan dan kehebatan seseorang itu tapi nilai manusia yang sebenar ialah bila seseorang itu mampu menilai manusia sebaik-baik makhluk walau berada di kedudukan yang paling terendah sekalipun.
Dunia bukan milik sesiapa kecuali sang Pencipta, dan pada Dia itu standard kita sebagai manusia adalah sama-rata [unsur dari tanah ] yang membezakan kita hanyalah amalan dan nilai diri sebagai manusia. Jadi tidak perlulah nak taksub sangat pada kedudukan orang lain.
p/s : Ingatan untuk diri sendiri.
Gambar adalah sumber dari google
Dunia bukan milik sesiapa kecuali sang Pencipta, dan pada Dia itu standard kita sebagai manusia adalah sama-rata [unsur dari tanah ] yang membezakan kita hanyalah amalan dan nilai diri sebagai manusia. Jadi tidak perlulah nak taksub sangat pada kedudukan orang lain.
p/s : Ingatan untuk diri sendiri.
Gambar adalah sumber dari google
Saturday, November 12, 2011
tarikh keramat...
Semalam ialah hari jumaat bertarikh 11.11.11 dan kerana semalam ialah 11.11.11, ramai sangat event yang dipilih oleh manusia untuk melakukan sesuatu dari kisah membina rumahtangga hinggalah kisah melahirkan anak, semuanya mahu 'mencipta' sesuatu hanya kerana nombor 11.11.11.
Semalam juga aku wish birthday satu-satunya adik lelaki aku di dunia dalam blog, kerana dia memang dilahirkan pada 11.Nov lebih kurang dua puluh lebih tahun yang lalu.
Ironinya, setiap tahun seingat aku sejak aku pandai 'me-wish' birthday, dari sekolah rendah atas, sampai ke sekolah menengah, sampai time aku belajar, sampai grade, sampai kerja, sampai kahwin dan sampai beranak-pinak, aku memang tidak pernah missed untuk ucap selama hari jadi pada dia tidak kira apa cara sekalipun, SMS, MMS, Lisan, Ketuk kepala dia sebelum cakap Happy Birthday, atau kecoh-kecoh dengan adik beradik lain dia birthday hari tu,buat dia 'panas' dulu sebelum wish happy birthday, wish di FB wall ataupun wish dalam blog macam semalam.
Mungkin pada manusia lain menunggu tarikh 11.11.11 untuk 'mengadakan' sesuatu bagi menjadikan 'sesuatu' itu kelihatan begitu bermakna tapi pada aku, menunggu akan tibanya 11.11.11 adalah sama seperti aku menunggu tarikh 11.11 ditahun-tahun sebelumnya malahan di tahun-tahun akan datang sekalipun, kerana bagi aku 11.11 ialah tarikh dan hari yang perlu aku ingat sebagai salah satu cara untuk aku menunjukkan akan betapa aku menghargai dan menyayangi satu-satunya adik aku ini.
tidak kiralah berapa tahun akan datang sekalipun selagi aku masih bernafas, aku pasti akan tetap melakukan perkara sama - wish birthday- untuk satu-satunya adik aku didunia, walaupun jika dia tidak dilahirkan secara kebetulan pada sebelas November.
Walaupun sebenarnya :
dia telah meminta aku buat birthday wishes post untuk dia [as per SMSed], dan kemudian dia dengan bangganya comment bawah entry itu. :)
Tapi, apa sebenarnya yang dia tidak tahu ialah, posting ini sebenarnya aku telah buat dan scheduled kan dari awal tahun lagi, tapi tak ingat nak print screen, cuma aku masukkan gambar baru ambik dari FB dia, sebab sebelum ni aku taruh gambar lain. Love You too bro...!!
Semalam juga aku wish birthday satu-satunya adik lelaki aku di dunia dalam blog, kerana dia memang dilahirkan pada 11.Nov lebih kurang dua puluh lebih tahun yang lalu.
Ironinya, setiap tahun seingat aku sejak aku pandai 'me-wish' birthday, dari sekolah rendah atas, sampai ke sekolah menengah, sampai time aku belajar, sampai grade, sampai kerja, sampai kahwin dan sampai beranak-pinak, aku memang tidak pernah missed untuk ucap selama hari jadi pada dia tidak kira apa cara sekalipun, SMS, MMS, Lisan, Ketuk kepala dia sebelum cakap Happy Birthday, atau kecoh-kecoh dengan adik beradik lain dia birthday hari tu,buat dia 'panas' dulu sebelum wish happy birthday, wish di FB wall ataupun wish dalam blog macam semalam.
Mungkin pada manusia lain menunggu tarikh 11.11.11 untuk 'mengadakan' sesuatu bagi menjadikan 'sesuatu' itu kelihatan begitu bermakna tapi pada aku, menunggu akan tibanya 11.11.11 adalah sama seperti aku menunggu tarikh 11.11 ditahun-tahun sebelumnya malahan di tahun-tahun akan datang sekalipun, kerana bagi aku 11.11 ialah tarikh dan hari yang perlu aku ingat sebagai salah satu cara untuk aku menunjukkan akan betapa aku menghargai dan menyayangi satu-satunya adik aku ini.
tidak kiralah berapa tahun akan datang sekalipun selagi aku masih bernafas, aku pasti akan tetap melakukan perkara sama - wish birthday- untuk satu-satunya adik aku didunia, walaupun jika dia tidak dilahirkan secara kebetulan pada sebelas November.
Walaupun sebenarnya :
dia telah meminta aku buat birthday wishes post untuk dia [as per SMSed], dan kemudian dia dengan bangganya comment bawah entry itu. :)
Tapi, apa sebenarnya yang dia tidak tahu ialah, posting ini sebenarnya aku telah buat dan scheduled kan dari awal tahun lagi, tapi tak ingat nak print screen, cuma aku masukkan gambar baru ambik dari FB dia, sebab sebelum ni aku taruh gambar lain. Love You too bro...!!
Friday, November 11, 2011
Happy BiG Day to the one and only...
My Birthday wishes goes up to my BRO
Happy Birthday 11.11.2011
p/s : i miss everyone there..:'(
Labels:
Family,
Fun,
just a simple postin,
just a simple posting
Wednesday, November 9, 2011
Sorry Guys :'(
Sunday, November 6, 2011
Positif atau Negatif?
credit : Google |
Saya pernah bangun, mandi, bersiap dan datang ke tempat kerja dengan hati yang lapang dan semangat yang berkobar-kobar- positif bukan? tapi saat saya menaiki jejambat sebelum sampai ke bangunan Wisma Sime Darby, saya ternampak seketul tahi manusia yang berbau Oo Emm Jay di tengah-tengah ruang pejalan kaki, well, of course dalam hati mesti tercakap " celaka punya orang, boleh pula berak tengah jalan, tiada otak pikir ka?" itu yang dalam hati, belum lagi mulut yang bercakap,then, disitu ada sumpah-seranah, dan itu bukan perkara yang positif kan?
once kita memaki, samada dalam hati atau dizahirkan secara lisan automatik kita memberi aura negatif dalam diri, kalau tak percaya cuba fikir balik, selepas melalui perkara-perkara seperti diatas paling kurang pun kita pasti bercakap kepada kawan sekerja dan dalam pada bercakap tu mesti akan keluar perkataan : bodoh, bangang, gila,and etc. Ada juga yang bercakap kutuk-kutuk dan marah-marah antara sesama rakan pejalan kaki yang juga telah sama-sama menghidu bau yang maha dahsyat itu, atau kalau ikut trend terkini, kita mesti [at least] pong pang dalam FB atau Twitter atau Blog sekurang-kurangnya.
Tapi, macam yang saya kata itu adalah pilihan diri sendiri, kalau anda memilih untuk berdiam diri dan cuma menggeleng, tanpa perlu merungut-rungut, saya kira itu adalah pilihan anda untuk menjadikan perkara negatif itu menjadi positif, tiada makian, tiada marah-marah, tiada sumpah-seranah-kan itu positif? dan begitu juga sebaliknya, kau nak marah-marah, nak maki-maki, nak caci-caci, itu juga pilihan diri sendiri, anda mahu menjadikan sesuatu yang bersebab itu sebagai negatif.
Kesimpulannya : mahu menjadi positif atau negatif ? segalanya ditangan anda. kerana itu adalah pilihan dan keputusan anda sendiri.
Friday, November 4, 2011
Thursday, November 3, 2011
Wednesday, November 2, 2011
"main"
Aku tak suka betul bila orang istilahkan sex itu dengan "main". Mungkin sebab perkataan "main" itu kedengaran seronok dan menggembirkan maka sebab itulah ramai orang kita sekarang ni suka ber'main' kemudian mengandung luar nikah dan kemudian suka-suka ber'main' buang anak!
kan mudah kalau cakap direct je. sex ke. bersetubuh ke. bersenggama ke...daripada cakap 'main' ? - budak-budak pun suka tau kalau disuruh ber'main'!
kan mudah kalau cakap direct je. sex ke. bersetubuh ke. bersenggama ke...daripada cakap 'main' ? - budak-budak pun suka tau kalau disuruh ber'main'!
Tuesday, November 1, 2011
percaya yang kau khianati
hi November!
Kekasih....
andai saja kau ingat
kepercayaanku adalah milikmu selama ini
andai saja kau ingat
kepercayaanku padamu bukan untuk kau persiakan
andai saja kau ingat
kepercayaanku tanda aku menyanjungmu selama ini
Lalu kekasih...
mungkin kau lupa, alpa, lalai
lalu, kau ukir janji pada yang lain
dan khianati 'percayaku' selama ini
Kekasih...
hati itu tahu rasa sakit
hati itu bisa rasa pilu
hati itu mampu rasa sayu
hati itu telah rasa layu
kerana, saat kau khianati kepercayaannya itu...
sekali lagi, mungkin kau lupa..
bahawa untuk meraih kembali rasa percaya itu
tidak akan mampu kembali sama seperti dulu...
TDS, Sentul,011111
2:49am
- Trust is like a vase.. once it's broken, though you can fix it the vase will never be same again -
Monday, October 31, 2011
emosi kacau!
Antara kami semua hanya seorang daripada rakan lelaki tu yang isterinya baru mengandung anak pertama, yang lain semua punya dua orang anak sekurang-kurangnya, tiba-tiba salah seorang rakan lelaki itu mula berkeluh-kesah saat bercerita mengenai kehidupan peribadinya, dan kemudian dia memberitahu dia mula terkenangkan kekasih lamanya yang kini sudah menjanda, sejak-sejak selalu berchatting di FB- aku terkedu, dan bila terang-terangan dia mengaku dia sudah tawar hati kepada isterinya, aku kaget! - bisa sungguh penangan FaceBook ya! - lelaki yang sudah punya dua anak masih bisa goyah hatinya saat 'terjumpa' bekas kekasih lama walau hanya di alam maya.
Aku yang masih terasa tempias keretakan rumahtangga rakan sekelas itu kemudian dengan sinis bertanya kepada rakan lelaki terbabit, tidakkah dia mencintai isterinya sekarang? dan dijawabnya dia sudah bosan dengan isterinya itu, bila ditanya kenapa dijawabnya isterinya itu buat perangai macam-macam, curiosity yang tinggi buat aku terus mengasak rakan lelaki ini, rakan-rakan perempuan yang tiga orang juga nampak benar ingin tahu, yang nyata kami berempat [perempuan dan isteri] mula terasa bahang panas di kerusi masing-masing.
Si lelaki itu kemudian bercerita mengenai isterinya yang serba-serbi kurang, kononnya tidak pandai mengurus suami, tidak pandai bersolek, tidak pandai mengurus rumah. Hati tiba-tiba panas, aku akui aku mula penuh dengan emosi- aku mula menyoal dia seperti lagak seorang inspektor, macam-macam benda aku tanya, rakan-rakan perempuan saya sekali-sekala menyampuk, cuma bila kami [perempuan dan isteri] menyoal kenapa dia memilih untuk mengahwini isterinya dulu, dia terdiam lama, kemudian berkata " aku nampak dia adalah perempuan yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai isteri ketika itu". Maksudnya, isterinya itu adalah pilihannya sendiri, perempuan yang dikahwini atas persetujuan hati dan perasaannya, dia memilih perempuan itu as the best.
Geng perempuan mula memonopoli perdebatan, aku katakan dia sepatutnya telah menerima semua kekurangan dan kelemahan isterinya kini kerana dia sendiri telah memilih perempuan itu, memanglah manusia kalau kita mencari perkara yang buruk sahaja pasti kita akan sentiasa melihat keburukan dan begitu juga sebaliknya. salah seorang rakan perempuan aku berkata " antara pengorbanan isteri yang paling besar ialah bila isteri itu memilih untuk mengandungkan anak dia dan kemudian bertarung nyawa melahirkan anaknya" seharusnya dia perlu berterima kasih yang tidak terhingga kepada isterinya atas kesanggupan itu.
Kami sepakat berkata, dia- si rakan lelaki itu seharusnya tahu bahawa dengan memberitahu perihal buruk isterinya itu kepada kami adalah satu penghinaan maruah paling besar pada seorang isteri, rasanya semua isteri pun tidak mahu suami mereka bercerita perihal rumahtangga apalagi tentang kelemahan seorang isteri, mungkin perlu ada sedikit perbincangan antara mereka, si suami tidak perlu tergesa-gesa jump into any conclusion dan si isteri perlu tahu perkara yang perlu 'dibetulkan' dalam rumahtangga mereka. Cuma si suami salah bila dia mencari 'remedy' dan beralih kepada perempuan lain saat rumahtangga punya masalah dalaman, lari bukan penyelesaiannya, bro.
Jadilah lelaki dan suami yang sebenar dengan berhadapan pada situasi, yakinlah bahawa satu-satunya suri yang ada dalam rumah itulah yang menjadi pendamping jiwa dan peneman raga yang sebenar, kami [para isteri] tidak akan pernah lari jauh dari sang suami jika suami selayaknya menjadi lelaki yang sebenar - menjaga isteri sebagai AMANAH dan menjadi ketua-rumah sebagai TANGGUNGJAWAB.
Sunday, October 30, 2011
well said
Do we not realize that in order to find a soul
It doesn't happen over night
if truth were to be told
Like everything in life that's hard to achieve
It doesn't happen over night
if truth were to be told
Like everything in life that's hard to achieve
cerita hati itu
Cerita hati tidak pernah ada hentinya
ada ketika cerita itu berbunga bahagia
ada ketika ianya penuh kesakitan
ada ketika cerita itu berbunga bahagia
ada ketika ianya penuh kesakitan
Wednesday, October 26, 2011
Don’t Copy,if u can’t Paste
“Best years of my life were spent in the arms of a woman, who wasn’t my wife.”
Audience was in shock and silence.
He added:
“She was my mother”
A big round of applause & laughter!
A very daring husband tried to crack this at home.
After a dinner, he said loudly to his wife in the kitchen:
“Best years of my life were spent in the arms of a woman, who wasn’t my wife”
Standing for a moment, trying to recall the second line of that speaker
By the time he gained his senses, he was on a hospital bed, recovering from burns of boiling water!
source : Married and Blessed
Saya tumpang sedih
Setelah menempuhi alam perkahwinan selama hampir 8 tahun, mempunyai empat orang cahaya mata dan yang kecil baru dilahirkan tahun lepas, saya terlalu terkejut dan amat terkilan bila semalam salah seorang sahabat baik, memberitahu saya khabar paling tidak menggembirkan itu. Sepanjang petang semalam saya asyik terbayangkan kisah cinta mereka di kolej dulu, dalam pada itu saya berfikir , sungguh tiada siapa mampu menjangkakan bila berlakunya sesuatu perkara apalagi bila kali ini sekali lagi, salah seorang kawan saya terpaksa melalui 'cerita' perit ini.
Balik dari kerja ingin sekali saya bercerita kepada en.suami perihal kak hawa dan en. ram kerana kami semua berada dalam kolej yang sama yang saya pasti dia pasti mengenali mereka berdua, sementelah kak hawa juga adalah batch intake dia, tetapi mulut saya tersekat. Saya tiada alasan kuat untuk menceritakan kisah sedih rumahtangga orang lain sebagai alasan untuk berbual. Lalu saya diamkan saja walau hati saya 'bercelaru' dengan perasaan sedih.
Hari ini, saya masih terganggu dengan cerita itu, hati saya turut bersedih bila mengenangkan nasib kak hawa bersama keempat-empat anaknya, saya tahu berat mata memandang berat lagi bahu memikul, tapi saya juga sungguh-sungguh berharap agar kak hawa akan terus kuat mengharungi dugaan perit ini bersama empat jiwa kecil yang masih tidak mengerti kemelut antara kedua ibu-bapanya.
Kekesalan saya paling besar ketika ini ialah bila saya hanya mampu menuliskan kisahnya sebagai bacaan umum bila saya langsung tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk membantunya ketika dia sedang bergelut dengan perasaan dan kedukaan paling dalam ketika ini.
update : Name was changed upon requested
Monday, October 24, 2011
Terima Kasih
credit google |
Semalam, aku dan seorang kawan lama yang baru bertemu setelah hampir 5 tahun, datang minum-minum di kedai mamak area cahaya, ampang. Aku baru nak bersuara bila si-kawan panggil "tambi, order", aku diam je, si pekerja bangla cepat-cepat datang ke meja kitorang, aku minta Teh O Limau, si-kawan minta Teh-Tarik, tak sampai 10 minit mat bangla itu datang dengan teh o limau di tangan kanan dan teh tarik atas pinggan kecil sebelah kiri, sebaik je letak minuman tu aku dengan spontan 'tercakap' "Terima Kasih".
Si-kawan pandang penuh sinis, aku buat-buat tak perasan kemudian si-kawan bersuara "kau ni dengan bangla pun nak terima-kasih, dah memang kerja dia buat air, tak-payah tunjuk baik". Aku sedikit tersentap, tapi memandangkan tempoh 5 tahun tak jumpa aku rasa tidak berbaloi untuk aku bertekak dengan dia ketika itu.
Hari ini bila fikir balik, aku rasa kesal yang amat sangat sebab aku tak 'mampu' cakap pada dia ketika itu, bahawa 'terima-kasih' itu adalah penghargaan paling mudah untuk sesiapapun yang selayaknya dihargai, tidak kiralah dia tu siapapun, menghargai seseorang dengan terima-kasih tidak terbatas kepada mereka-mereka yang kelihatan 'sempurna' sahaja. Siapapun seorang manusia itu, bila dia melakukan sedikit kebaikan, dia layak untuk dihargai walau hanya dengan ungkapan seringkas 'terima-kasih'. Dan dalam situasi itu aku menghargai mat bangla itu yang membancuhkan dan kemudian menghantarkan Teh O Limau untuk aku nikmati keenakannya menyebabkan aku berterima-kasih kepadanya ketika itu.
Menjengkelkan sebenarnya bila ada manusia- seorang kawan- yang menganggap tarafnya lebih tinggi berbanding orang lain, apa lagi bila yang dijadikan perbandingan itu adalah seorang mat bangla yang datang merantau dan terpaksa mencari rezeki lebih di malaysia bagi menampung keluarganya di negara yang kurang mampu. Mungkin benar jika dilihat dari luaran si-kawan ini lebih serba-serbinya tapi mungkin jika di bandingkan hati dan peri kemanusiaan rasanya si-kawan ini jauh lebih hina jika dibandingkan dengan si bangla yang nampak dungu itu.
p/s : berharap agar si-kawan akan terbaca entry ini dalam FB.
Sunday, October 23, 2011
Friday, October 21, 2011
the FATHER and a HUSBAND
Matinya seorang diktator!
heboh satu malaysia bila presiden Libya, Muammar El Gaddafi [Muamar Gaddafi - 1942-2011] diberitakan telah meninggal akibat headshot dalam satu pertempuran di sirte [surt], seingat saya, saya mula 'kenal' Gaddafi ketika darjah empat bila saya membaca majalah Dewan Masyarakat milik kakak berkenaan kredibiliti Gaddafi dalam isu pengeboman Pan Am 103 di Lockerbie, scotland.
Sana-sini orang bersorak gembira bila tahu dia meninggal, mungkin malam ini kita akan lihat pula parti meraikan kematian Gaddafi sama seperti Osama ben Laden satu ketika dulu. Pada saya bila dilihat dari satu sisi, sejahat manapun dua ikon ini, Gaddafi dan Osama, saya tetap merasakan 'kenduri' besar-besaran bagi meraikan kematian mereka adalah tidak wajar.
Ya! bagi ramai orang mereka adalah "world most wanted people" tapi,sekurang-kurangnya jangan kita pernah lupa bila kegembiraan bagi kebanyakan masyarakat dunia bererti air-mata dan tangisan kepada anak-anak dan isteri mereka, pada anak dan isteri mereka berdua, mereka tetap adalah bapa kepada anak-anak dan suami kepada isterinya.
credit : google |
Sana-sini orang bersorak gembira bila tahu dia meninggal, mungkin malam ini kita akan lihat pula parti meraikan kematian Gaddafi sama seperti Osama ben Laden satu ketika dulu. Pada saya bila dilihat dari satu sisi, sejahat manapun dua ikon ini, Gaddafi dan Osama, saya tetap merasakan 'kenduri' besar-besaran bagi meraikan kematian mereka adalah tidak wajar.
Ya! bagi ramai orang mereka adalah "world most wanted people" tapi,sekurang-kurangnya jangan kita pernah lupa bila kegembiraan bagi kebanyakan masyarakat dunia bererti air-mata dan tangisan kepada anak-anak dan isteri mereka, pada anak dan isteri mereka berdua, mereka tetap adalah bapa kepada anak-anak dan suami kepada isterinya.
credit : Google |
Every fighter has one fight that makes or breaks him - [source]
Subscribe to:
Posts (Atom)