Thursday, February 28, 2013

Random

Hari-hari kebelakangan ini seperti biasa agak sentiasa sibuk, seperti selalu aku tetap masih sibuk dengan anak-anak yang bertiga, dengan kehidupan yang senantiasa berkejar-kejar, tapi makin lama rasa semakin biasa, bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa". Bukanlah bermakna semua kelam-kabut itu jadi mudah ianya tetap saja sama cuma aku jadi semakin biasa dan semakin malas mengeluh, kalau berkicau macam mana pun  tetap saja aku kena buat semua jadi daripada letih membebel aku buat sajalah apa yang wajib, yang kurang wajib tu aku main delay-delay.

Tak de cerita sangat pun cuma rasa hidup ini semakin adil untuk semua orang termasuk aku, dan harapan aku masih juga tetap satu kalau hari ini aku bersusah payah mungkin esok-esok akan dipermudahkan segalanya. Amin. Mungkin sebab semalam aku ter'tonton' cerita bersamamu kat TV3.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Terima Kasih.


Friday, February 8, 2013

Pelangi Hati

Tahun 2013 ini bermula agak messy dengan aku, banyak benda aku 'paksa' untuk biasakan diri pada keadaan. Terkadang okay, selalunya tidak. bertambah bilangan ahli keluarga bermaksud bertambahlah juga nilai bebanan dan tanggungjawab.

Dalam hati berbondong-bondong aku mengeluh, air mata pun sudah berlitre-litre aku tangiskan cuma mulut aku tidak pernah ringan untuk bercerita. Macam aku kata sebelum ini

Selalu aku memujuk diri sendiri, dengan hati aku ajarkan bahawa 'apa yang aku ada saat ini (susah atau senang) orang lain pasti ada yang jauh lebih teruk atau sebaliknya.' 

Apapun dalam beberapa kepayahan yang dirasai, Tuhan memberikan aku keindahan dari sudut lain.


Dhanie
E L
G

On their first day -


 Merekalah pelangi hatiku, Pelbagai warna, pelbagai rasa tapi tetap saja indah. 

Monday, February 4, 2013

Padang Bulan - Andrea Hirata

Pertemuan dengan seseorang mengandungi rahsia Tuhan. Maka, pertemuan sesungguhnya adalah nasib. Orang tidak hanya bertemu begitu sahaja, pasti ada sesuatu disebalik itu.

Begitu banyak hidup orang berubah lantaran sebuah pertemuan.

Namun sayang, tidak semua dapat mengungkap rahsia itu dan beruntunglah sedikit orang yang memahami maksud daripada sebuah pertemuan.