Aku sebenarnya dah lama nak tulis pasal benda ni. Tapi sebab aku sentiasa takde masa santai yang luang, maka tergendala lah agenda untuk entry ini.
Tidak berapa lama dulu, awal tahun ni lebih kurang aku ada berwassap dengan kawan opis lama. Lama kami sembang. Panjang kami borak. Sampailah kawan aku ni bercerita pasal life dia sekarang.
Ok, kita namakan kawan aku ni eja.
Sepanjang aku kenal eja ni dia memang jenis yang soft spoken, Orangnya agak tinggi berwajah manis. Dia pernah cerita kat aku yang ini adalah perkahwinan kali keduanya. Perkahwinan terdahulu ada anak lelaki 2 orang. Besar-besar dah. Yang abang duduk dengan bekas suami dia dan yang adik dengan eja.
Berkahwin kali kedua. Jodoh eja agak complicated sikit bila dia berjodoh dengan suami orang, isteri kedua la dia ni kiranya. Tapi dari apa yang eja cerita madunya yakni isteri pertama suami barunya ini tiada halangan pun bila mereka bernikah. Dan berdasarkan cerita eja juga suami baru dia ini seribu kali baiknya berbanding suami lama. Beberapa tahun hidup bersama, rezeki hidup eja bertambah lagi dengan kehadiran cahaya mata bersama suami baru.
Tapi, entah macamana takdir hidup eja mula bergolak. Dan rentetan dari pergolakan itu suasana harmoni rumahtangga pada mulanya kini semakin berantakan.
Adalah sebab-musabab yang aku tak perlu tulis kat sini. Cuma yang aku tertarik sikit bila dalam wassap tu eja tulis kat aku (lebih kurang) " macamana nak dapat redha Allah, kalau suami tak redha. Suami tak redha, Allah pun lagi tak redha".
Aku mula-mula memang tak tahu nak respon apa, lama jugaklah aku memikirkan perkara ni dan aku tidak nafi sedikit sebanyak memang aku ada bersetuju dengan statement kawan aku tu. Tapi aku rasa berbanding nak cari redha suami lebih tinggi lagi kewajiban untuk mencari redha Allah. Memanglah dalam ajaran agama pun ada disebut tentang isteri wajib mentaati suami tapi itu hendaklah padan dengan kriteria suami macamana yang wajib untuk ditaati tanpa culas.
Kalau suami tu jenis yang kaki disko sambil kelebet perempuan gro, tiap malam lepak kedai mamak sampai jam 4 pagi, solat entah ingat entah tidak apatah lagi nak buat,puasa jangan cakap lah, dan walaupun lelaki jenis ini tak pernah angkat tangan tapi tanggungjawab pada anak-isteri dia langsung tak langsaikan aku rasa tiada alasan kuat untuk si isteri itu mengadap nak mencari redha suami semata-mata sebab terang-terang dia memang tak layak.
Lain cerita bila si suami itu adalah lelaki yang beriman, taat pada ajaran agama, patuh pada hukum-hakam, jenis yang tak angkat tangan juga tapi pikul tanggungjawab anak-bini atas bahu, ini aku rasa tak ada alasan untuk kata tidak pada lelaki jenis yang ini.
Pada aku lah, darilah si suami mahupun si isteri aku rasa lebih afdal sama-sama hidup dan mencari redha Allah dulu, dah nama pun manusia biasa. Dan manusia itu tidak pernah sempurna jadi memang tak akan ada kesempurnaan. Daripada mencari redha manusia yang tak sempurna lagilah baik cari redha Allah yang tak pernah bertepi.
Macamana pula kalau lelaki itu jenis suami macam yang aku tulis di kriteria kedua diatas adalah jenis yang kaki segala kaki, kaki solat, kaki puasa, kaki pukul juga? itu kita cerita bab lain.
So, berbalik kepada kawan aku eja tadi dan macam yang aku tulis sebelum ni. Aku memang tak respon dia apa-apa. Aku tak kata setuju mahupun tak setuju dengan dia. Dan sekian lama dia pun takde sebut lagi pasal suami dia dan krisis diorang, aku anggap samada eja mahupun suami dia dah ada konklusi untuk masalah rumahtangga mereka.
Aku doa agar semuanya baik-baik saja dan aku harap kawan aku ni akan menemui redha sebenar yang dia cari. Insha Allah.