Hari-hari kebelakangan ini seperti biasa agak sentiasa sibuk, seperti selalu aku tetap masih sibuk dengan anak-anak yang bertiga, dengan kehidupan yang senantiasa berkejar-kejar, tapi makin lama rasa semakin biasa, bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa". Bukanlah bermakna semua kelam-kabut itu jadi mudah ianya tetap saja sama cuma aku jadi semakin biasa dan semakin malas mengeluh, kalau berkicau macam mana pun tetap saja aku kena buat semua jadi daripada letih membebel aku buat sajalah apa yang wajib, yang kurang wajib tu aku main delay-delay.
Tak de cerita sangat pun cuma rasa hidup ini semakin adil untuk semua orang termasuk aku, dan harapan aku masih juga tetap satu kalau hari ini aku bersusah payah mungkin esok-esok akan dipermudahkan segalanya. Amin. Mungkin sebab semalam aku ter'tonton' cerita bersamamu kat TV3.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Terima Kasih.
Thursday, February 28, 2013
Friday, February 8, 2013
Pelangi Hati
Tahun 2013 ini bermula agak messy dengan aku, banyak benda aku 'paksa' untuk biasakan diri pada keadaan. Terkadang okay, selalunya tidak. bertambah bilangan ahli keluarga bermaksud bertambahlah juga nilai bebanan dan tanggungjawab.
Dalam hati berbondong-bondong aku mengeluh, air mata pun sudah berlitre-litre aku tangiskan cuma mulut aku tidak pernah ringan untuk bercerita. Macam aku kata sebelum ini.
Selalu aku memujuk diri sendiri, dengan hati aku ajarkan bahawa 'apa yang aku ada saat ini (susah atau senang) orang lain pasti ada yang jauh lebih teruk atau sebaliknya.'
Apapun dalam beberapa kepayahan yang dirasai, Tuhan memberikan aku keindahan dari sudut lain.
![]() |
| Dhanie |
![]() |
| E L |
![]() |
| G |
- On their first day -
Merekalah pelangi hatiku, Pelbagai warna, pelbagai rasa tapi tetap saja indah.
Monday, February 4, 2013
Padang Bulan - Andrea Hirata
Pertemuan dengan seseorang mengandungi rahsia Tuhan. Maka, pertemuan sesungguhnya adalah nasib. Orang tidak hanya bertemu begitu sahaja, pasti ada sesuatu disebalik itu.
Begitu banyak hidup orang berubah lantaran sebuah pertemuan.
Wednesday, January 30, 2013
Sebenarnya masalah itu datang dari diri kita sendiri
berfikir.
Kenapalah dengan manusia ni. Kadang-kadang hidup sedia ada tidaklah se-daif mana pun. Apa yang sedia ada sebenarnya sudah cukup bagus jika banding dengan sesetengah orang yang nasibnya memang kurang baik.
Tapi kenapa manusia masihhhh juga nak yang lebih, nakkkk juga nampak sempurna dimata orang lain. Walhal kesempurnaan bukan punya manusia, itu hak mutlak si-Pencipta.
Bila ada defect mana-mana mulalah dia cari alasan buat hal, sengaja cipta onar untuk segala macam ketidak-puas hati-an. Hatta benda kecik bodoh je pun.
Sanggup buat macam-macam, reka cerita putar-putar semata-mata untuk kelihatan macam satu perkara itu maha menjelikkan. Modal cerita memang tak surut, sebab itu sentiasa ada saja tidak kenanya.
Jadi itu hidup sentiasa saja tegang tidak pernah ada surutnya. Mulalah mengeluh sana sini, mengadu itu ini, merengek begitu begini.
Siapa suruh seksa diri sendiri? susah benarkah kehidupan yang biasa-biasa saja yang tiada kecoh-kecoh bila tidak perlu, yang tak perlu demand macam-macam sampai tak masuk akal?
kau mengeluh hidup tidak adil bila kau punya semua tidak indah. Kau berkeluh kesah dunia serba muram bila kau punya semua rasa kusam. Kononnya.
Tapi itu semua kauuuu yang cari. kauuu yang cipta. Kan ke mudah bila kau terima segalanya itu setakat yang kau ada. Bersyukur bila sekurang-kurangnya kau tidak perlu hidup mengharung badai, menempuh taufan, meredah api.
Kan ke mudah begitu?...
ke kau memang rasa susah bila kau rasa senang????
Friday, January 25, 2013
mungkin diam itulah penawarnya
Aku ini kalau dikira adalah dalam kategori orang yang cepat marah bukan setakat marah je malah jenis yang marah dan akan simpan dalam hati, bukan sehari dua tapi simpan lamaaaaaaa punya, kadang-kadang cerita 10 tahun pun aku masih boleh ingat. Haaa, ingat perempuan sempoi dan mudah senyum ni calang-calang ke? hahaha.
Tapi akhir-akhir ini aku perasan satu perkara pada sikapku yang semakin berubah, perubahan yang aku tidak minta, tidak jangka, tidak pernah terfikir pun. Mungkin terselit hikmah di sebaliknya, jelas sekali mahu aku berfikir dan menilai sesuatu dalam jangkamasa panjang. Mungkin juga usia yang semakin meningkat buat aku semakin mudah untuk tidak merasa apa-apa 'kesakitan' yang silih berganti. Tapi aku yakin penyebab utamanya ialah hero yang tiga itu maka prinsip hidup juga semakin mudah, hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati jadi jangan bazirkan sesaat waktu pun untuk merasa gundah.
Kali ini, aku rasa aku tidak perlu 'adjust' apa-apa, just follow the flow. kemudian tengoklah nanti hidup jadi bagaimana, kalau teguh ya, itulah jawabannya, kalau tumbang juga, ya, redhakan saja. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)



