Di sebuah kedai mamak 24 jam yang sedang sibuk, sambil menghirup teh tarik kaw air tangan bhai macha,amir mengadu kepada kawan baiknya.
"I was in my worst phase of my marriage"
Sahabat baiknya hanya terdiam, memandang muka polos amir dengan seribu rasa simpati.
"she's the worst wife..dia tak ligat, tak membantu aku langsung dalam soal financial yang dia tau asyik tekan aku je.."
"eh! bukan wife kau kerja ke?"
"ye lah..tapi takat gaji dia tu apalah sangat"
Sahabat baiknya mula hairan.
"jadi kau nak apa dari dia sebenarnya?"
Tiba-tiba Blackberry amir berlagu-dering, cepat-cepat diangkat dengan wajah penuh ceria amir mula menaip laju membalas sms yang baru diterima.Sambil bersiul-siul gembira amir memandang wajah sahabat baiknya itu.
"sms dyg..ex-awek aku" berkata si amir dengan penuh bangga.
Dalam diam, sahabat baiknya seakan faham, rupanya hati kawannya kini sedang mekar, kerana pengirim sms sebentar tadi bukan sahaja ex tapi berharta juga.
Patutlah!!!
2 comments:
kekadang kita selalu lupa, terlupa atau jadi lupa dek kerana kita sedang senyum dengan yang baru..benda baru semua indah belaka...kita lupa pada yang lama yang begitu setia....
manusia mudah lupa...very worst asben...x brtggungjawab...mngharapkn duit wife...wife kerja bkn smata2 utk asben...wife ada mmbantu ckit pn sda cukup baik...mnyediakn nafkah adalah tnggungjwb asben. ..tmbh2 lg klu ada anak. ...ia nya wajib...ianya amanah...if x amanah brdosa tau....
Post a Comment