Thursday, February 21, 2019

Rindu bahagia

Aku sedang mencari punca dan cara untuk berbahagia.

Berbahagia  seadanya yang tentunya untuk diriku sendiri.

Aku mulai rindu pada rasa kebahagiaan, seakan terbau-bau harumnya inti bahagia yang sehari.

Mungkin kerana aku sudah terlalu lama bertahan dari mahu merasakan bahagia, atau barangkali aku sendiri takut berhadapan dengan warna-warni bahagia kerana aku sudah lama tidak meraih bahagia dalam jiwaku.

Entah, kali ini kalau ada ruang untukku, aku mahu merasa bahagia.

Untuk diriku sendiri

No comments: