|
credit : Google |
Tahun ini masuk tahun kelima aku bergelar isteri,
to be exact akan genap 5 tahun
by this coming december..dan aku berani katakan usia lima tahun bukanlah usia yang matang untuk sesebuah perkahwinan, kalau di ibaratkan seorang kanak-kanak pada usia lima tahun masih tidak tahu apa-apa dalam hidup, masih berhingus, yang kadang-kadang terkencing dan tercirit dalam seluar, pendek kata, usia 5 tahun adalah bukan
age of majority, bukan suara ramai, malah masih belum mampu untuk melakukan banyak perkara waima dalam hal membuat keputusan untuk diri sendiri sekalipun.
Aku berkahwin ketika usia aku 26 tahun (almost 27 that time), mungkin agak sedikit lewat tapi jika dibandingkan dengan sahabat aku yang bakal berkahwin pada november ini ketika berumur 32 tahun , aku rasa 26
is just awesome! :)
Oleh kerana, aku hidup di malaysia dimana perkahwinan dilihat sebagai sesuatu yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan maka, aku juga pernah berhadapan dengan tekanan untuk berkahwin daripada keluarga. Topik cari jodoh ini semakin terasa bila dalam sembilan orang adik beradik hanya aku dan adik sahaja yang belum berkahwin ketika itu dan memandangkan satu-satunya adik aku di dunia ialah lelaki maka dia tidak perlu berhadapan dengan isu jodoh-kahwin sehebat aku.
Seawal umur 20-an, setiapkali ditanya mengenai isu kahwin (kebanyakannya bukan dari kalangan keluarga) , aku tidak pernah ambil peduli, tidak kisah pun, maklumlah, usia pun muda lagi jadi pemikiran masa hadapan juga tidak seserius mana.
Middle 20, aku semakin diasak dengan pelbagai soalan berkenaan jodoh, tapi aku tetap saja tidak ambil peduli. Bagi orang yang biasa dan kenal dengan aku, mereka pasti ingat jawaban standard untuk soalan cepu-emas ini.
soalan : dida, bilalah kau mau kahwin ni?
jawaban standard : Besoklah ...
soalan : kau belum mau kahwin ka? tengok kawan-kawan kau semua mau kahwin sudah
Jawaban standard : Bah! datang rumah lepas Maghrib la...ada makan-makan
Kononnya, tidak kisah (memang tidak kisah pun), sehinggalah aku berumur 25-an (keatas), soal jodoh/kahwin bukan sahaja dari kalangan rakan-taulan, jiran-tetangga, sanak-saudara tapi dari kalangan ahli keluargaku sendiri, dan bila sampai abang-abangku mula bersoal-jawab denganku tentang kahwin, aku mula terpaksa untuk berfikir perihal kahwin-kahwin. Kebetulan dalam tempoh itu aku memang tidak 'berteman' dengan sesiapa, dan ini menjadikan isu jodoh aku sentiasa menjadi topik yang kerap diperbualkan. damn!!!
Detik paling menyayat hati ialah bila kakak sulungku mula memberi aku senarai nama lelaki, dengan cliche :
ni anak buah makcik Aina, umur 33 tahun, kerja kat Hospital sekian-sekian, gaji 5k, cuma kulit gelap sikit la sebab dia ada darah jawa+bugis, tapi budaknya manis je..atau..
yang ini anak kepada abang makcik Lat, rupa memang hensem tapi tak payahlah, budak ni bengkeng nak mampus!..atau..
Pakcik Pol ada tanyakan pasal kau, untuk anak no.2 dia yang baru habis master tu...atau..
hari tu pakcik berahim kata nak datang rumah bawa cincin tanda dan duit, untuk anak dia yang kerja army tu..boleh ke?..
Hah??????
Gila lah!!!
Bila aku kata 'hold kejap'. Akak aku bising kata,
ingat jodoh ni boleh main hold-hold ke? adess...time tu, aku rasa macam nak terkam je mana-mana jantan kemudian buat agreement kahwin kontrak 6 bulan bagi menutup mulut rakan-taulan, jiran-tetangga, sanak-sedara dan menyenangkan hati ahli-keluarga aku.
terus-terang, aku bukan jenis yang percaya pada jodoh pilihan keluarga, aku juga kurang yakin pada jodoh arranged by friend even masih akan dipertimbangkan juga, memandangkan aku pasti yang sahabat aku boleh analyzed lelaki jenis apa yang match dengan character aku.
Dipendekkan cerita, aku berkahwin dengan lelaki pilihanku sendiri, lelaki yang aku berkenan walaupun aku tidak melalui zaman bercinta-cintan dengannya, bukan anak buah makcik Aina, bukan anak kepada abang makcik lat, bukan kepada anak pakcik pol, bukan juga anak pakcik berahim dan semua urusan perkahwinan itu adalah atas usaha aku dan suami (sekarang) ketika itu. Aku akui keluargaku (adik,abang-abang,kakak-kakak, bapa) adalah keluarga paling hebat dan paling sporting bila mereka 'terpaksa' menerima pilihanku walau tidak pernah mengenali suami (sekarang) sebelum ini.
Walaupun ada 'sedikit' keraguan mereka pada pilihanku tetapi akhirnya they were able to get through it, and accepted him as they supposed to be. They're just super -awesome!!.Thank's a lot to them.
Aku faham keraguan itu, mereka tidak mahu aku tersalah dalam membuat keputusan masa depan hidupku tetapi aku katakan pada mereka bahawa perkahwinan itu satu perjudian, ia bisa saja menjadi syurga tapi boleh juga menjadi mimpi ngeri. Dan jika satu hari nanti aku terpaksa melalui kisah duka perkahwinan dan kemudian berpisah (dengan cara apa sekalipun ) dengan suami (sekarang), aku
TIDAK AKAN MAHU menyesal memilih dia kerana dia adalah pilihanku, berkahwin dengannya juga pilihan aku, dan berpisah dengannya juga (samada rela ataupun tidak) juga atas keputusan aku (mungkin selepas beberapa sesi perbincangan). Aku telah memilih untuk diriku sendiri selama ini, dan ini juga bermakna aku telah memilih untuk menentukan takdir jodohku dengan dia dengan apa cara sekalipun, cuma aku mungkin terpaksa meminta belas kasihan kepada ayahku (terutamanya) dan juga kepada ahli keluargaku yang lain untuk kembali demi memulakan hidup dan nafas baru bersama mereka kalau itu berlaku...
(back for good orang kata..hehe)
Dan jika aku bahagia di masa hadapan, aku bersyukur kerana aku telah menentukan dan memilih seorang lelaki yang telah mampu membahagiakan aku dan anak-anakku. Memang benar perkahwinan adalah satu perjudian, kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi di masa depan,boleh jadi kita gembira dan bahagia selamanya dan boleh jadi sebaliknya,bukankah, hati manusia boleh berubah sekelip mata?..dan sekiranya aku gagal dalam melayari kehidupan sekarang, sekurang-kurangnya aku mampu belajar dan mendapat pengajaran akibat daripada keputusanku sendiri. Kerana aku telah membuat pilihan untuk diriku sendiri.
p/s : Selamat Hari Malaysia ke-48!!