Tuesday, December 31, 2013

selamat tinggal segala 2013

Esok hari baru, tahun baru, selamatlah semua di 2014 ini.

Macam-macam sebenarnya nak mengadap tahun depan ni, dengan segala-gala benda naik yang automatik kos hidup juga akan naik, dengan rutin kerja yang masih sama, berulang-penat-jauh-bosan, dengan hidup yang sentiasa turun-naik suhunya, dengan anak yang nak masuk darjah satu (eh? dah darjah 1 dah anak sulung aku) dan dengan maha pelbagai lagi dengan yang ada.

Aku tak mengharap banyak sangat untuk tahun ni mungkin lagi kurang sedikit dari tahun 2013, walaupun aku tetap dapat merasa  progress dan transformasi dalam diri aku lebih baik dan mungkin agak semakin baik jika dibandingkan dengan tahun sudah dan tahun-tahun sebelumnya dari segi hubungan hati aku dengan pencipta, bukanlah aku nak kata aku dah stok-stok jadi ustazah, takde pun feeling-feling alim-ulamak dalam diri cuma mungkin aku punya banyak kesempatan dari ruang terbatas yang aku ada untuk terus mencari dan mengisi ruang yang aku rasa kosong dalam 'dunia' aku sebelum ini. Alhamdulillah.

Dan daripada tidak pernah menghadiri majlis ilmu berbentuk keagamaan ( selalunya aku hadir kerana dipaksa atau terpaksa) tahu ini aku dengan rela dan rendah hati hadir di majlis ilmu yang dihadiri oleh Dr.Maza di setapak tidak lama dulu. Even aku akui aku hadir asasnya kerana Dr.Maza itu sendiri tapi tulus aku nak bagitahu rupanya bila kita hadir di majlis ilmu yang begitu dan bercampur dengan manusia-manusia yang begitu jiwa aku rasa satu perasaan yang aku tak tahu nak explain macamana suasananya juga amat berbeza, mungkin lebih hampir kalau aku kata 'tenang'. Banyak lagi aku nak cerita tentang perasaan yang 'ini' tapi nantilah, karang orang rasa aku riak berlagak pula.

Begitupun, hidup peribadi aku masih tetap tidak lari dari dugaan dunia. Ini pun aku tetap tidak meletak harapan tinggi di tahun 2014 ini, sama juga macam orang lain aku cuma mahukan apa yang terbaik untuk aku dan anak-anak disepanjang tempoh 365 hari akan datang ini. Insya Allah.

Jika sekiranya ada perkara yang tidak diingini terjadi juga, aku terima sahajalah dulu atau jika sekiranya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku, aku bersyukur dan berterima-kasih pada Allah kerana masih memberi aku peluang untuk terus meneruskan hidup untuk terus lebih banyak lagi me-muhasabah-kan diri.

Tiada apa sangat perkara hebat-hebat yang aku impikan di tahun baru ini, sebab azam tahun lepas dan tahun sebelumnya pun banyak lagi yang tak dan memang tak pernah aku tunaikan, mungkin aku perlu satu langkah besar untuk mengubah segala cerita, mungkinlah, itupun nantilah aku fikirkan kemudian.

Untuk semua perkara terhebat yang pernah berlaku padaku, untuk segala tangisan jiwa yang aku pernah tangiskan, untuk segala kekecewaan yang buat aku hampir rebah, untuk segala derita yang buat aku terlalu goyah, untuk segala kepercayaan yang direnggut dariku, untuk segala kekuatan yang aku berusaha kumpul balik disepanjang tahun ini- aku ber-TERIMA KASIH kepada yang telah mampu memberi segala macam rencah itu padaku yang kemudian buat aku sedar dan melihat dan menerima banyak perkara dari banyak cara.

Akhir sekali, aku harap apapun yang bakal berlegar-legar dalam hidupku nanti aku harap aku lebih yakin dna bersedia untuk menghadapinya. Cukuplah ini sebagai pelentur jiwaku untuk terus berusaha menjadi kuat:

....dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:216

apapun,





semoga aku tidak akan terus mengulangi kekhilafan yang pernah aku buat ditahun ini untuk kawal high-temper aku yang melampau.







Friday, December 27, 2013

pelik

pernah tak timbul satu rasa dalam diri yang kita tak tahu nak explain apa dan macamana.
Sedikit rasa malas, sedikit boring, sedikit marah, sedikit penat, sedikit malas nak ambik peduli, sedikit ragu, sedikit rindu, sedikit letih, sedikit mahu mengalah, sedikit mahu melawan, sedikit geram sedikit itu-sedikit ini. Yang bila dicampur ianya jadi satu perasaan yang pelik.

Dan perasaan bila ia jadi pelik, tindakan kita juga pelik-pelik belaka, fikiran juga jadi pelik, kata-kata juga jadi pelik, dalam keadaan ni kalau nak kata susah tidaklah, tapi mungkin agak jengkel untuk diri sendiri bila apa yang sepatutnya kita tidak fikir begitu akan datang dalam fikiran lalu kita buat kesimpulan logik tapi hampir mustahil untuk diterima akal manusia.

Itulah sebabnya, jangan suka buat assumptions sendiri, jangan fikir kita lebih baik banding orang lain atau sebaliknya, jangan pakai sangka-sangka, jangan selalu serkap-serkap, jangan suka sangat fikir terlalu jauh. Sebab bukan saja otak jadi letih tapi perasaan pun akan terganggu. Tu yang jadi pelik tu.




Friday, December 13, 2013

Ketenangan

Nak cari.
Nak rasa.

Nak damai
Nak aman

Rindu pada perasaan yang sentiasa tenang dulu.

Thursday, December 12, 2013

Bengkak Gusi

Ke Gusi Bengkak?

Tak kisahlah, apa pun gelarannya end result untuk dua-dua perkara ini adalah sama "sakit". Patutlah dua tiga hari ni rasa semacam je, minum air habis 3 litre pun mulut masih kering dan rasa panas, rupa-rupanya....

Nak lagi azab, sebab sakit gusi maka bawah telinga aku tumbuh biji, orang kata saraf bengkak sebab sakit sangat lah tu.

Patutlah, nak makan pun rasa macam tak mampu nak mengunyah je, sakit.


Tuesday, December 10, 2013

Pre - Nyalarasa

aku tenung wajah tenang kau yang sedang lena
betapa selama ini aku tidak sedar, raut wajah kau juga semakin berbeza
ada garis kedutan, ada kerutan, ada persoalan dan ada keserabutan
hatiku terusik 

akukah penyebabnya?

aku kira masa telah terlalu jauh mengajar kita
mungkin juga masih menguji kita, berkali-kali
berulang-ulang

mungkinkah mematangkan kita? atau
membuatkan nyalarasa kita semakin menjauh?

kali ini, aku tenung lagi wajahmu dalam-dalam
dengan mata hatiku, 
terbit sekelumit rasa dalam jiwaku bertanya?

Mengapa nyalarasa yang kita punya dulu semakin jauh dan pudar kini?

Monday, December 9, 2013

manusia

Tau tak, kita lebih mudah berjumpa dengan manusia yang 'tidak baik' berbanding manusia 'baik' di dalam dunia zaman sekarang ini.

Itu apa yang aku nampak lah.  Kalau nak cerita lebih nantilah sekarang aku takde mood nak berfikir. 

Thursday, December 5, 2013

pesan untuk hati

PESAN UNTUK HATI


Cukuplah, diam-diam saja
Jangan kau sibuk nak lari sana-sini
Kau sendiri pun tau
Lari bukan penyelesaian.

Kali ini, bertahanlah
Aku tahu kau mampu
Tapi aku nak kau duduk diam-diam
Penat dah, asyik berlari sana-sini


Tuesday, December 3, 2013

Mengalah

Pernah tak kau bangun pagi dan terus rasa bahawa, today will treat me bad as yesterday?
Pernah tak kau celik awal pagi dan terus berharap i hope that i was gone last night?
atau, bangun pagi dengan air mata masih basah di mata dan kemudian keliru. Eh, semalam aku tidur ke aku nangis?
atau, buka mata diawal pagi terus rasa nak pejam mata balik, biarlah aku tidur sampai seratus tahun baru terjaga balik, boleh?

Ada hari yang kita dah buat sehabis baik untuk elak konflik tapi ia tetap jadi juga malah lagi teruk!
Ada ketika yang kita sudah keletihan sampai dah tak terkata apa dah, sampaikan nak tarik nafas sendiri pun tak larat.

tak apalah, aku rasa aku dah tak mampu menari rentak kau dah biarlah kali ini aku mengalah.



Monday, December 2, 2013

Given Up

“O Life,
How oft we throw it off and think, — 'Enough,
Enough of life in so much! — here's a cause
For rupture; — herein we must break with Life,
Or be ourselves unworthy; here we are wronged,
Maimed, spoiled for aspiration: farewell Life!'
— And so, as froward babes, we hide our eyes
And think all ended. — Then, Life calls to us
In some transformed, apocryphal, new voice,
Above us, or below us, or around . .
Perhaps we name it Nature's voice, or Love's,
Tricking ourselves, because we are more ashamed
To own our compensations than our griefs:
Still, Life's voice! — still, we make our peace with Life.” 

― Elizabeth Barrett BrowningAurora Leigh and Other Poems

kan dah cakap

Seperti yang diagak, perkara sama berulang juga.

Lain kali percaya kuat-kuat pada kata hati, kalau dia bisik suruh berhati-hati maka teruskan lah berhati-hati.

Jangan lawan, jangan nafi. Nanti sakit lagi.

Friday, November 29, 2013

Luahan untuk esok

Esok hari cuti, hari untuk aku duduk bergomol dengan anak-anak.
Hari nak chek itu-ini, kemas mana-mana yang patut
Masak apa yang mampu dan macam-macam lagi.

Tapi, entah kenapa aku macam risau je mengadap esok.
Rasa hati tak sedap, macam ada yang tak kena.
Belum pun habis ofis hour aku dah mula rasa berat hati nak balik rumah.

Janganlah ada apa-apa jadi dalam rumah esok,
Samada pada aku mahupun anak-anak yang bertiga itu.

Kejap lagi nak doa panjang-panjang & banyak-banyak
Aku nak minta supaya keadaan jadi biasa je. normal je.
Tak payah lah nak jadi benda pelik-pelik
Apalagi kalau nak perang-perang.
Lalu sakit hati dan kemudian menangis sampai subuh.

Dah lah. Cukup lah.

Aku dah letih dah dengan itu semua, terlalu letih sampai aku tak larat pun nak buka mulut untuk buat provokasi.

Biarlah.

Yang penting zohor/asar ni aku nak berdoa, minta segala-galanya pada Tuhan.

#Hati tak tenang sungguh :(

Thursday, November 28, 2013

Perbualan

Aku : Apa khabar sekarang ?

Dia : sedang nak bertahan, tak tau nak jawab baik ke tak?

Aku : Sabar lah (walhal aku tahu orang lain pun bercakap benda sama walaupun bukan dari jiwa) 

Dia : Insha Allah..aku cuba.

Aku : (sengih) kalaulah ada ubat untuk jadi sabar, mungkin reda sikit hati kan?

Dia : Kalaulah betul ada ubat untuk meredakan keadaan aku dah lama borong, biar rasa letih dan penat dalam hati dan kepala hilang. Kan senang?

Matanya ku lihat sedikit bergenang, aku diam tidak tahu tahu bereaksi bagaimana. Kerana aku juga pernah dan hampir-hampir ada di keadaannya sekarang.

Mohon Tuhan beri dia sejuta kekuatan sebaik sahaja dia bangun pagi esok. Amen.



Wednesday, November 27, 2013

Ku Mohon - Shiela Majid

Tidak pernah sedar, lagu ini bawa sejuta makna yang sangat dalam pada saya, di ketika ini.





Setiap hari ku mohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan
Dalam hati kekuatan
Menempuhi segala
Dugaan yang mencabar ini
Pasti, punya ertinya

Engkau beriku harapan
Menjawab s'gala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak-geriku
Berkatilah... ku perlu rahmat darimu

Oh Tuhan, terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala
Hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan, ku berserah segalanya kepada Mu
Agar jiwaku tenang
Dengan bimbingan mu, selalu

Adakala ku merasa
Hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu, oh
Kuatkanlah, cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu
Pada hidupku

Tuesday, November 26, 2013

bersih?

Tidak semua perkara itu telus
Bukan semua perkara itu mulus

Terima hakikat, kita hidup dalam dunia yang 'kotor'

Hatinya kotor, jiwanya kotor, pemandangannya kotor malah rasanya juga selalu kotor

Tapi Tuhan sentiasa bagi kita pilihan samada mahu untuk terus menjadi kotor atau memilih untuk jadi sebaliknya?

Berserah sahajalah. Jangan berhenti berdoa.
Percayalah Tuhan maha mendengar.
Lebih dari sesiapapun.

Friday, November 22, 2013

ISFJ



Introverted (I) 52.94% Extroverted (E) 47.06%
Sensing (S) 52.78% Intuitive (N) 47.22%
Feeling (F) 51.61% Thinking (T) 48.39%
Perceiving (P) 50% Judging (J) 50%

Your type is: ISFJ

ISFJ - "Conservator". Desires to be of service and to minister to individual needs - very loyal. 13.8% of total population.
*If you tied on any of the scales, the current algorithm just breaks the tie randomly so refresh the page to see alternate results



Thursday, November 21, 2013

Perasaan terkedu

Pagi ini aku terbaca status kenalan jauh sedang berada di mahkamah syariah.

Terus aku dapat menangkap isi pati kisahnya. Automatik aku mengerti keadaannya. Dan saat itu juga aku diserbu kesedihan dan terkedu.

Sungguhpun dia bukan siapa-siapa padaku. Tidak lebih dari kenalan yang belum tentu wajib bertegur sapa tapi pada orang yang punya rumahtangga dan telah bergelut dengan 1001 macam perkara biar baru setahun jagung bersama, aku kira aku sangat dekat dengan keadaan begitu.

Tambah-tambah lagi bila sudah punya anak lebih dari seorang. Mustahil untuk tidak merasa 'patah' dan 'jatuh' tapi mungkin itulah jalannya setelah lama bertahan.

Tentunya ada yang akan berkata itulah jalan terbaik, SUMPAH!!!!! Bercerai berai tidak pernah jadi jalan terbaik bila yang mendapat kesannya adalah anak-anak. Tapi kerana itulah saja penyelesaian kepada ketidak sefahamam, ketidak persetujuan, ketidak penerimaan, ketidak mampuan dan ketidak ada perasaan ataupun kepada bermacam tidak maka itulah dia.

Aku bukan menghitung kira hidup dia, bukan juga menimbang tara hidup siapa-siapa. Tapi aku menulis lebih kepada pengalaman aku sendiri, perjalanan hidup berumahtangga yang baru setahun jagung, tentang pelbagai ribut-taufan dan angin-badai yang aku baru saja tempuh.

Belum berakhir lagi dan pastinya ada macam-macam lagi jalan berselirat dihadapan. Cuma aku hanya ambil iktibar dan pengajaran untuk aku bersedia segala kemungkinan masa hadapan yang tiada siapa tahu.

Apakah kekal bersama atau aku juga turut serta?

Tolong doakan perkara terbaik untuk aku juga.

#perasaan memang sangat bercampur baur#

:(

Friday, November 15, 2013

Hujan Pagi ( bukan karya A. Samad Said)

Pada sesetengah manusia. Ia hujan rahmat dan berkat. Memberi sejuta kegembiraan dalam kesyahduan pagi.
Indah. Dingin dan mendamaikan. Membawa bau kebahagiaan di seluruh pelusuk rasa.

Pada sesetengahnya pula, hujan pagi ini tidak lain hanya kebasahan yang membawa kedinginan jauh mencengkam tulang temulang. Lecak dan becak yang kurang menyenangkan dan bau hapak yang membingit deria hidu.
Mengalirlah air mata pasrah menangisi diri

Padaku, hujan ini memberi perasaan sejuk dan lunak di jiwa. Sedikit kedinginan kerana rintik sedikit yang membasahi pakaian. Tapi ia masih bawa ketenangan untuk aku berfikir melihat mereka di luar tingkap.
Menyatu rasa tawa dan sendu. Berfikir kiranya aku di tempat mereka, bagaimanakah aku?

Pagi 151113 (7.19am heading to putrajaya)

Thursday, November 7, 2013

Hadirnya Kesedihan -DrMAZA



Thursday, October 31, 2013

Rasa yang jauh

Rasa hati makin jauh
Dah puas pujuk dah, tapi entah kenapa masih tak rasa apa
Selalu mengharap diri jadi halimunan
Biar tidak perlu melihat dia dengan hati penuh sebal

Kalau ikut hati sudah lama aku jadi tak waras
Tapi sebab masih punya akal
Maka aku bertahan, kasihan pada jiwa kecil yang masih terlalu rapuh
Walaupun sebenarnya mereka selalu jadi saksi akan betapa keruhnya suasana.

Nak mula balik, entah boleh entahkan tidak

Sekarang ni tak tau dah nak buat apa,
sebab rasa hati pun makin lama makin padam.

Tuesday, October 22, 2013

Syaitan mengikatkan simpul pada bahagian belakang kepala seseorang jika ia tidak (bangun) mengerjakan solat malam


Rujukan : Ringkasan Shahih Al-Bukhari
M/S : 242

Saturday, October 19, 2013

rasa

Hati kalau dah selalu sangat patah, lama-lama akan jadi tepu. Bila dah tepu dah tak tahu nak rasa apa dah. Kalau sedih rasa macam manis je, kalau sakit rasa macam sedap je, kalau happy rasa macam pedih je, kalau senang rasa macam pahit.

Dah tak tahu nak beza rasa, sebab dah beku dan tak peduli.

Entah.Takut pula sampai satu tahap nanti hati dah tak boleh nak beza baik-buruk pula. 

Friday, October 18, 2013

kenapa bila kita cuba untuk berubah kearah kebaikan mesti akan ada manusia yang mencabar dan buat kita rasa macam nak buat perkara jahat balik?


Cuba sabar. Dicabar!
Cuba bertahan. Dikocak!
Cuba mengelak. Digertak!

Sebaik mungkin aku mencuba, sekuat mungkin aku bertahan, seboleh mungkin aku usaha untuk 'ikhlaskan' hati, tapi tetap masih ada juga yang 'menguak' istiqamah ini. Kalau diikutkan perasaan, nak saja aku balas balik kepadanya, bagi 'sebijik' biar padan muka, bagi sedar diri tu sikit.

Tapi, takpelah. orang buat kita, kita terima seadanya - susah tau, sangat-sangat susah. Nak dapatkan hati yang penuh redha tu bukan senang, kena lawan macam-macam perkara dalam kepala, kena bersoal-jawab dengan diri-sendiri, kekadang bisikan si-putih banyak logiknya, tapi tidak dinafikan kata-kata halus si-hitam juga ada betulnya.

Betullah kata orang (arwah mak aku pun pernah cakap), segalanya bermula dari dalam diri sendiri. Hati kita.
Kalau hati kau memang nak benda baik-baik untuk diri, maka jadi begitulah dia begitu juga sebaliknya. Nak dengan tidak je.

Aku? entahlah. Cuba nak timbang-timbang dulu, fikir guna akal, bukan dengan emosi. Cubalah bersabar dulu, selagi boleh, setakat yang mampu.

Harap-harap lah aku tak naik hantu.

Friday, October 4, 2013

TAWAKAL (Peringatan & Pelajaran untuk diri saya sendiri)

Tawakkal itu apabila menyerahkan sepenuh dirinya kepad Allah S.W.T.

" Kita tahu bagaimana nak panggil Tuhan, tapi kita kekurangan jiwa yang tawakkal kepada-Nya, kalau kita ada benda tu, Allah tolong kita, in Sha Allah. Mudah-mudahan. "





Friday, September 27, 2013

sa-orang

Ada masa ke sa-orangan itu rasa sangat indah.
kau tau takda manusia lain akan ganggu.
Walau mungkin mereka yang lain berkata
ke sa-orangan itu adalah kebinasaan.
Tapi, kau rasa dengan jiwamu
ke sa-orangan itu kehidupan.




Saturday, September 21, 2013

Yang Terang lagi Bersuluh

Alhamdulillah, aku sangat bersyukur bila Allah beri aku 'minat' yang amat kuat dan tinggi dalam hal membaca, sungguh membaca buat aku benar-benar menjadi diriku dan bila sekiranya aku tidak membaca aku akan rasa seperti aku 'punah' di 'dalam', satu masa dulu aku amat rajin membaca novel, yang mana semua jenis novel melayu atau inggeris aku redah selagi boleh. 

Malang bagi novel melayu, kebanyakan tema ceritanya adalah sama dengan cara penyampaian dan penulisan berbeza, aku jadi muak lalu beralih ke novel inggeris, aku teruja sangat, bukan hanya kerana kepelbagaian tema, jalan cerita dan gaya penceritaan yang sangat menarik tapi sebaliknya aku boleh belajar bahasa itu tinggi setapak daripada apa yang aku mampu setakat ini. Syukur.

Cuma, bila semakin meningakt usia dengan tanggungjawab yang semakin bertambah, aku akui ruang membaca untukku jadi sangat sedikit, sangat tidak ter'curi' masa yang ada untuk mencapai sebuah buku dan menghabiskan satu mukasurat pun. Masa yang aku ada memang tiada belas kasihan, aku bergelut dengan masa di setiap minit yang aku ada, kadang-kadang tidak terbendung dan aku kalah. 

Tapi kerana aku menganggap setiap langkah perjalanan hidupku itu adalah 'pergelutan', aku sentiasa 'berjuang' memberi ruang, masa dan waktu untuk diriku sendiri - sekurang-kurangnya membaca buat aku rasa aku punya dunia aku sendiri - tanpa anak-anak, tanpa sahabat-sahabat, tanpa orang sekeliling, tanpa siapa-siapa- hanya aku dan cerita dalam satu buku. Aku berhibur dengan caraku sendiri. 

Sampai satu tahap, aku merasakan bahawa aku perlu membaca untuk mengisi 'ruang' kosong dalam dada, yang aku tidak tahu apa dan bagaimana untuk memenuhinya, yang bila aku baca sesuatu buku, itu perkataan nya bukan sahaja kekal dalam hatiku tapi mampu memberi impak besar  kepada seluruh jiwa, tenaga dan diriku sebagai seorang manusia. Sangat susah untuk aku jumpa sesuatu yang seperti ini dalam mana-mana pembacaanku selama ini. Aku tersentuh tapi tidak pernah sampai memberi kesan mendalam dalam diri, pendek kata, macam kita tengok wayang, dalam satu-satu masa itu kita seronok dan kagum tapi sampai satu masa itu kita lupa dan hilang. Perlu tengok kembali untuk 'refresh' dan begitulah seterusnya.

Ketika aku dalam keadaan mencari-cari itu aku terpandang tafsir Al-Quran atas meja seorang rakan, tanpa niat aku belek buku itu (seperti selalu) dan membaca mana-mana perkataan yang kebetulan 'caught by my eyes', aku terpaku sebaik sahaja sampai pada satu ayat yang mana terjemahannya sangat memberi kesan, runtun hatiku dengannya. Dan sejak itu aku kekal, masih meneruskan pembacaan pada tafsir yang akhirnya diberi sebagai hadiah oleh si rakan tadi, dan buku itu aku usung pergi-balik ketempat kerja, kerana hanya disitulah luang masa yang aku ada, sepanjang berada di dalam bas.

Hingga ke saat ini, aku hampir saja menghabiskan Surah Al-Israak, Juzuk 15. Setakat ini, tidak pernah lagi aku rasa bosan malah dengan inilah aku dapat merasa pelbagai perasaan yang ada, gerun, takut, kagum tidak terhingga, kerdil , syukur, beristiqamah, bangga, seronok, dan bermacam lagi perasaan yang tidak mampu ditulis dengan perkataan, kalau lah boleh dibayangkan perasaan seorang yang bila dia terlalu puas pada satu perkara, dia akan tarik satu nafas panjang yang bila dilepaskan berserta dengan air mata dan senyuman gembira bercampur terharu. Itulah apa yang aku rasa sekarang.


Alhamdulillah, disuluhkan padaku satu jalan terang dalam pada aku tercari-cari dalaman diriku sendiri, aku diberi jalan berjumpa dengan apa yang aku mahu dan yang sepatutnya aku baca, untuk mengisi diriku sebagai manusia yang adalah Hamba kepadaNya. Mungkin setakat Juzuk 15 aku masih lagi bertatih, tapi aku tidak risau dan tidak kisah. Selagi ilmu itu disitu, maka distu jugalah aku akan mengautnya,


Antara ayat yang mula-mula sekali buat aku berdetak :

(Al-A'araf 7:128)

Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".



Semoga segalanya belum terlambat untukku.

Syukur.










Friday, September 20, 2013

well said




Thursday, September 19, 2013

Facts about LAUGH








Facts we never knew it exists! so what's with frowning face? Let's LAUGH throughout the day!

Wednesday, September 18, 2013

The Other Half - where would he/she be?



link

Wednesday, September 11, 2013

Aku kena - Aku terasa!

semalam tengahari, masa lunch, tak pernah-pernah, tiba-tiba aku kena sound dengan bos. Gila eh!

Gini ceritanya, aku selalu kalau time lunch, cukup time terus pegi cafe tapau makan naik atas duduk kat meja dan makan depan pc, biasanya waktu rehat kalau bukan baca buku, layan FB, aku layan youtube, dengar ceramah dan dua tiga hari kebelakangan ni aku baru start tengok movie online.

Semalam, kawan-kawan aku ada yang puasa ganti dan ada yang cuti ganti, so aku makan sorang-sorang yang mana aku tak pernah kisah pun, tapi sebab nak rasa meriah-meriah (tiba-tiba) aku pegilah join satu grup lagi kat ofis tu makan, nasi dan gulai aku punya sendiri la lepas tu cedok la sikit-sikit mereka punya.

Bila agak-agak dah cukup pukul dua, aku pun bangun dan kutip-kutiplah benda-benda yang aku patut basuh sekali pegi singki rakan-rakan aku yang geng makan tadi pun tengah nak membasuh, so disebabkan sinki cuma satu aku tunggu turn terpaksalah duduk balik kat tempat makan tu, sambil-sambil cedok saki-baki lauk yang tinggal.

Jam 2.15 aku dengan rasa confident yang rakan-rakan aku dah siap membasuh aku pun pergilah ke sinki, sambil lalu tu ada sorang bos bahagian (bukan cawangan aku) lalu sambil kata "aii...lamanya meeting, sampai setengah jam yee...". Aku sambil tu terkebil-kebil, dah la stail tegur macam orang tak berapa habis sekolah, dengan tak tengok mukanya. Maka terasalah aku, nak kata aku hari-hari duduk berkumpul, gelak-gelak, bising-bising, borak-borak ramai-ramai tu sangatlah jarang, jangan kata sebulan  mungkin setahun 2 kali adalah. Boleh pula macam tu cara mek ni menegur.

Aku tak kata aku betul, memang lah aku salah sebab lewat 15 minit waktu kerja tapi aku tak pernah kira yang masa rehat aku kalau ada orang call aku jawab dan buat kerja bila perlu, itu takde pula nampak. Aku rasa kalau dah gatal hati sangatlah nak menegur (maklumlah!!sebab dia tu BOSS!!!) apa lah salahnya dia kejar ke pantri dan tegur cara elok kan? sambil-sambil aku membasuh pinggan, sudu, gelas tu sambil-sambil kau tegur. Boleh je kan kalau nak?

Tak apa lah, dia boss dia ambil hak dia, aku tak puas hati hal aku, tapi aku harap dia mampu twist sikit cara menegur dia tu biarlah sama tahap-levelnya dengan ilmu, pangkat dan imej orangnya. takde lah aku pandang kau dengan hati separuh sebal lepas ni kan. Aku mengaku, hilang sikit dah respect aku pada kau...memang kau tak kisah pun. Hahaha....


Thursday, September 5, 2013

hilang taring

Akhir-akhir ini saya seperti kehilangan sebab untuk terus menulis, saya punya macam-macam hal bercampur-aduk, hiruk-piruk dalam kepala tapi oleh kerana saya tidak punya intuisi halus dalam diri maka saya terhenti dan biar kata-kata "bisu' dari perasaan kecil saya 'terdiam'.

Selalunya ia akan buat saya jadi macam orang tidak waras, bercakap sendiri dan berfikir lepas-laku, tapi oleh kerana semua itu hanya bergolak dalam jiwa dan kepala, maka tiada siapa yang tahu. Tidak juga peka.

Sedang nak menulis entry sepotong ni pun, entah berapa kali edit, berapa minggu peram, padahal entry cikai je pun, tak payah nak fikir dalam-dalam. Mungkin sebab situasi hidup sekarang buatkan keadaan jadi begitu.

Apapun, meminta dan berdoa yang terbaik untuk masa hadapan adalah harapan, hilang atau belum taringnya biar hanya pada tulisan tapi tidak pada perasaan. Dan apa yang ada pada perasaan itu biarlah terus disitu, lunaklah ia dan kemudian mendingin untuk aku jadi kebal pada semua keadaan.






Friday, August 30, 2013

what is mine, is me

“My story is the story of forgotten people and the voice of the voiceless.” 
― Andrea Hirata

Tuesday, August 27, 2013

penghapus dosa

Ringkasan Sahih Al-Bukhari

Monday, August 26, 2013

change

Aku teringin benar supaya punya hidup yang aman-damai, memang ada yang akan kata mesti ada hiccups, akan ada up's & down's itu aku maklum, yang ianya adalah lumrah kehidupan,lumrah perjalanan dunia.

Aku bukan mahu benda mahal pun, tak banyak mana pun,  aku cuma teringin bila ada ombak badai melanda hidup aku, aku mampu tenang dan rilek macam takde apa masalah, bila taufan ribut bertiup, aku mampu terima, bersabar dan kemudian bertahan sampai jadi elok semula, aku mahu bila ada tikam-lidah sampai jerit-pekik aku mampu diam dan tidak bercakap dengan perkataan-perkataan yang kurang ajar yang mana bertujuan untuk menyakitkan hati sesama, aku mahu bila aku emosional dan terluka yang teramat, aku mampu untuk menjadi rasional kembali agar tidak terbuat keputusan melulu.

Pendek kata aku mahu agar semua perihal 'dugaan' dan 'cabaran' aku mampu menjadi yang sepatutnya seorang manusia rasional itu perlu jadi. Aku sebolehnya mahu agar aku mampu untuk bersabar pada semua keadaan samada susah atau senang, dikala sedih mahupun gembira.

Bukan tak boleh buat, semua orang cakap benda sama tapi sejauh mana aku mampu beri komitmen untuk mengubah, itu yang belum tentu semua orang mampu buat, begitulah juga aku, walau banyak mana pun aku vows yang aku nak berubah, aku nak keadaan dalam hidup aku tenang, ama dan damai tapi selagi aku tak mampu istiqamah pada niat, kehendak dan kemahuan aku tu, memang sah hidup aku tak akan berubah sampai bila-bila selamanya.

Oklah, aku harap ini misi aku lepas ramadan sempena syawal 2013 (tahun islam aku tak tahu, terus terang cakap!) dan aku juga berharap agar misi aku ni berjaya di-accomplish segera, untuk keharmonian hidup aku di masa hadapan. Sungguh aku bernar-benar berharap, Amin.




Wednesday, August 21, 2013

entah apa-apa

Akan ada satu keadaan bila kita sudah letih berkeras, kita akan jadi kendur walaupun bukan berlembut tapi jadi malas nak ambik peduli...lantak kau lah!

Friday, August 16, 2013

Redup Lebaran

Lebaran tahun ini rasanya paling happening banding tahun-tahun sudah, masa yang spent dengan family was really precious, entah kenapa tahun ni aku rasa hubungan aku dengan adik beradik semakin rapat lebih dari sebelum ini, memangnya aku lahir dari family yang rapat antara satu sama lain tapi kali ini aku rasa bonding kami itu semakin kemas dan lebih erat.

Ayah aku yang semakin tua dan sedikit uzur juga tidak putus-putus menyatakan kegembiraannya melihat kami adik beradik berkumpul ramai-ramai, termasuklah cucu-cicitnya. Hari terakhir puasa kami berbuka ramai-ramai bergegar rumah besar ayah, riuh-rendah macam nak pecah rumah tapi aku lihat ayah aku senyum semacam, senyuman bahagia dan terharu, sekejap-sekejap dia tunduk dan kesat mata sengaja kami biarkan dia duduk di hujung sofa, biar dia lihat wajah satu-satu anak dia yang sembilan orang berserta menantu, cucu dan cicit memeriahkan suasana.



12 Ogos aku sefamily berangkat balik KL, sesak nafas aku tengok muka sugul sorang-sorang, apatah lagi dengan kakak aku no.3 dan 4, aku buat pandang tak pandang sebab kalau pandang sah aku meraung, sayang tak sayang dengan adik perempuan bongsu ni abang dan adik aku ambik dan hantar pegi airport, jauh tak jauh adalah dalam 2 jam (Keningau-KK). terharu sangat aku.

Sebelum naik kereta aku nampak ayah aku salam tangan satu-satunya menantu berbangsa melayu dia, kejap genggaman ayah, lama dia berpesan mungkin juga memberi nasihat dan aku pastu terselit pesanan ayah disitu "Tolong jaga anak perempuan bongsu dan cucu-cucu lelaki ayah baik-baik, berikan mereka kebahagiaan dan kegembiraan sewajarnya dan jika tidak pulangkanlah anak ayah sesempurna mungkin sepertimana masa kamu 'ambil' dia dulu". Aku harap itu memberi makna yang besar kepada dia, aku dan kehidupan kami akan datang.

Saat kereta bergerak aku pandang satu-satu wajah keluarga besar aku buat kali terakhir, dan akhir sekali aku pandang ayah, tersentap aku bila lihat mata ayah merah, basah dengan airmata. Serius aku tidak mampu meneka tangisan apakah itu? sebak hati aku tidak terkata sehingga hari ini, sehari lepas balik KL aku call ayah suaranya putus-putus, aku cuba bertahan aku kemam mulut supaya tidak teresak. sebak lagi aku.

Dan dalam beberapa hari ni ingatan ku pada ayah semakin kuat, hatiku kadang-kadang terdetik benda-benda kurang enak, kalau pun ini mungkin petanda, aku harap janganlah ini lebaran terakhir aku bersama ayah.



Thursday, August 1, 2013

Mode : Raya

Tahun ni tak beria-ia macam selalu, tahun lepas pun tak sebab tengah pantang 5 hari. Cuma rasa tak sabar nak balik despite a lot of things happen jadi rasa balik kampung adalah satu remedi biarpun sekejap.

Apapun selamat Hari Raya Semua!!!

;)

Monday, July 22, 2013

360"

Makin lama, Makin hari
Makin lain, Makin berubah

Yang zahir mungkin tetap nampak sama
Tapi yang batin semakin putih warnanya
Jiwanya sudah semakin mulus
Tiada lagi gundah dan gusar

Pandangan dunia nya semakin pudar
sudah kurang peduli pada tarikan sementara
Dia melihat semakin dalam
pada yang hakiki dan abadi

nak berubah sekaligus bukan mudah
kena menapak sedikit kemudian sedikit lagi
perjalanan pula tidaklah semudah ketip jari
ada saja turun naik realiti yang menganggu

Ada ketika, dia terhenti di tengah-tengah bermenung
ada ketika serba salah, mahu terus mengengsot kah atau melurut berpatah balik
tapi panggilan jiwa nyata lebih kuat
jiwa mahu sesuatu yang amat kuat dan gagah untuk bergantung

Untuk mahu terus bergantung harap

Sunday, July 7, 2013

buku baru

cuba untuk bermula sekali lagi
berharap agar kali yang kedua ini beri sinar gembira
biarlah bertahan dan kekal hingga akhir

dugaan pasti sentiasa datang
cabaran tentunya selalu tiba
ku harap hati bertahan
untuk menjaga apa yang sedia ada
untuk kali kedua

kalau kali ini runtuh jua
aku anggap ini bukan takdir kita
destiny kita hanya setakat di bab satu pada buku lama
yang ertinya memang sudah tidak wujud rasa memerlukan antara kita

tapi kalau rasa gebu itu masih bersisa
kita mungkin mampu bertahan
membuka lembaran baru pada buku baru
menghadap rintangan baru dengan cara baru

semoga berjaya.

Thursday, July 4, 2013

Alone

While i was in PD

Monday, July 1, 2013

Jemu

Memang aku sudah jemu.
Putaran hidup sudah tidak rasa happening
Kitaran masa jadi terlalu melesukan
Dunia jadi sempit
dan manusia sekeliling bagai jadi musuh kuat.

Sungguh aku sudah jemu dengan segala apa yang ada denganku
Aku jemu mengirai masa, mencari kasih yang telah hilang entah kemana
Aku jemu mengitari rasa, bila aku tahu sayangnya sedikit demi sedikit jadi pudar

Kalaulah aku sudah tidak punya percaya pada yang diatas
sudah pasti sudah ku tulis suicidal note bodoh yang bakal dikeji
untung, aku masih kasihkan diriku lebih dari nilai murah suicidal note itu

tangis, remuk, rendam, resah, gelisah, serabut, kusut
semua sudah kurasa, ku tahu dan ku arif sakitnya bagaimana

Kali ini,
Aku letakkan diri ku serendah mungkin
biarlah apa orang kata
Aku sudah tidak gusar, peduli pun tidak

Aku serahkan semua urusan hidupku kepada Dia yang satu
Biar Dia lah satu-satunya yang mengambil semua urusan itu
mengurusiku sebagaimana layaknya Dia.

aku berserah.....

Wednesday, June 26, 2013

me, maybe?

“I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best.” 

― Marilyn Monroe

Friday, June 14, 2013

patah hati

Aku sudah amat bersyukur dengan apa yang aku punya saat ini.
Sebab itu aku tidak pernah meminta lebih, tidak pernah meminta itu-ini
Cukuplah setakat apa yang aku ada untuk dinikmati, untuk disyukuri

Aku gembira dengan apa yang telah ku perbuat selama ini, menjadi diriku sebenar
dengan menyerahkan diriku sepenuhnya, segalanya kepada apa yang aku telah ada itu
tanpa bersungut, tanpa berkutik tidak puas hati

Tapi,
bila setelah segalanya aku berikan
selepas semuanya aku curahkan
janji dimungkiri, ikatan kata terungkai
dibiar berserakan

Jatuh terduduk aku, lama aku bermenung
memikir, menimbang apa yang kurang selama ini
Tidak cukupkah aku memberikan diriku sepenuhnya?
Tidak cukupkah segalanya tentang aku setelah menyerahkan semuanya?

Aku sudah tidak tahu mahu perbuat apa lagi
Aku mungkin sudah tidak bisa berbuat apa-apa lagi
Kerna sudah terlalu banyak aku memberi
beri lagi dan terus memberi

Tolonglah,
Jagalah sedikit perasaan yang aku ada ini, berilah aku sedikit maruah untuk pengubat hati
Aku tidak pernah meminta lebih, malah tidak mahupun meminta banyak-banyak

Aku cuma minta yang satu perkara ini.

Aku punya hati yang kecil, halus dan terluka

hanya perlu di-rawatlah ia, pujuklah ia, jagalah ia yang tinggal sedikit ini
Kerana yang sedikit itu masih menyimpan semua kasih-cintanya padamu
Dan yang sedikit itu jugalah yang memberiku alasan untuk bertahan
untuk terus berdiri setia disisi mu.

Jangan sampai yang sedikit itu juga hilang.




Thursday, June 13, 2013

no more complaining!

im buried my self into me
heal me by pat myself on my shoulder
hugging myself when i am crying
because everything seem so lonely
when i am alone

:'(

Wednesday, June 12, 2013

damn tired

“I’ve dreamed a lot.
 I’m tired now from dreaming but not tired of dreaming.
 No one tires of dreaming, because to dream is to forget, and forgetting does not weigh on us, it is a   
 dreamless sleep throughout which we remain awake.
 In dreams I have achieved everything.” 


― Fernando PessoaThe Book of Disquiet

Tuesday, June 4, 2013

pasca-rasa

Hidup agak normal akhir-akhir ini. Antara sebab-musababnya ialah kerana aku telah meletakkan diriku pada  mode " dah malas nak fikir" dan "lantaklah!". Dan, sungguh dua perkara remeh itu benar-benar beri aku satu rasa just take it easy. Great feeling sebenarnya!

Aku mahu mengisi duniaku yang sedikit dengan sebanyak-banyaknya ketawa atau pelbagai bentuk kebahagiaan yang ada banyak berlegar-legar diruang bumi ini, dan cuba dengan berusaha keras menyahkan segala bentuk pain atau anger membuak yang ada melata di muka bumi ini.

Menjadi dan melakukan dua perkara itu tidak pernah mudahnya tapi tidak pula mustahil, jika hati dan diri benar sudah tekad. Semoga, dunia esok dan masa hadapan akan sentiasa jadi indah, berbunga-bunga dan harum wangi.

:)





Tuesday, May 28, 2013

bukan mudah...

Ada keadaan menulis tanpa berkata-kata tentang sesuatu amatlah melegakan.
Tidak perlu menyusun ayat meluah itu-ini sampai orang simpati, tapi lepas tu belakang kita dia cerita benda macam-macam. 

Ada keadaan bila menaip sesuatu itu adalah seperti membelai perasaan. buat diri rasa tenang dan lega.
Tidak perlu berduka-durja dan buat orang lain perasan lalu bertanya itu-ini.

Kekadang, bukan mudah untuk menjadikan perasaan yang sangat bergelojak itu 'mute' hanya dengan menulis
atau menahan rasa amarah yang melahar hanya dengan menaip mengungkap nilai rasa.

Tapi, itu sangat membantu bila semua itu bagi peluang untuk sedar, siapa diri, keadaan diri, letak duduk diri, 
dan paling penting mengajar diri untuk kenal setinggi mana kekuatan diri yang ada.

Friday, May 24, 2013

Falsafah pencarian

Kerana jika kita berupaya sekuat tenaga 'menemukan' sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih kosong, maka sebenarnya kita telah 'menemukan' apa yang kita cari dalam diri kita sendir, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya - Edensor ( Andrea Hirata)

Wednesday, May 22, 2013

The logics that works!


Tuesday, May 21, 2013

i wish to be in this kind of concert in malaysia

Friday, May 17, 2013

so it goes #1

You have to understands me a lot! - he says on the phone.
a long silence and a paused from me. Suddenly "and after that you'll dump me?" glide smoothly from my lips, my mouth to be precise.

I got no replied after that, just the sounds of his breathe heard by me. and that breath sounds so heavy. After waited for about 15 seconds he dropped the line. Without Goodbye.

I held the phone tightly still next to my ears, a hot tears drops slowly on my cheeks. I let it slide and closed my eyes, with the small and deep breathe i swept the tears and watch my palm wet by it.

This is what happened when you betrayed me, dear.My feeling.
I never realised the fact until now. That when someone broke your heart it will never be fixed again like before. The wound won't heal easily with just a bunch of apology!

I stare to the wall up to my head and it is like i am watching a movie about you and her, reconnected and refreshing back the long lost relation between both of you. Watching you and her giggles about your past and  the happiness both of you shared once.

Again, i closed my eyes, trying to erase those images from keep coming from my mind and imagination. Sometimes it fades but other times it will coming back and rewind everything.

I lost my every things, i lost my self and what most unlucky is i lost my trust on you. I know that i told you to give you a second chance but i don't trust myself enough to love you back, love you back as before.

I really hopes that times will change everything, change the feeling i had now, change the dis-trust i had on you now, and then turn back my feeling to you as before. The crush i had on you before. The heart-bump i got every time my eyes met you, the sweet and serenade smile on my lips every time you smiling back teasing me.

I hope so, really hoping so.



Thursday, May 16, 2013

suntuk

The games not over yet!

Monday, May 13, 2013

Bangsa

Lepas gelombang 0505 keluar pula isu baru. Bangsa!

Habis tu yang bukan M macam saya ni nak buat macamana? Minta dengan rela ditindas kah?
atau terpaksa memaksa diri menjadi mereka?

Susah sangatkah nak mengerti? ada apa pada satu bangsa itu yang bagus sangat sampai perlu ada 'kasta' antara sesama manusia yang berdarah merah?

Nak marah, tak larat!



Monday, May 6, 2013

PANGKAH

meraih simpati dan mengemis undi dah lepas. Jadi semuanya sudah jelas.

siapa dapat mandat siapa terlipat. Tapi jangan lupa itu tanggungjawab. Kalau kau lupa
kau mungkir bukan saja pada rakyat tapi juga mungkar pada Allah.

Ada yang mungkin rasa pandai tanya pula apa sumbangan pada nusa?

Yang makan mcD kena cukai, beli susu anak kena cukai kena pula cukai pendapatan tiap tahun tu siapa? Bukankah itu sumbangan tiap hari yang dibuat?

Kalau benar kau berkhidmat pegang mandat, janganlah kau ungkit-ungkit minta di balas itu buruk siku namanya.

Sunday, May 5, 2013

Jarak

Aku tidak pernah sedar bahawa dalam sesuatu perhubungan, jarak juga bisa jadi satu perkara, antara remedi sebagai penawar kelat atau parodi sebagai penambah kesat.

Perhubungan bisa saja ada tinggi-rendah, jatuh-bangun, pasang-surutnya.

Dan ada ketika bila kita dalam keadaan yang benar menghimpit. Memberikan jarak juga sebenarnya membuka seluas ruang yang ada untuk mengenali kata jiwa masing-masing.

Kala ini mungkin kejauhan itu buat kita sedar banyak perkara
Dan dalam banyak-banyak hal yang bertandang terselit antaranya : rindu dan perasaan saling memerlukan.

Mungkin benar, kasih kita masih ada disitu.

:)

Saturday, May 4, 2013

Beri aku peluang

Kawan
Beri aku masa yang panjang
Biar aku mengerti

Beri aku waktu yang luas
Biar aku lebih faham mahfum

Beri aku peluang yang panjang
Biar aku bisa membentuk diri

Beri aku segala-galanya tentang kehidupan
Biar aku lebih kuat dan tabah

Meredah ombak-badai, tinggi-rendah dugaan Allah di setiap langkah ku kelak

Friday, May 3, 2013

i've learned that.....by Maya Angelou - (inspires me)

“I've learned that no matter what happens, or how bad it seems today, life does go on, and it will be better tomorrow. 

I've learned that you can tell a lot about a person by the way he/she handles these three things: a rainy day, lost luggage, and tangled Christmas tree lights. 

I've learned that regardless of your relationship with your parents, you'll miss them when they're gone from your life. 

I've learned that making a "living" is not the same thing as making a "life." I've learned that life sometimes gives you a second chance.

 I've learned that you shouldn't go through life with a catcher's mitt on both hands; you need to be able to throw something back. 

I've learned that whenever I decide something with an open heart, I usually make the right decision. 

I've learned that even when I have pains, I don't have to be one. 

I've learned that every day you should reach out and touch someone. People love a warm hug, or just a friendly pat on the back. 

I've learned that I still have a lot to learn. 

I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.” 
― Maya Angelou

Tuesday, April 30, 2013

Phenomenal Woman - Maya Angelou

Pretty women wonder where my secret lies.
I'm not cute or built to suit a fashion model's size
But when I start to tell them,
They think I'm telling lies.
I say,
It's in the reach of my arms
The span of my hips,
The stride of my step,
The curl of my lips.
I'm a woman
Phenomenally.
Phenomenal woman,
That's me.

I walk into a room
Just as cool as you please,
And to a man,
The fellows stand or
Fall down on their knees.
Then they swarm around me,
A hive of honey bees.
I say,
It's the fire in my eyes,
And the flash of my teeth,
The swing in my waist,
And the joy in my feet.
I'm a woman
Phenomenally.
Phenomenal woman,
That's me.

Men themselves have wondered
What they see in me.
They try so much
But they can't touch
My inner mystery.
When I try to show them
They say they still can't see.
I say,
It's in the arch of my back,
The sun of my smile,
The ride of my breasts,
The grace of my style.
I'm a woman

Phenomenally.
Phenomenal woman,
That's me.

Now you understand
Just why my head's not bowed.
I don't shout or jump about
Or have to talk real loud.
When you see me passing
It ought to make you proud.
I say,
It's in the click of my heels,
The bend of my hair,
the palm of my hand,
The need of my care,
'Cause I'm a woman
Phenomenally.
Phenomenal woman,
That's me. 

Monday, April 29, 2013

mencari diri yang masih hilang

Kepala masih buntu
Keliru dengan semua yang terjadi pada diri
Masih mengirai-ngirai peristiwa itu satu persatu
Tak tahu mana mula mana akhir

Masih mencari semangat diri
Yang goyah dan hilang kerana di cantas khianat
Masih berusaha untuk berdiri segagah mungkin
Masih cuba untuk membina rasa percaya diri
Supaya lebih kuat dari yang dulu

Amin.

Sunday, April 28, 2013

Terus berharap

Niat baik.
Nak jadi manusia yang sabar, tenang dan mahu lebih zuhud
Pendek kata, mahu jadi manusia sebaik mungkin lebih dari semalam.
Tapi, entah kenapa?
Setiapkali nak berubah disitulah juga dugaannya.
Buat diri kadang-kadang goyah, doubt pada perasaan sendiri.
Tentang kekuatan diri.

Tapi,
Allah janji kalau niat kita ikhlas dan baik
Dia tidak akan mungkir.
Hanya sabar : cepat atau lambat sahaja ukurannya.

Diri ini,
Masih cuba bertahan
Mengharap agar harapan yang tertinggal ada penawarnya
Semoga menjadi yang sebaik dari hari semalam

Thursday, April 25, 2013

kimy

Love know no boundaries



Bapa budak cakap ini lah anak perempuan awak.....


we just love her so much... :)
kimy the cat !!


Wednesday, April 24, 2013

let's leave it just like that

I've been asked a lot about the things I've been written in this blog lately, especially when i published this a few days ago. Some people(s) i guess a friend, call me immediately after reading those long posted by me on Friday.

Some asks about my life, how i was going through it lately, and few emails asks the same thing in their own words, most of them a women(s), girl(s) and a few of them was a man whom i recognised as my ex-classmates or some of them are my colleagues themselves.

So, here dear friends, i am not going to admit or to confess anything on whatever written and published in this blog lately. But i think i did told before that this blog is where i can talked and wrote almost anything about life, not necessarily mine but to anybody whom i know, but still i can't deny that sometimes i am talking about myself, the roller coaster life I've been living on, the hope(s), the imagination(s), the feeling(s), and the every upside-down life i am living currently.

I am not anybody nor anyone, i am just an ordinary girl or woman, a mother, a wife, an employee who trying my best to live happily as any happy people in this whole world. And each try out made by me comes with every consequence(s) and that's for true, either it was bad or good that was something i just need to accept and adapt.

So, to those who expressed their concern(s) to, telling me to be tough and strong or whoever the person who told me to pace this life bravely, i am deeply thanking you guys for that, it gave a lot to me. Thank You.

Only that, whatever wrote and will be written in this blog is truly comes from deep within me, and it's only that. Just leave it like that.don't bother. 


  




Tuesday, April 23, 2013

Gwiyomi

Tau tak dua-tiga minggu ni orang sibuk-sibuk pasal gwiyomi, aku yang dengar tak tau apa buat bodoh je sampailah kat satu perhimpunan pagi minggu lepas kawan aku yang pakai tudung labuh tanya aku " ko tengok tak gwiyomi yang famous kat youtube sekarang ni?'.

Aku dengan pelik tanya balik "apa tu? filem ke ?' then dia cakap " bukanlah, yang orang nyanyi sambil buat muka comel-comel tu, trending sekarang tau". Aku pun ooooo je, tak de rasa nak tau sangat pun.

Kebetulan ada dua orang anak dara ofismate kitorang juga duduk depan sedang tengok gwiyomi perempuan bertudung dalam youtube, adik tu cakap "yang ni tak comel sangat, akak try la tengok lain banyak dalam youtube " aku pun terus la buka youtube and guess what?

sampai sekarang aku masih tak rasa benda untuk apa? macam pelik adalah.

p/s : ke aku ni dah tua kot lalu benda-benda macam tu dah tak bagi kesan apa-apa ke aku?

Monday, April 22, 2013

big bad wolf




http://instagram.com/p/YZ5XLDkWNW/
saja nak brag off biarpun dah basi. Takde benda dah nak post.

pilihan

Mudah untuk merasa sedih dan pedih berbanding memilih untuk merasa bahagia dan gembira.
apapun, itu pilihan diri sendiri - samada nak terus bersedih dan menangis ataupun memilih untuk bahagia dalam apa jua bentuk kebahagiaan itu.

Sekian

Friday, April 19, 2013

untuk si perempuan sedih

siapa yang pernah rasa dikhianati?
mesti tahu macamana rasa - pedih dan sakitnya bukan?
rasa itu tak boleh explain dengan kata-kata
kalau nak tahu juga sakitnya bagaimana, pandanglah matanya dan tengoklah dalam-dalam
kau pasti nampak betapa kepedihan itu menular didalam.

bila dikhianati kau rasa macam dunia ini terlalu sempit untuk kau
hatta mahu menarik satu nafas pun macam tak cukup. semput. sakit dada. tercungap-cungap
harga diri jatuh terlalu rendah, retak dan pecah berkecai-kecai
percaya diri pun hilang, cair dan kering-tinggal tiada apa-apa

kalau kata air mata, sudah tiada hadnya ia mengalir
meratap-meraung pun sudah tidak ada kata yang terungkap
rasa diri sungguh malang
dipilih hanya untuk merasa derita dan duka.

Marah. Benci. Geram. Sedih. Pilu. Terluka.

kenapa aku? kenapa tidak mereka?
pandang diri dalam cermin -- lama-lama
terus cakap
*kasihanya kau ni, orang pijak kau sampai jadi tahi lumat pun kau tak sedar*
aduh! sedihnya tak tau nak describe macamana
sampai rasa macam nak mati pun ada.

kau ingat senang ke nak bangkit lepas orang khianat?
kau ingat senang ke nak percaya balik si-pengkhianat hati itu?

rasa nak balas balik. macam-macam dah aku bayang
hingga tahap yang paling hina pun sampai aku fikir
kalau aku tidak punya Tuhan memang dah lama dah aku buat
biar kau tahu macamana rasa jadi sangat hina

saat aku menulis ini
hati masih lagi berdarah pedih
masih lagi keliru dengan apa yang terjadi
sedang mencerna segala rasa pahit dan sakit itu

saat ini juga 
aku ditahap diriku yang paling lemah
janganlah ada yang datang mencelah 
pasti aku rebah dan mati serta-merta

Tuhan,
Yang Maha Pengasih, Penyayang
pinjamkan aku sedikit kekuatan
beri aku setitik keberanian

kerana aku benar-benar sudah tidak kuat untuk bertahan
dengan jiwaku yang disiat telah hancur bersepai

Tuhan,
Yang Maha Pengampun, Maha Mendengar
kali ini doaku hanya satu :
jika hatinya memang bukan untukku lagi
permudahkanlah segalaNya dan biarkan dia dengan rela hatinya pergi 

aku tidak mampu lagi terus disisinya
melihat dia berpura-pura mahukan aku
sedang hatinya sudah lama bukan denganku

atau mungkin perlu
kalau aku yang berkata dulu ' i'm off '




















Thursday, April 18, 2013

just for you



I don't know how to trust you any more
You really broke my heart so much


Wednesday, April 17, 2013

Sudah tiada "kita" antara kita

cakap banyak pun susah
lagi banyak cakap pun lagilah susah

kalau setiap kali, kau kata maaf
tapi kemudian setiap kali itu juga kau khianati kata maaf itu
mula-mula memang sedih tidak terbendung
tapi, lama-lama ia jadi macam tiada apa langsung

kemudian,
ia jadi macam 'entah'. Bila kau boleh buat tidak peduli
aku pun bisa saja biar diri jadi tuli

sekarang,
antara kita sudah macam tiada apa dah.
perasaan pun makin lama makin hanyir
kalau kau mengharap ia jadi mekar
kau anggap saja masa kau sudah ada di tingkat terakhir
sudah terlambat!

anggap sajalah antara kita kini
sudah tidak ada apa

Kerana aku juga sudah lama belajar frasa
'sudah tiada KITA antara kita'
bye.

Si-kalut

Manusia kalau yang jenis kalut, banyak masanya agak menyusahkan. Kalau susah dia seorang tiada masalah, tapi yang ini jenis menyusahkan sampai orang-orang sekeliling pun rasa beban sekali, nak marah tak sampai hati pula, tak layan kesian pula tapi bila layan kita pula yang susah, jadi susah berganda-ganda lagilah.

Letih tau main dengan orang yang macam ni, dia sorang senang dia suka tapi kalau orang lain susah dia lagi payah. Kadang-kadang paksa diri pujuk minda :. jangan ambil peduli sangat orang yang macam ni, nanti haru-biru hidup sendiri.

Tapi, kalau dah tiap hari tiap masa, berdepan dengan si kalut ni, masak juga!

Tak lah mengharap apa-apa pun dari si kalut, cuma minta/doa supaya tahankan hati je bila berdepan dengan orang begini takut-takut nanti bom jangka yang aku simpan dalam hati meletup sekali, lagi teruk jadinya.

Nasib baik boleh tulis dalam blog, kalau tidak lagilah aku panas.

Monday, April 15, 2013

Tolong saya untuk tolong dia

Seseorang telah bertanyakan soalan ini kepada saya dalam emel, soalannya agak berat dan juga sangat susah, katanya : (yang ini saya sudah edit sebab agak panjang kisahnya tapi maksudnya masih sama)

Apa perlu saya buat bila suami / boyfriend * saya keluar jalan-jalan tengok wayang dengan perempuan bujang lain ?

Sebenarnya si lelaki tu yang ajak lalu si perempuan bujang pun setuju. Bila ditanya pada si lelaki katanya just kawan-kawan je. 

Soalannya : Perlukah saya bertanya ' kenapa ' kepada si perempuan bujang?

Kepada pembaca, sama-sama kita tolong dia. Nak tahu juga apa kata orang lain.

p/s: yang bertanda * itu ikut pada keadaan semasa pembaca, yang sudah berkahwin ambik situasi suami dan begitulah sebaliknya. terima kasih.

Saturday, April 13, 2013

Hati belah-bagi

Kadang-kadang membuat keputusan untuk satu perkara kecil boleh buat kita jadi berbelah-bagi dan tidak tahu buat keputusan.

Kena fikir dalam-dalam
Timbang macam-macam

Harap-harap,
Ada jalan.

Thursday, April 11, 2013

Flip - Flop

Yeah,
selalu saja begini kan?
waktu semangat berkobar nyala
semua rasa kuat berkala
tapi panasnya cuma sekejap
besok-besok ia jadi sejuk meruap

terus jadi hangat-hangat tahi ayam
balik-balik jadi macam dulu juga
konon mahu berubah
tapi tiada yang diubah

Duhai lah! hati
janganlah kau jadi sangat flip - flop
sekejap begitu, sekejap begini

takut-takut kalau selalu sangat begini
nanti kau jadi lali
tak mampu nak cari
lalu terus mati