Tuesday, April 17, 2012

Aku mahu tahu Takdir

Dulu aku tidak kisah sangat, atau memang tak pernah ambil kisah tapi mungkin sebab umur aku yang semakin meningkat naik aku mudah jadi pesimisistik, sebab itu hati aku sentiasa rasa ada keperluan yang kuat untuk mahu tahu ketentuan hidup aku, mahu tahu tentang takdir aku, mahu tahu dengan pasti masa depan perjalanan kehidupan aku sebagai seorang manusia, isteri (buat masa sekarang) dan ibu kepada anak-anak dan bakal anak aku nanti.

Aku juga mahu tahu bagaimanakah perjalanan karier aku, perjalanan aku dan karier aku dalam menempuhi kehidupan mendatang. Dalam tempoh tiga abad kehidupan, aku sudah tempuh pelbagai keadaan, dari semanis-manis kehidupan sampailah kepada sepahit-pahit kehidupan, dari aku rasa berlapang dada sehingga aku rasa sesak nafas sampai rasa nak putus nyawa. Tapi aku percaya pada karma, aku yakin pada kehidupan umpama roda yang sekejap diatas dan sekejap dibawah.

Cuma yang aku pasti aku tidak pernah tahu adalah masa, bila ketika aku berada diatas dan tidak lagi dibawah, bila ketika aku boleh saja tersenyum riang syukur dan tidak lagi berkeluh-kesah macam sekarang, atau bila aku sudah tidak perlu lagi berfikir tentang banyak perkara remeh yang menyesakkan otak dan mengkelam-kabutkan kehidupan aku dan anak-anak aku.

Kalau boleh aku mahu tahu semua turutan masa depan hidupku. Apapun, aku yakin Allah punya rencana terbaik untuk setiap manusia, terpulang kepada diri-sendiri mahu yang bagaimana, kalau kau mahu kehidupan yang lebih baik dan teratur maka kau perlu berusaha kearah itu dan begitu juga sebaliknya, kalau kau rasa kau mahu untuk terus bertahan dengan kehidupan yang serba-serbi menyesakkan kau bertahan dan jangan berbuat apa-apa. sampai mampus!

1 comment:

kay masingan said...

dulu saya punya keinginan tahu semua yang akan berlaku dalam hdp saya. tapi lama2 bila semakin matang, saya ingin pula sesuatu yang rahsia. Biarlah setiap detik itu adalah pertanyaan, baru hidup itu lebih excited