Baru beberapa hari lepas anak seorang rakan mendapat musibat sewaktu berada di taska bawah ofis, agak besar juga bila sampai isu itu jadi kes polis. Yang rakan saya itu sudah tidak mampu berkata apa, matanya bengkak hatinya walang jiwanya pasti serabut, sewaktu dia bercerita saya tidak mampu menahan diri dari menangis, air mata saya laju berderai-derai, tangan saya automatik mengigil hati ibu mana tidak gusar bila 3 anak yang ada itu juga duduk ditaska sepanjang siang mereka?
saat itu hati saya tidak dapat menafikan bahawa betapa hampirnya anak yang 3 itu kepada pelbagai kejadian yang sangat-sangat tidak dikehendaki. Mintalah dijauhkan.
Malang memang sentiasa tidak berbau, itu semua orang tahu tapi untuk mereka-mereka yang menjadi kesayangan kita, doa semoga sentiasa dalam keadaan yang baik tidak pernah putus.
Rakan saya itu tidak habis-habis menyalahkan dirinya atas kejadian itu, dan kalau berada di tempat dia, saya pasti akan rasa perkara yang sama jika sekiranya anak kesayangan ditimpa musibah yang tidak diingini. Alangkan saya satu ketika dulu, yang baru melihat kesan gigitan (sampai lebam) di bahu dhani, hampir meroyan saya mengadu ke taska, dia apatah lagi.
Tapi, desakan hidup sungguh tidak boleh dinafikan, saya, rakan saya mahupun ibu-ibu bekerja yang lain terpaksa 'gamble' menghantar anak ke taska, pusat jagaan, pengasuh yang nasib baik adalah sedara-mara atau ahli keluarga yang tolong menjaga anak. untunglah mereka banding saya.
Bayangkan perasaan saya setiap kali meninggalkan anak yang 3 orang itu, tidak terkata sendu hati saya setiap saat melangkah keluar rumah, melihat wajah 3 anak yang sedang lena diulit tidur, kaki rasa berat macam digari batu 100,000,000 tan. Doa saya tidak putus-putus dalam hati minta agar anak yang 3 ini sihat-sejahtera dan tiada cacat-cela bila saya lihat mereka petang nanti.Begitu saya bimbangkan anak yang 3 itu begitu jugalah girang hati saya di sepanjang perjalanan pulang, teruja tidak terkata, lebih teruja dari perasaan seorang girlfriend yang nak jumpa boyfriend dia selepas lima tahun tak jumpa. Sungguh perasaan yang tidak terungkap dengan sebarang kata-kata. Bahagia.
Itu, kalaulah saya punya pilihan untuk terus berada disisi anak yang 3 itu sepanjang hari, setiap minit mungkin saya tidak akan timbul rasa bersalah saya jika sekiranya mereka tercalar atau benjol setakat sikit-sikit, tapi tidak bila seharian tak nampak anak-anak lepas tu balik tengok diorang ada tanda biru satu dua tempat terus rasa tak puas hati. Berserah dan tawakkal, itu saja kekuatan yang saya punya, doa agar anak yang 3 itu sentiasa dilindungi Allah dan mohon agar mereka sentiasa berada dalam keadan sihat sejahtera selalu.
: Bapa diorang lagi cerewet anak ada tanda nyamuk gigit pun bising.
No comments:
Post a Comment