Tuesday, March 15, 2011

kepala ku yg pusing!

Minggu ini memang minggu yg teramat memeningkan kepala, apa tidaknya hujung minggu ini adik ipar (lelaki) akan berkahwin jadi sebagai abang, si suami mengajak untuk balik kampung seawal mungkin, standard laa, nak tolong-tolong cat rumah & kemas rumah katanya..walaupun telah diketahui umum sebenarnya yg dia tidak akan larat melakukan semua itu, mula-mula ja bersemangat lepas 30-40 minit terus semput....dan akhirnya disudahkan oleh orang lain...(geram!!!!)

Tapi kekangan masa dan tugas yang berlambak menyebabkan si suami terpaksa beralah dengan saya, lagipun balance cuti rehat yang tinggal sedikit memaksa saya untuk bertegas supaya balik kampung sekurang-kurangnya 2 hari sebelum majlis...bukannya apa, tapi memandangkan saya " kurang mahir memandu " maka tanggungjawab itu hendaklah dipikul oleh suami utk menghantar & mengambil anak-anak ke taska & saya di Tren.. bukannya saya tidak mahu memandu sendiri tetapi saya masih tidak mampu menghilangkan trauma kemalangan kereta satu masa dulu.

Minggu ini juga adalah minggu ashrafael genap setahun dan akan mendapatkan suntikan (lupa nama) yang mana suntikan tersebut akan menyebabkan anak demam, tetapi sebenarnya sepanjang minggu ini ashrafael sebenarnya sedang demam panas & batuk, yang mana setiap kali dia berhadapan dengan masalah batuk sah dia akan di"nube" kan untuk memudahkannya bernafas kerana dada yang sempit akibat kahak (sigh), Anak yg seorang ini memang tidak sekuat abangnya, kalau diingat-ingat, Dhani dulu saya cuma ingat hanya 3 kali saja keadaan dhani terlalu tidak bermaya disebabkan sakit:-

1. Sewaktu umur 10 bulan dijangkiti Chicken Pox
2. sewaktu umur setahun 3 bulan kerana cirit-birit akibat viral infection
3. sewaktu umur setahun 7 bulan kerana HFM disease

kalau setakat demam, batuk biasa, dhani memang akan sentiasa aktif seperti biasa malah tidak akan merengek sedikitpun, dan bila melihat keadaannya begitu saya akan merasa kurang susah hati kerana tahu antibodinya kuat melawan virus ini, malah pernah ada kejadian Dhani terjatuh dari kerusinya menyebabkan tapak tangan kirinya luka terkoyak akibat terkena kepala paku di tepi tingkap rumah sewa dan sekali lagi sewaktu lututnya luka terhantuk tiles di bilik air hotel di cherating, darah memang banyak sangat tetapi dhani ketika itu tidaklah meraung-raung kesakitan , malah tangisannya sekejap sahaja, tapi lain halnya pula dgn Rafa, panas barannya memang jelas kelihatan seawal usia 6 bulan, kalau ada saja yg tidak kena dihati ..time tu jugak dia akan melalak, malahan raungan rafa seperti anak yang sedang dalam kesakitan, bukan itu sahaja, asal ada perkara yang tidak disukainya mudah saja dia menghempaskan badan tidak kiralah dimana, dan atas lantai, atas lantailah..atas tilam, tilamlah, atas tangga, tangga lah...apalagi kalau rafa dalam keadaan kurang sihat sepanjang masa 24 jam dia akan sentiasa merengek, malahan waktu tidur malam sekalipun dia tidak akan tidur lena kerana sentiasa berterusan merengek...dan sayalah yg akan berjaga melayan karenahnya, kalau nampak saja babo-nya yg bangun maka makin kuatlah tangisannya tidak mahu diambil, bukan itu saja dalam rumah sekalipun dia tidak akan mahu berenggang dengan saya sedikitpun ketika dia tidak sihat, kemana-mana saya, rafa akan ada atas tangan, kalau tidak ...alamat..bergegarlah satu rumah itu dengan raungan rafa...

aduih...sungguh anak yg seorang ni terlalu mencabar sifat keibuan saya, dari A- Z semuanya mahu saya, malah kadang-kadang acik taska mengadu kepada saya, rafa mengamuk sakan di taska, disuap tidak mahu, diberi susu juga tidak mahu, dimandikan menangis, dipakaikan baju pun meraung...hmmm....tidak hairanlah badan rafa kurus saja berbanding abangnya sewaktu umur rafa sekarang..

Semalam saya terpaksa bercuti lagi utk menjaga rafa di rumah, hari ini, babo pulak mengambil tugas menjaganya, itupun setiap 30minit, kalau bukan saya, suami akan menelefon dan sepanjang itu saya sentiasa mendengar rengekan rafa sepanjang hari...

Malam esok kami akan bertolak ke KB, Kelantan...saya mula berkira-kira, perjalanan yang sejauh 6-7 jam itu pasti meletihkan, maka saya sudah mula memikirkan pelbagai kemungkinan yg akan berlaku terutama sekali si rafa ini,

No comments: