credit : Google |
Saya pernah bangun, mandi, bersiap dan datang ke tempat kerja dengan hati yang lapang dan semangat yang berkobar-kobar- positif bukan? tapi saat saya menaiki jejambat sebelum sampai ke bangunan Wisma Sime Darby, saya ternampak seketul tahi manusia yang berbau Oo Emm Jay di tengah-tengah ruang pejalan kaki, well, of course dalam hati mesti tercakap " celaka punya orang, boleh pula berak tengah jalan, tiada otak pikir ka?" itu yang dalam hati, belum lagi mulut yang bercakap,then, disitu ada sumpah-seranah, dan itu bukan perkara yang positif kan?
once kita memaki, samada dalam hati atau dizahirkan secara lisan automatik kita memberi aura negatif dalam diri, kalau tak percaya cuba fikir balik, selepas melalui perkara-perkara seperti diatas paling kurang pun kita pasti bercakap kepada kawan sekerja dan dalam pada bercakap tu mesti akan keluar perkataan : bodoh, bangang, gila,and etc. Ada juga yang bercakap kutuk-kutuk dan marah-marah antara sesama rakan pejalan kaki yang juga telah sama-sama menghidu bau yang maha dahsyat itu, atau kalau ikut trend terkini, kita mesti [at least] pong pang dalam FB atau Twitter atau Blog sekurang-kurangnya.
Tapi, macam yang saya kata itu adalah pilihan diri sendiri, kalau anda memilih untuk berdiam diri dan cuma menggeleng, tanpa perlu merungut-rungut, saya kira itu adalah pilihan anda untuk menjadikan perkara negatif itu menjadi positif, tiada makian, tiada marah-marah, tiada sumpah-seranah-kan itu positif? dan begitu juga sebaliknya, kau nak marah-marah, nak maki-maki, nak caci-caci, itu juga pilihan diri sendiri, anda mahu menjadikan sesuatu yang bersebab itu sebagai negatif.
Kesimpulannya : mahu menjadi positif atau negatif ? segalanya ditangan anda. kerana itu adalah pilihan dan keputusan anda sendiri.
1 comment:
setiap hari saya bergelut dengan aura-aura negatif dan positif. Selalu negatif akan menguasai diri, wlau berusaha menyakinkan negatif itu adalah positif. Klu sudah begini memang kecelaruan minda lah. Balik rumah, tidur.
Post a Comment