Aku sebenarnya selalu serba-salah bila ada kawan-kawan terutamanya ofis mate (sebab aku jumpa diorang 5 hari / minggu) tanya aku pasal drama atau movie melayu, dulu time cerita ombak rindu tengah naik orang tanya aku dah tengok cerita tu tak? kalau aku jawab belum mesti ramai yang akan kata 'beesssttt...rugi tak tengok', even mak mentua aku pun pergi tengok cerita tu kat cinema, ataupun bila kawan-kawan seofis tanya aku pasal drama TV3 yang main pukul 7mlm tu, mesti aku terkebil-kebil tak tau pucuk pangkal sebabnya aku memang tak tengok cerita tu.
Bila selalu-selalu tak tahu, kawan-kawan akan cakap aku ni tak tengok cerita melayu sebab aku pro-cerita inggris, ada kalanya aku tidak rasa apa-apa, tapi ada masa aku rasa macam diperli, sampai pernah tau aku try follow cerita gemersik rindu/kalbu (tajuk tak sure) tapi aku cuma tahan tengok 2 hari je, lepas tu aku lupa dan tak tengok-tengok dah cerita tu sampailah kawan-kawna kata dah habis, sebenarnya bukan aku tak minat, ada juga cerita melayu yang aku tengok sebab ada juga cerita melayu yang best, cumanya mungkin sebab kebanyakan jalan dan pembawaan cerita tu agak lebih kurang sama buat aku kurang teruja untuk follow cerita melayu, kalau nak kata memang aku lebih banyak tengok cerita inggeris terutamanya, bukan sebab aku perasan atau apa tapi aku rasa pembawaan cerita yang pelbagai buat aku seronok untuk keep on watching.
Sebenarnya, aku takde motif sangat nak publish 'luahan hati' yang tak seberapa ini cuma aku saja nak buat entry pada hari terakhir mac yang hanya akan datang lagi 4 tahun. itu je....
p/s : Terima Kasih Kerana sudi membuang masa utk membaca........ ; p
3 comments:
Kita serupa hehe...:)
terpulang pada seseorang....janji ko tak kaco orang kan..heeee ada ko kesah ko jawab ah gitu heee
same here. x suka / x berapa gemar mau tingu. plus i am very seldom watching tv. drama2 melayu, time sekolah menengah dulu sya layan gila2 tp sekarang x lagi. Ya, itu plot drama / movie hampir sama - recycle kot. Lagi bagus tengok katun..hehe
Post a Comment