Thursday, February 9, 2012

pelbagai rasa

sumber : tumblr
saya sedar sudah beberapa lama saya tidak menulis seperti dulu, seperti biasa alasan saya ialah masa, masa dan masa...hinggakan kebelakangan ini tidak kira dalam blog posting ataupun pada dunia sebenar saya kerap mengeluh dengan keadaan saya. Seolah-olah hanya saya seorang sahaja yang diuji Tuhan dengan seberat-berat ujian dan orang lain tidak, walhal, ramai lagi sebenarnya manusia yang diuji dengan pelbagai bentuk ujian dan jika dibandingkan dengan saya mungkin apa yang saya tanggung hanya setitik sahaja daripada apa yang mereka tanggung sebenarnya.

minggu lepas, seorang dari rakan seunit saya bertukar ke jabatan lain, dan perpindahan beliau itu banyak memberikan kelebihan dari segi pengurusan masa dan jarak perjalanan ke tempat kerja yang mana lebih memudahkan dia, dan sekali lagi perasaan saya tentang bebanan yang ditanggung terasa seperti semakin berat, saya dan dia sebenarnya selalu berkongsi rasa dan bebanan selama ini, saya mengadu dan mengeluh pada dia dan dia juga sebaliknya, tapi bila dia bertukar automatik saya merasa seperti sekarang i'm on my own now, saya sudah tidak punya siapa-siapa lagi untuk berkongsi perasaan.

manusia, pada dasarnya memang memerlukan seseorang yang boleh sekadar untuk jadi pendengar atau sekurang-kurangnya seseorang yang mampu memahami, dan kebetulan pandangan kami tentang satu perkara adalah sama dan tidak berbelah bagi, iaitu : kami [saya dan dia] bersedia untuk berkorban segala masa dan tenaga mahupun karier kami hanya untuk anak-anak kami, yang kebetulan kami juga sama-sama punya dua orang anak [dia dua-dua perempuan dan saya dua-dua lelaki] dan kini kami berdua juga sedang melalui fasa keibuan untuk yang kali ketiga. Sekali lagi, saya amat terasa.

Dan beberapa minggu ini saya memang melalui pelbagai situasi untuk pelbagai rasa, kehilangan seorang kawan juga antara sebab utamanya, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan untuk dia saya doakan segala yang terbaik di tempat baru dan moga dipermudahkan segalanya dalam menempuhi fasa keibuan yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

7 comments:

emy|farid said...

ala, kak...... sbr ye.
mesti nnti ada pganti untuk kwn dia.... :)

ummiP3 said...

Ya Allah terharu aku Mid....sabar ye Mid...yang pasti Penerangan tu best dan bahagia...tapi kekangan perjalanan nak pergi dan balik kerja tu menjadikan kita rasa susah fikir apa yang terbaik untuk famili ko yer..mcm aku sebab fikir famili lah aku minta tukar..kalu pikir diri sendiri...takder maknanya..

BOBOayeeN said...

banyak bersabar yea, even sya jauh sya sentiasa mendengar kata-kata mu d blog, sgt membina keep it up ahh..

kay masingan said...

Sabar lah ya Dida. Tapi saya setuju dengan pendapat Dida pasal kawan tu. Memang dlm hidup ini kita memerlukan kawan yg betul2 boleh kita percaya dan boleh membantu kita meringankan bebanan kita.

Unknown said...

Friends is life ..bersabar lah dear,moga akan ada yang bisa menggantikan dia di sisi mu..that you can count on ..:)

fashla said...

saya pun ada baaa...

fashla said...

dear..mesti ada yang lebih susah dr kita..wish i was there..