Thursday, February 2, 2012

Bumi itu satu

Semalam cuti wilayah jadi aku ada peluang bermalas-malasan sambil tengok Oprah show di NTV7, sebenarnya episod yang ni aku dah tengok dah sebelum ni, dua kali kot tapi kerana ini Oprah show maka aku tak kisah tengok episod sama berapa kalipun, tak kisah.

Ni episod Don't stop believing, tetamu jemputan ialah Arnel Pineda vocalist kump.Journey, From Skid row to Harvard girl, Khadijah Williams, dan NASA astronaut Jose Fernandez, kisah 3 orang biasa yang hidup biasa-biasa tapi mahu jadi luar biasa, aku tak reti nak cerita pasal diorang panajng-panjang, kalau rajin just search google.

Kisah 3 orang ni semua kisah luar biasa yang menarik, aku suka Arnel Pineda sebab dia memang humble dan kalau tak silap dia dah buka foundation sosial tolong orang di manila [tak tau nama]. Yang Khadijah Williams pula ialah kisah homeless girl yang berjaya ke Harvard dan Jose Fernandez anak petani yang migrate ke selatan california, tetapi  berjaya terpilih jadi astronaut NASA selepas 12 tahun menunggu.

Walaupun, aku suka kesemua kisah mereka tapi aku paling tersentuh bila Jose Fernandez yang kebetulan baru balik dari angkasa lepas time tu berkata [lebih kurang] dalam video interviewnya dengan oprah : jika didunia, kita melihat bumi ini terpisah kerana sempadan politik tapi jika dilihat dari angkasa lepas bumi ini adalah satu, kalaulah semua pemimpin dunia boleh melihat ini, dunia kita pasti akan aman.

Komen aku : Setuju!!! sebabnya, letih tau dengar asyik perang je sana-sini, muak. So, bawah ni aku share video Ben Youcef laung azan dalam gereja, aku terharu juga sebab adanya usaha persefahaman antara kristian, islam dan yahudi dalam ni. Kalaulah semua manusia itu boleh terima bahawa bumi ini memang satu dan hanya milik Tuhan sepenuhnya, mesti hidup manusia sejagat jadi mudah, tersangat mudah!
 

6 comments:

emy|farid said...

kita pun ska tgk oprah.

sekrg bkn dia dh xde show ke? dah bhenti katanya. *mcm oprah ni jiran je. hehe

btul tu, org kat dunia ni dok bgga2 diorg under parti2. uuu mls nk amik tau

EyqaLuvender said...

dunia kte ta pnah aman,sana sini perang b'leluasa...
so sad.

follow here,this blog open up my eyes to reality..=]

Encik Fikhri said...

betul jugak kan.tapi susah dunia nak bersatu.

tengok oprah memang best.sayangnye dah end show die kan.camne la aku boleh terlepas pulak episod yang ni.

kay masingan said...

ya memang sedih. Perang berleluasa sana sini dan mahu tidak mahu terpaksa terima salah satu punca utama adalah AGAMA.
lama saya x tengok Oprah.

Fadzmie said...

Boleh kira mustahil untuk semua pemimpin dunia bersatu, sampai bila-bila. Kita kecilkan skop. Tengok Malaysia sendiri. Kecil ja, tapi pemimpin-pemimpin dalam negara sekecil ni pun tidak mahu bersatu. Apa yang mampu kita buat hanya berdoa dan berharap. Kan?

.dida mumin♥ said...

@Fadzmie Mohamad memanglah mustahil, sebab itu kenapa jose fernandes cakap macam tu, itu lebih kepada harapan utk masa hadapan yang mewakili ramai manusia sebenarnya. Dan kalau malaysia dijadikan sebagai perbandingan, walaupun saya akui mereka tidak mungkin akan bersatu, tapi pada saya itu adalah kerana 'sistem' dan cara pemikiran yang menjadikan mereka begitu...lazim manusia itu sendiri ada pelbagai karenah, kita yang bukan pemimpin pun punya cara dan pandangan masing-masing.