Hampir dua bulan aku duduk kampung dengan anak-anak yang 3 orang. Anak-anak (dhani & a'el) memang seronok gila balik kampung sebab jumpa banyak benda baru, anjing,ayam,itik,lembu,kucing,burung semuanya menarik perhatian,malah sesi mengejar ayam itik seakan jadi rutin pagi rafael.
Balik KL, aku expect anak-anak mesti akan rindukan kampung, tapi nak tak nak terpaksalah tunggu lagi setahun baru dapat balik.
Aku pula, walau tak banyak tapi aku masih mahu meletak harapan baru. Sebelum ini life aku agak messy dengan macam-macam isu dalaman yang agak peribadi. Sampai satu tahap aku menyerah kalah dan berputus asa, mungkin kali ini walau tidak banyak tapi aku mengharap agar hidup aku lepas ini akan lebih tenang dan tenteram. Agar aku jadi lebih sabar untuk anak-anak dan lebih tabah untuk diri-sendiri juga lebih kuat untuk terus bertahan.
Walau mungkin aku masih dalam proses belajar menerima untuk lebih redha tapi kali ini aku akan berusaha untuk 3 perkara : sabar,tabah,kuat bukan semata-mata untuk aku tapi demi anak-anak dan masa depan aku juga.
Semoga redha Allah sentiasa bersama aku selalu.Amin.

No comments:
Post a Comment