Wednesday, January 30, 2013
Sebenarnya masalah itu datang dari diri kita sendiri
berfikir.
Kenapalah dengan manusia ni. Kadang-kadang hidup sedia ada tidaklah se-daif mana pun. Apa yang sedia ada sebenarnya sudah cukup bagus jika banding dengan sesetengah orang yang nasibnya memang kurang baik.
Tapi kenapa manusia masihhhh juga nak yang lebih, nakkkk juga nampak sempurna dimata orang lain. Walhal kesempurnaan bukan punya manusia, itu hak mutlak si-Pencipta.
Bila ada defect mana-mana mulalah dia cari alasan buat hal, sengaja cipta onar untuk segala macam ketidak-puas hati-an. Hatta benda kecik bodoh je pun.
Sanggup buat macam-macam, reka cerita putar-putar semata-mata untuk kelihatan macam satu perkara itu maha menjelikkan. Modal cerita memang tak surut, sebab itu sentiasa ada saja tidak kenanya.
Jadi itu hidup sentiasa saja tegang tidak pernah ada surutnya. Mulalah mengeluh sana sini, mengadu itu ini, merengek begitu begini.
Siapa suruh seksa diri sendiri? susah benarkah kehidupan yang biasa-biasa saja yang tiada kecoh-kecoh bila tidak perlu, yang tak perlu demand macam-macam sampai tak masuk akal?
kau mengeluh hidup tidak adil bila kau punya semua tidak indah. Kau berkeluh kesah dunia serba muram bila kau punya semua rasa kusam. Kononnya.
Tapi itu semua kauuuu yang cari. kauuu yang cipta. Kan ke mudah bila kau terima segalanya itu setakat yang kau ada. Bersyukur bila sekurang-kurangnya kau tidak perlu hidup mengharung badai, menempuh taufan, meredah api.
Kan ke mudah begitu?...
ke kau memang rasa susah bila kau rasa senang????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
entahlah, kadang2 kita memang ada tendency untuk mencipta masalah yang datang dari diri kita sendiri. MUngkin ianya satu cara untuk mencipta keseronokan hidup?
@kay masingan agreee!!! keseronokan manusia kadang-kadang memang pelik!!
..Mid...:)
Post a Comment