Wednesday, November 19, 2014

Hidup ini satu keajaiban

Kawan-kawan facebook aku suka benar share gambar-gambar seperti tomato yang dibelah dua ada kalimah Allah/Muhammad di tengahnya, atau ikan yang ada kalimah Allah/ Muhammad di badannya, atau pokok yang ada kalimah Allah/Muhammad tertera di batangnya. Kononnya untuk menunjukkan betapa ajaib dan besarnya kuasa Allah.

Aku tidak nafi, Allah itu Maha segala-galanya, luas ruang cakupnya. Jadi bila diperlihatkan perkara-perkara begitu untuk dijadikan satu petanda kuasa Tuhan aku rasa itu sungguh tahyul. Kalau benar kau nak cari kebesaran Tuhan kau tak perlu tomato, ikan, batu, awan  atau pokok yang penuh dengan kalimah Allah konon untuk menambahkan lagi keimanan kau pada Yang Maha Esa dan adakah jika sekiranya kau langsung tak jumpa semua yang disebutkan seperti diatas itu maka kau akan jadi manusia yang tidak beriman?

look, iman yang kau letak dalam hati bukan sebab tomato atau ikan atau awan atau apa-apa lah yang ada tertera kalimah Allah. Iman itu adalah apa yang kau percaya sebenar-benarnya sepenuh hati, iman itu adalah apa yang kau yakin sebagai panduan kau sebagai seorang manusia hamba Allah. Bukan kerana tomato atau ikan atau awan tapi apa yang kau isi- padat dalam jiwa kau.

Kalau setakat kau nak cari keajaiban dengan benda-benda tahyul macam tu, aku pasti agama lain pun ada benda yang sama.  So, adakah itu akan memungkinkan kau beralih kepercayaan hanya kerana dalam agama kau, kau tak jumpa kejadian seperti kalimah Allah lebih banyak daripada agama lain?

Tak payah susah-susah pun, kalau setakat keajaiban yang macam tu boleh buat kau impress dengan agama dan iman, mari aku bagi kau contoh paling dekat : Kau bernafas itu pun sudah cukup untuk menunjukkan kau akan keajaiban dan kebesaran Allah pada diri sendiri. Kau sakit, kau sihat, kau mati pun kau sendiri tak tahu bila, itu sebenarnya lebih dari apa yang kau nak cari.

Katalah kau nak berdakwah sekalipun, tak payahlah dengan cara ini. Bukan setakat nampak yang kau ni tak berapa nak pandai sangat tapi juga akan menampakkan kau akan kelihatan seperti katun yang amat menggelikan hati.




No comments: