Happy blessed Tuesday peeps!
Kebiasaannya sebelum berkahwin pasangan kekasih akan bertunang dulu. Majlis tunang pula buat super grand, macam-macam theme, arabic style, moden style, punjabi style, chinese style, melayu lama style, semua jenis theme ada, kadang-kadang bila tengok macam majlis kahwin pun ada, padahal baru majlis tunang.
Ramai kawan-kawan saya mesti bertunang sebelum kahwin, ada yang tunang tempoh sekejap je, lepas tu kahwin. sebab tak boleh tunggu lama-lama maklumlah tempoh bertunang kan macam-macam dugaannya. ada pula tempoh bertunang makan tahun 2-3 tahun lamanya, kalau jodoh kuat, insyaallah sampai juga ke jinjang pelamin, kalau jodoh tak kuat, hati tak tetap, putus kasih, putus sayang, separuh jalan berkecailah status sebagai tunangan orang.
Bila kasih tak kesampaian, mulalah masing-masing cari kesilapan pasangan, kalau dulu dia si cayang-cayang bila putus tunang dia si bangang-bangang, kalau dulu dia si manja-manja bila putus tunang dia si menyampah-menyampah, kalau dulu dia si baby bila putus tunang dia si babi.
..kesian, bukan salah babi pun..... :'(
Bila dah macam ni, ramailah orang berkata 'lagi bagus tak payah tunang,terus kahwin', ada pula orang berkata 'tunang tu adat je, tak tunang pun tak ape'...
ye lah sebab tak kena batang hidung sendiri kan?
Ini pula situasi dari pengalaman peribadi :
situasi 1
Kawan A : ehh..kau kahwin tak tunang ke?
aku : a'ah..
Kawan A : kau kena tangkap basah ek?
aku : erk??
situasi 2
Kawan B : ehh..kau kahwin tak tunang ke?
aku : a'ah..
Kawan B : kau mengandung ek?
aku : erk??
Itu mentaliti manusia, kalau kahwin tanpa tunang mesti ada sebab tertentu, kalau bukan kena tangkap basah, mesti sebab berzina dan mengandung sebelum kahwin, itu sebab kenapa pasangan kekasih mahu bertunang sebelum berkahwin, bukan hanya sebab financial semata-mata tapi tidak mahu dicop seperti diatas. Sedangkan lagi ramai manusia terlanjur masa bercinta dan bertunang.
Pokok pangkalnya ialah takdir, kalau memang dijodohkan bersama, dugaan macamana pun pasti akan bersatu, bak kata 'lirik lagu adibah noor' :
Ikan di laut asam di darat
Dalam periuk bikin mufakat
p/s : If you love someone, let him go, if he comes back he's yours, if not, he never meant to be.