Tuesday, August 2, 2011

Lagi bagus tak payah tunang!

Happy blessed Tuesday peeps!

Kebiasaannya sebelum berkahwin pasangan kekasih akan bertunang dulu. Majlis tunang pula buat super grand, macam-macam theme, arabic style, moden style, punjabi style, chinese style, melayu lama style, semua jenis theme ada, kadang-kadang  bila tengok macam majlis kahwin pun ada, padahal baru majlis tunang.

Ramai kawan-kawan saya mesti bertunang sebelum kahwin, ada yang tunang tempoh sekejap je, lepas tu kahwin. sebab tak boleh tunggu lama-lama maklumlah tempoh bertunang kan macam-macam dugaannya. ada pula tempoh  bertunang makan tahun 2-3 tahun lamanya, kalau jodoh kuat, insyaallah sampai juga ke jinjang pelamin, kalau jodoh tak kuat, hati tak tetap, putus kasih, putus sayang, separuh jalan berkecailah status sebagai tunangan orang.

Bila kasih tak kesampaian, mulalah masing-masing cari kesilapan pasangan, kalau dulu dia si cayang-cayang bila putus tunang dia si bangang-bangang, kalau dulu dia si manja-manja bila putus tunang dia si menyampah-menyampah, kalau dulu dia si baby bila putus tunang dia si babi...kesian, bukan salah babi pun..... :'(

Bila dah macam ni, ramailah orang berkata 'lagi bagus tak payah tunang,terus kahwin', ada pula orang berkata 'tunang tu adat je, tak tunang pun tak ape'...ye lah sebab tak kena batang hidung sendiri kan?

Ini pula situasi dari pengalaman peribadi :

situasi 1
Kawan A : ehh..kau kahwin tak tunang ke?
aku :  a'ah..
Kawan A : kau kena tangkap basah ek?
aku : erk??

situasi 2
Kawan B : ehh..kau kahwin tak tunang ke?
aku : a'ah..
Kawan B : kau mengandung ek?
aku : erk??

Itu mentaliti manusia, kalau kahwin tanpa tunang mesti ada sebab tertentu, kalau bukan kena tangkap basah, mesti sebab berzina dan mengandung sebelum kahwin, itu sebab kenapa pasangan kekasih mahu bertunang sebelum berkahwin, bukan hanya sebab financial semata-mata tapi tidak mahu dicop seperti diatas.  Sedangkan lagi ramai manusia terlanjur masa bercinta dan bertunang. 

Pokok pangkalnya ialah takdir, kalau memang dijodohkan bersama, dugaan macamana pun pasti akan bersatu, bak kata 'lirik lagu adibah noor' :
  
Ikan di laut asam di darat
Dalam periuk bikin mufakat 

p/s : If you love someone, let him go, if he comes back he's yours, if not, he never meant to be.

12 comments:

beaty said...

memang tunang2 ni adat bh dida..tapikita x ble halang orang lain dari fikir yang bukan2.mulut orang susah mau tutup..hehe..

yeah sa pun setuju juga..kalau kuat jodoh kan tidak akan ke mana dida

pinky_liscious said...

memang betol tapi sumtimes pahit nak terima....:(

Aki said...

Yeah.. Kak Dida juga la.. ^_^.v.. Mantap..

.dida mumin♥ said...

@beaty Beth..tunang @ x, depends sama kita & partner, yang penting ada jodoh...kehidupan selepas tunang yg kita mau kan...

.dida mumin♥ said...

@Azeanthy Paiman sorry to know that sis,sy x tau ko ckp apa tp anggap ja mmg x jodoh la tu...& now u happy with NJ..syukur..

.dida mumin♥ said...

@pinky_liscious mmg pahit nak terima tp anggap je lah takde jodoh...mana tahu dipertemukan yg lebih baik dari sebelumnya kan?

.dida mumin♥ said...

@Aki yeah..si aki juga la..hehe

tamparan si robot *PLANG*

Nini Hartini said...

mulut manusia mmg payah nk tutup. lagi2 kalau x tunang, terus nikah pastu ditakdirkan terus mengandung. lagi mcm2 cerita dorg akn cakap. ada yg senyap tuptup kawen, buat pun majlis kecik, pun akn ada yg ckp "dah mengandung ke?"

susah nk betulkan pemahaman org skrg ni.

.dida mumin♥ said...

@Nini Hartini betul! buat benda elok pun org masih nak kutuk, lagi2 kalau buat benda tak elok..manusia jenis mentality rendah..

fashla said...

terpulang pada masing2 bah..sy tunang..baru nikah..ok ja.sebab tu terpulang pada individu tu sendiri..

anne.marissa78 said...

hi dida,

sy sendiri pernah putus tunang selepas 6 tahun takdir Allah saya bertemu jodoh...mungkin fobia bertunang sy decide untuk tidak lagi bertunang tapi terus bernikah sahaja...Alhamdulillah telah 2 tahun melayari bahtera perkahwinan.....Alhamdulillah saya bahagia sekarang....

anne.marissa78 said...

hi dida,

sy sendiri pernah putus tunang, selepas 6 tahun takdir Allah sy bertemu jodoh....mungkin fobia bertunang sy decide untuk terus bernikah...Alhamdulillah sy telah 2 tahun melayari bahtera rumah tangga dan Alhamduliilah syukur pada Allah kesakitan dulu ada hikmahnya dan sy bahagia....