Sunday, August 28, 2011

Bawa aku pulang












Aku ingin pulang
meredah awan biru
merentas lautan luas
seluas dua benua

Aku mahu pulang
kembali pada yang mula
menyambut tangan-tangan kasih
yang sentiasa berlapang dada
berdepang tangan
tidak jemu
menantikan aku

jiwaku berlagu rindu
rindu pada udara bendang yang manis
rindu pada aroma kampung yang harum
rindu pada hilai-tawa gembira tiada duka
rindu pada hiruk-pikuk desa yang menenangkan

Bawalah aku pulang
jiwaku sudah lama kosong
hatiku telah lama sepi
ceriaku telah lama mati
girangku sudah lama malap

Kembalikan semangat diriku, kerana itu
terbangkanlah aku
Aku Mahu Pulang


[ dida ]
Sime darby, 220811
2:04pm

p/s : saat entry ini di publishkan, aku pasti sedang tersenyum meredah awan biru..nyata, aku memang akan pulang!!

2 comments:

Eudora Priscilla said...

Have safe trip home kak DiDa :) Selamat Hari Raya ^^

ummiP3 said...

hai...SElamat Hari Raya