Wednesday, August 24, 2011

'boozy' aidilfitri dan ironi ramadan

Howdy peeps!

Wordless Wednesday.. :-)
Saya benar-benar dalam mood aidilfitri, sudah membayangkan suasana raya, antara sebab utama ialah kerana kemungkinan besar saya akan balik beraya giliran di tempat saya, kampung saya, di keningau, sabah. Sabtu minggu lepas kami empat beranak terpaksa untuk sanggup bersesak dan berasak di sogo hanya untuk mendapatkan baju raya untuk dhanie dan rafael, syukur walaupun proses mencari, menyelongkar, bersesak dan pilih-memilih agak mengambil masa tapi akhirnya dapat juga sepasang seorang, cukuplah.

Malam ini (semalam), sekali lagi kami empat beranak ke uptown danau kota, mencari apa yang perlu dan meninjau apa yang berkenan, sesak jangan cakaplah, tapi rasanya di mana-mana pun around KL mesti sesak musim-musim sekarang, hatta kedai makan sekalipun.

Ini saya mahu kongsikan dua peristiwa yang menarik hati dan melekat di ingatan saya sepanjang minggu lepas sehingga hari ini. Sepanjang bulan ini saya menggunakan perkhidmatan tren pergi dan balik kerja, bukannya jauh pun naik tren dari stesen Sentul Timur dan turun di stesen Sultan Ismail, naik jejantas dan terus sampai di depan bangunan Sime Darby. Cepat dan tepat waktu!

ok, petang jumaat lepas dalam tren saya duduk sebelah budak lelaki chinese yang nampak baik dan nerd sangat kerana matanya sepet seperti Lee Chong Wei (tiada kaitan ok!), di celah kedua kakinya ialah botol air kaler hijau 2 liter, (saya tahu sebab botol air saya di ofis juga size sama tapi kaler purple) dan dia sedang membaca surat khabar yang rasanya free di stesen lrt tertentu (The Sun, kalau tak silap), kerana jarak perjalanan yang sekejap saya malas baca buku yang memang sentiasa ada dalam beg dan ambil keputusan untuk 'share' baca paper free dengan budak chinese sebelah, tapi tiba-tiba dia tutup surat khabar itu dan balut botol airnya, saya pandang wajah budak itu dan serentak dia juga menoleh kearah saya 'Sorry', katanya, biasanya saya terlalu jarang bercakap dengan stranger tapi sebab budak chinese ni nampak baik dan nerd saya soal dia balik, 'kenapa?'. Dengan wajah serba-salah dia jawab 'you puasa kan?'.

Saya masih tidak faham dan tanya dia balik kemudian dia jawab ' i mana boleh show you ini (merujuk kepada botol air).. you puasa kan?. Oh! baru saya faham, kerana menghormati saya yang berpuasa dia balut botol air itu supaya saya tidak mengagau melihat air kerana kehausan, saya senyum lebar dan kata 'tak apa, saya okay'. Saya mahu saja menerangkan kepada budak chinese yang baik dan nerd itu bahawa puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga, penyerahan diri dan penghayatan puasa yang sebenar pasti tidak akan memberi apa-apa impak kalau setakat melihat 2 litre air. Tapi kerana tempoh yang singkat dan perjalanan yang pendek saya hanya mampu mengucapkan "Terima Kasih" kepada si budak chinese ala-ala lee chong wei sebelum dia turun di stesen titiwangsa.

Gambar Hiasan

Ironinya, sewaktu saya berterima kasih kepada budak chinese yang baik dan nerd itu di hujung gerabak saya dapat melihat dengan jelas tiga orang budak perempuan berseragam sekolah (baju kurung dan tudung) tanpa segan-silu meneguk minuman tin dengan straw sambil bergelak ketawa girang.

ini pula kisah semalam ketika di uptown danau kota, kami berempat stop by di satu booth bila en.suami berkenan dengan t-shirt budak kaler merah yang ada printed gambar kumpulan ramones (saya tidak tahu pun apa binatang ramones ni), booth tu dijaga oleh sekumpulan anak-anak muda yang very fashionable ada dalam 4-5 orang, dengan pakaian lengkap bertopi, berjaket kain, berkasut dan berjeans ketat, entahlah saya tidak tahu nak describe fesyen mereka yang macamana sebab saya bukan fashion addict pun. Saya, dhanie dan rafa cuma berdiri di luar booth dan en.suami masuk, membelek, membanding dan memilih di dalam booth.

Saya tidak perasan dihadapan saya ketika itu ada seorang budak lelaki sambil memegang rambut kebelakang, berpusing-pusing sana sini mencari sesuatu, fashion rambut budak tu pun saya tak tahu nak describe macamna tapi saya describe macam ni lah, rambut di keliling, kiri dan kanan kepala di potong 0.5inci atau lebih pendek lagi dan rambut tengah di biarkan panjang.kaler kuning emas, datang seorang rakannya memberi anak muda ini getah rambut lalu dia pun ikat rambutnya, oohh rupanya dia tengah cari ikat rambut patutlah tertunduk-tunduk, terpusing-pusing sebentar tadi, sebaik sahaja dia mengangkat muka baru saya melihat dengan jelas seluruh mukanya dipenuhi tindik, di bibir atas bawah-kiri kanan, dalam lidah, di kening atas-bawah, di telinga, di hidung..boleh dikatakan penuh satu muka, saya tidak bereaksi apa-apa, yelah bukan urusan saya pun.
Gambar hiasan : rambut lebih kurang begini
Tengah membanding-banding t-shirt dengn en.suami telinga saya sempat menangkap perbualan dua orang anak muda ini, konon-kononnya dia sedang menasihati kawannya yang penuh bertindik itu kerana kawannya sudah murtad, dah lupa sembahyang, lupa dua kalimah syahadah dan macam-macam lagi dengan suara yang agak lantang sambil tergelak-gelak suka, hati saya terus diserbu rasa muak dan janggal, saya pandang mereka dan saya perasan rakan yang tadi menghulur getah rambut memandang kami, saya pandang en.suami dan serentak itu en.suami kata tak jadi amik lah dik! kemudian kami pun blah dari situ.

Entahlah, saya rasa amalan dan kepercayaan seseorang bukan diukur melalui perwatakannya, apalagi dengan penampilan yang begitu terus-terang dalam hati saya tidak terdetik pun menilai anak-anak muda tadi. Dalam soal agama saya akui saya masih terlalu jahil dan naive. Kami adik -beradik lahir dari kedua ibu-bapa mualaf, ayah saya bekas christian dan arwah ibu saya bekas free-thinker, mereka berkahwin dan dua tahun kemudian baru memeluk islam, walaupun kami tidak hidup dalam dunia islamik sebenar tapi perkara basic kami masih jaga, makanan/minuman haram, solat dan sebagainya, yang lain memang saya akui saya masih jahil dan kerana itu saya dan keluarga saya masih terus-terusan dalam proses mengenali dan belajar agama islam.

Pada saya tindakan anak-anak muda itu bercakap-cakap dengan suara lantang sambil bergelak-tawa lebih memberikan saya gambaran buruk kepada agama dan bangsa itu sendiri. (maaf) dan saya sedih kerana saya melihat perkara-perkara sebegini di depan mata sedangkan hati saya kuat untuk menghayati ajaran agama yang dianuti. Mungkin anak muda tadi memang berniat untuk menasihati kawannya dengan cara berseloroh, tapi kedengarannya cara anak muda itu lebih kepada bermegah, dia seakan berbangga dengan apa yang di tunjukkan kepada orang lain khususnya kepada saya yang berada disitu ketika itu. *sigh*

Ironinya, disaat ada hati manusia yang benar-benar kepingin untuk memahami dan mempelajari ajaran yang dianuti, rupanya masih ada juga manusia diluar sana yang berbangga bila dapat memperkotak-katikkan kepercayaan dan anutan yang diwarisi sejak turun-temurun dari zaman kesultanan melayu dahulu-kala.

Maaf. Entry terlalu panjang.Tapi kedua-dua kisah ini bukan mewakili semua bangsa dan agama, hanya segelintir daripada mereka sahaja. Maaf sekali lagi jika saya juga khilaf seperti mereka dengan tulisan ini.

p/s : saya mohon jangan ada yang salah tanggap. kalau terasa saya minta maaf.

11 comments:

Unknown said...

nice~
~~ sometimes orang yang bukan sebangsa lebih menghormati agama kita dari orang sebangsa kita~~

ummiP3 said...

hai....dah amik tiket yer...suke..suke..suke...:)

Unknown said...

yeah! balik raya... semangat ni.. hihi

jangan kan KL dear.. KK pun jammed di sana sini..

pasal budak chinese tu.. maknanya, tidak semua non-muslim tidak peka dengan perihal muslim kan..

budak muslim yang nda segan silu nda puasa & makan minum dikhalayak ramai tu.. harus dikasi naik van jenazah.. baru insaf kali..

kes di uptown tu.. jujurnya sy ada juga kawan begitu.. puas juga nasihat.. tapi memang nda makan saman.. doakan saja supaya dorang insaf kan.. :)

kay masingan said...

pasal agama saya x boleh komen lebih sebab saya adalah mualaf yang naive dan masih dalam learning process.

tapi saya suka budak cina ala2 LCW tu...terharu saya dengan peribadinya..

Aki said...

si Kak Dida juga la paling menang macam besa.. hm,no komen.. tapi bab-bab memahami orang lain,ko juga la yang paling hebat kak.. Ko bulih duduk dalam kasut orang.. ambil feeling.. trus ko cerita tu,tersusun,senang mo paham.. pengajaran yang bagus.. ^_^.v..

Elih Japahar said...

Rambut sama hitam, hati lain-lain..manusia diberikan akal fikiran dan sifat yg berbeza-beza, hanya mampu berusaha menjadi insan yg sempurna..

Woofer Storm said...

alhmdllah,bljar selagi mampu..insyallah,jika ada pembimbing yang betul,kita pasti sentiasa dilandasan yang betul (jalan diredhai allah)

slm rmdhan n slmt ari raya ye...

Anonymous said...

org keningau ker?..selamt pulang kg halaman...
..dikesempatan ni CikNyz nak ucapkan

Selamat berpuasa & Selamat hari Raya
http://syazny7.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-raya.html

ikuti jugak entry pasal Gunung kinabalu dari Part1-Part 4
http://syazny7.blogspot.com/2011/08/ciknyz-gunung-kinabalu.html

Anonymous said...

salam akk,

walaupun akk dr kluarga muaalaf
tp dr segi amalan akak lebih baik dr org yg dh asal usul nye dr agama islam. really proud of u, noticed dat teenangers nowdays smakin menyimpang ke arah pkara yg tdh sihat.

BOBOayeeN said...

Hi dida...slmt balik kg ahh..mesti teruja ni kan..lma ndak balik..hope you hv wonderful and memorable holiday..celebarate Hari Raya wit family d Sabah...Salam hari raya dari sya ...HUGS>>

Unknown said...

Wah!! balik kampung dear 28 ni ah..hehe..happy journey dear..

hmm ni kan yang non-muslim,yang muslin itu sendiri pun sanggup mengaku agama lain gara2 tidak mahu dicekup dek kerana makan in public..

saya sokong tue si dear nowriz,bagus kasi masuk dalam van jenazah..dahlah ndak posa,hormat lah juga mereka yang posa..