terusik hati bila semalam saya sekali lagi mendengar satu kisah perceraian bekas rakan sekelas saya di kolej satu ketika dulu, kedua-dua mereka, kak hawa dan en.ram [bukan nama sebenar] adalah 'couple' satu kolej, ketika itu, kak hawa adalah rakan sekelas saya dan en.ram ialah senior kami, tidak pernah terlintas dalam fikiran saya akan terjadinya perkara 'buruk' ini antara mereka, satu ketika dulu saya kira en.ram adalah lelaki yang paling understanding dan paling senang untuk bekerjasama, saya ingat en.ram pernah membantu menyiapkan satu assingnment subjek finance bila saya dan kak hawa kebetulan berada dalam satu kumpulan. Saya juga ingat kak hawa pernah meminta en.ram menghantar saya dan rakan serumah lain kerana hujan lebat ketika itu, saya ingat bila setiap kali kak hawa menumpang tidur di rumah sewa kami dan en.ram akan datang membawakan goreng pisang sewaktu mahu menjemput kak hawa keluar, saya memang ingat banyak perkara yang baik-baik tentang kak hawa dan en.ram sepanjang mengenali mereka sebagai pasangan kekasih satu ketika dulu.
Setelah menempuhi alam perkahwinan selama hampir 8 tahun, mempunyai empat orang cahaya mata dan yang kecil baru dilahirkan tahun lepas, saya terlalu terkejut dan amat terkilan bila semalam salah seorang sahabat baik, memberitahu saya khabar paling tidak menggembirkan itu. Sepanjang petang semalam saya asyik terbayangkan kisah cinta mereka di kolej dulu, dalam pada itu saya berfikir , sungguh tiada siapa mampu menjangkakan bila berlakunya sesuatu perkara apalagi bila kali ini sekali lagi, salah seorang kawan saya terpaksa melalui 'cerita' perit ini.
Balik dari kerja ingin sekali saya bercerita kepada en.suami perihal kak hawa dan en. ram kerana kami semua berada dalam kolej yang sama yang saya pasti dia pasti mengenali mereka berdua, sementelah kak hawa juga adalah batch intake dia, tetapi mulut saya tersekat. Saya tiada alasan kuat untuk menceritakan kisah sedih rumahtangga orang lain sebagai alasan untuk berbual. Lalu saya diamkan saja walau hati saya 'bercelaru' dengan perasaan sedih.
Hari ini, saya masih terganggu dengan cerita itu, hati saya turut bersedih bila mengenangkan nasib kak hawa bersama keempat-empat anaknya, saya tahu berat mata memandang berat lagi bahu memikul, tapi saya juga sungguh-sungguh berharap agar kak hawa akan terus kuat mengharungi dugaan perit ini bersama empat jiwa kecil yang masih tidak mengerti kemelut antara kedua ibu-bapanya.
Kekesalan saya paling besar ketika ini ialah bila saya hanya mampu menuliskan kisahnya sebagai bacaan umum bila saya langsung tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk membantunya ketika dia sedang bergelut dengan perasaan dan kedukaan paling dalam ketika ini.
update : Name was changed upon requested