Tuesday, November 15, 2011

Nilai manusia


Naik malu aku bila baca entry lucius Maximus pasal najib pergi naik haji hari tu, sebab aku pun ada  post gambar dia kat mekah, cuma aku taklah elaborate apa-apa dalam entry tu, macamanalah aku boleh tak sedar diri yang aku ni pun tak pernah lagi bertandang kaki ke Mekah tapi boleh pula jadi judgemental pada orang lain.Mungkin sebab dia tu dikenali, maka itu 'memudahkan' aku untuk menilai dia melalui pandangan aku dari pembacaan yang mungkin juga ada yang tidak betulnya, walau tidak dinafikan ada terselit juga yang betul. 

Manusia memang mudah menjadi judgemental, disana-sini dalam apa juga keadaan, aku ingat satu kejadian, masa tu ada budak baru [fresh intake] masuk offfice aku, mula-mula jumpa budak tu, ada seorang colleague aku ni kata yang budak baru tu macam nampak kerek sikit, aku memang tidak kata apa time tu, walau dalam hati aku juga terasa begitu, beberapa minggu kemudian aku terkejut bila nampak colleague aku ni keluar breakfast berdua dengan freshie tu, tengahari pun aku nampak mereka berdua, minggu-minggu seterusnya aku semakin kerap melihat mereka berdua kesana-sini, dalam pada kononnya tidak mahu menjadi judgemental tu aku ter'gatal mulut' tercakap pada collague aku ni 'dia dah tak kerek ke?'. jawaban dari kawan aku ni memang agak memeranjatkan, dengan selamba dia kata ' wei..jangan tak tau, laki dia tu grade 48 di jabatan sekian-sekian tau!'. Dalam terkedu tu aku sengih macam kerang busuk!

Sifat manusia ialah mereka sukakan sesuatu yang hebat, kaya, menarik dan cantik, mungkin kerana memandang tinggi kedudukan suami freshie itu dalam golongan Profesional maka, colleague aku ni memilih untuk bersama dengan freshie tersebut sebagai sahabat. Pada aku nilai kemanusiaan bukan terletak pada kedudukan dan kehebatan seseorang itu tapi nilai manusia yang sebenar ialah bila seseorang itu mampu menilai manusia sebaik-baik makhluk walau berada di kedudukan yang paling terendah sekalipun.

Dunia bukan milik sesiapa kecuali sang Pencipta, dan pada Dia itu standard kita sebagai manusia adalah sama-rata [unsur dari tanah ] yang membezakan kita hanyalah amalan dan nilai diri sebagai manusia. Jadi tidak perlulah nak taksub sangat pada kedudukan orang lain.

p/s : Ingatan untuk diri sendiri. 
Gambar adalah sumber dari google

4 comments:

Aki said...

oh fuck.. gred 48?? So what?? relax la.. Kalau si Aki,ko gred 48 pun,tapi tia tau buat kerja,jangan harap ko dapat respect dari si aki.. ho ho ho..

emy|farid said...

akhirnya kematian menjemput jua, wlaupun setinggi mana darjatnya d bumi

kay masingan said...

tidak dinafikan, ada orang yg suka berkawan dengan seseorang yang ada "nama", mungkin bagi mereka, tempias 'nama" itu akan terkena mereka.

Woofer Storm said...

jgn nilai orang atas dasar rupa dan harta benda..

salam sis..sihat ke???