Tuesday, January 10, 2012

Bila terlalu berkeluh-kesah



Satu perangai paling buruk aku akhir-akhir ini ialah aku amat suka membebel sedangkan satu masa dulu aku memang bukan jenis perempuan yang membebel, kemudian sekarang aku perasan yang ekoran dari kuatnya membebel itu aku mula jadi seorang yang suka mengeluh, susah sikit mengeluh, letih sikit mengeluh,penat sikit mengeluh, sibuk sikit mengeluh, anak buat perangai sikit-sikit mengeluh, laki mengada-ngada sikit mengeluh, kawan-kawan mengata belakang, aku mengeluh, pendek kata sikit-sikit aku mengeluh.

Well, aku tau itu bukan perangai yang bagus, tapi ada keadaan bila aku mengeluh tu aku rasa seperti aku sedang melepaskan beban perasaan dalam dada, cuma yang kasihannya laki aku, anak-anak aku dan keluarga aku kat kampung terpaksa tadah telinga, mungkin juga rasa rimas, maaf!

aku selalu berkeluh-kesah tentang keadaan aku, aku mengeluh kerana aku terpaksa habiskan 10 jam masa siangku dengan kerja dan perjalanan ke tempat kerja, dalam tempoh itu aku mengharap taska dan laki aku jaga anak-anak aku dan bila dhani masuk kindergarten tahun ni, aku mula rasa aku adalah failed mother bila aku tak mampu nak siapkan dia sebelum ke sekolah atau ambil dia balik sekolah, itu belum lagi dengan situasi serba-salahnya aku bila rafael tidak sihat dan aku pula terpaksa tinggalkan dia di taska bila aku kena kejar task.

itu semua buat aku jadi kuat mengeluh, satu hari tu aku call kakak Joe aku, aku mengadu macam-macam kat dia, sampai aku sebut keadaan aku yang terpaksa meredah semuanya berseorangan disini, aku mengeluh kerana aku takde adik-beradik atau siapa-siapa yang boleh bantu aku, tolong ringankan beban aku, aku takde mak-bapak yang boleh tolong jaga cucu [anak-anak aku] supaya aku tak rasa bimbang perihal anak-anak setiapkali sambil airmata berjurai-jurai.

Mungkin sebab simpati yang teramat, kakak aku suruh aku hantar dhani balik kampung, kalau nak hantar dengan rafael sekali pun boleh, biar dia jaga, biar dia uruskan semua, duit semua dia tak mahu berkira, yang penting aku datang tengok anak, itu je. Terus aku terkedu, aku sebenarnya tidak pernah terfikir sampai begitu sebab aku memang tak betah tinggal jauh dari anak, tidak pernah pun aku fikir sampai kesitu, aku tak boleh bayangkan emosi aku macamana kalau anak-anak aku tak duduk dengan aku, dan aku sendiri pun tak boleh nak bayangkan apa emosi anak-anak aku yang terpaksa tinggal berpisah dari mami dan babonya, dulu, kecik-kecik, bila mak-ayah aku tinggalkan aku dengan adik aku dengan abang dan kakak ipar, aku rasa hidup aku hampir seperti neraka, tak payah lah aku cerita, kisah tu akan buat aku sakit hati yang teramat, jangan kata sebulan, duduk dengan diorang tak sampai seminggu pun aku rasa macam aku memang dah duduk dalam neraka dah. Sampai besar ni aku masih teringat-ingat kisah tu.

Mungkin, kakak aku takkan layan anak aku macam celaka [macam aku kena layan kecik-kecik dulu], aku yakin kakak aku lagi hebat menjaga anak, apalagi bila itu anak aku, anak adik perempuan bongsu diorang, sedangkan aku marah anak aku depan dia pun mesti kakak aku tu akan hentam aku balik, kaw kaw punya. balik kampung, aku memang goyang kaki, makan, mandi, pakai, berak, kencing anak aku dia yang uruskan, time tidur je anak aku ada sebelah. Pun begitu, terus-terang aku masih tidak sanggup hantar anak aku balik kampung, bukan sebab aku tak percaya tapi aku tak sanggup berpisah dari anak-anak aku, kalaupun aku mengeluh aku letih, aku mengeluh aku penat, aku mengeluh perihal semua-semua, biarlah anak-anak aku yang lasak dan tak duduk diam tu dengan aku, cuma salahnya bila aku jadi manusia yang ralat, terlalu ralat sampaikan hal anak-anak pun aku nak mengeluh bagai, patutnya, aku bersyukur sekurang-kurangnya aku ada laki aku, yang walau penat macamanapun dia tetap bantu aku urus anak-anak tanpa pernah mengeluh. 





3 comments:

Aki said...

hm,ko suruh ja si Aki jaga durang la kalau gitu.. :-p.. he he he..

ummiP3 said...

keluhan hati seorang ibu.....

kay masingan said...

membebel kadang2 cara untuk melegakan tekanan, mungkin kita tidak sedar..apapun, terus kuatkan semangat. hidup memang begitu.

tempat terbaik bagi anak ialah bersama ibu bapanya.