Monday, March 5, 2012

persiapan

Saya ada satu jenis masalah yang bila saya pergi ke sesuatu tempat contoh macam, kena pergi kursus luar beberapa hari, atau travel pergi mana-mana atau, even time balik kampung [sabah], saya akan kena insomnia beberapa hari sebelum itu,paling kurang 2-3 hari sebelum tu saya akan susah tidur malam dan kalau tidurpun akan terjaga tiap-tiap jam tetapi akan bangun terlalu awal, lepas tu terkulat-kulat tidak tahu nak buat apa sebab malam sebelumnya saya sudah clearkan semua perkara penting, dari packing sampailah mengemas rumah, all done well!

Tidak tahu apa yang tidak kena dan tidak faham kenapa saya perlu rasa risau untuk semua perkara. kadang-kadang benda-benda remeh pun rasa macam hal besar pula, macam sekarang ni, tengah menaip pun saya rasa risau tentang sampah yang saya belum buang,  padahal besok pagi pun masih sempat kalau betul nak buang pun.*sigh*

Masalahnya, saya pasti akan rasa letih, penat, mengantuk dan moody esok hari dan ini akan buat perjalanan saya itu jadi terlalu tidak menyeronokkan, dalam keadaan letih dan mengantuk itu saya akan sentiasa rasa was-was, takut tertinggal benda-benda penting, macam tiket, passport, ic dan etc. Jujur, semua itu buat saya stress.  Jika sesiapa ada penyelesaian untuk masalah ini, sudi-sudikanlah kiranya berkongsi agar boleh membantu saya, terima kasih!

4 comments:

kay masingan said...

Alah sorrylah saya x ada tip utk masalah begini sebab saya pun hampir sama dgn ko ni..kalau plan p suatu tempat, 1-2 hari sblm bertolak akan berulang-ulang cek itu barang2, semua sdh ok atau x. Malam x dpt tidur sangat..excited kali..

ummiP3 said...

kebanyakan perempuan mmg gitu kot..tu yg ramai org pompuan kena darah tinggi heee coz banyak berfikir

Azeanthy Paiman said...

sy pn kdg2 mcm tu jg kak..but sabar sja laa...kc cool saja tu mind aa..

Fadzmie Mohamad said...

Hmm. Tu ada kaitan sama mentaliti sama habit kali tu. Nanti kalau benda ni jadi lagi lepas ni, cuba paksa balik untuk tidur balik. Natural way. Jangan pakai pil tidur pula. Hehe.