Sudah lama sebenarnya kepingin menulis best-best. Memang sangat kepingin. Besar jasa menulis pada aku selama ini. Kalau bukan sebab menulis mungkin aku tidak mampu menjadi seperti sekarang.
Mungkin keadaan akan jadi lebih buruk dari yang sedia ada. Mungkin juga yang terburuk seperti yang memang ada.
Tapi kerana menulis aku sekurang-kurangnya sedar dan sentiasa jaga pada keadaan semasa. Yang buat aku mampu melihat lebih dari apa yang aku mampu lihat. Yang buat aku timbang-menimbang banyak perkara sebelum semuanya bermula.
Ada kala menulis beri aku lebih ruang untuk diriku sendiri, ruang untuk menjadi aku tanpa ada siapa-siapa di samping, ruang untuk melihat aku sebelum,selepas dan masa depan, ruang untuk aku mengukur siapa aku sebenarnya.
Mereka kata aku kuat, mereka kata aku mampu harunginya, mereka kata aku tabah. Siapa mereka untuk judge aku begitu?
Aku telahpun jatuh, malah sudahpun puas menangisi kejadian. Aku sudah lama rapuh dan masih terus bertahan agar tidak berkecai.
Yang jadi kekuatan hanyalah si- para pelangi hati tentunya. Dan picisan-picisan tulisan yang aku jadikan sebagai sang pemujuk hati,pelunak jiwa yang sarat lara.
Itu sebab aku terus menulis kerana tulisan itulah gambaran segala hikayat, perjalanan sebuah riwayat.
Dan saat ini aku semakin melihat cahaya. Sinar yang bagi aku harapan mudah dan senang. Teruskan dengan apa yang aku ada sekarang ini kerana itu nyata memberiku bahagia...biar sedikit.
No comments:
Post a Comment