Wednesday, March 20, 2013

Dilema si ibu

masuk hari ini sudah dua hari aku bercuti rehat menjaga gabriel yang sudah dua hari demam. Demam pula bukan demam biasa, sejak G warded sebab jangkitan bronchopneumonia awal bulan ni demam dia jadi agak kuat setiapkali, kadang-kadang panas langsung tidak turun lepas bagi paracetamol jadi aku kena lebih kerap pantau suhu dan pastikan satu badan termasuk kepala sentiasa basah.

Abang aku cakap ada kemungkinan yang bronco akan jadi lebih kerap bila dah kena sekali dan sebagai seorang pembantu perubatan aku tahu dia bercakap melalui pengalamannya dengan pesakit.

sebagai ibu yang bekerja, kekerapan bercuti rehat bukanlah satu kecemerlangan kerjaya malah jumlah cuti rehat yang diberi juga ada limit. Dan bagi ibu kepada tiga orang anak kecil yang amat-amat memerlukan perhatian selalu meletakkan aku dalam dilema berhadapan dengan situasi.

begitulah juga kali ini, dengan rengek tangis dalam ketidakselesaan gabriel aku sedar bahawa aku benar-benar dalam dilema bila aku mula meminta kepada Tuhan agar segala kesakitan anak kecil itu diberikan saja padaku semuanya sampai bila-bila.

Tolong doakan juga agar dia sembuh cepat.Amin


4 comments:

kay masingan said...

semoga anak yang sakit cpt sihat dan ibu yang bercuti kembali semula ke kerja..Amin

BOBOayeeN said...

adu cian baby Gabriel..harap dia sembuh cepat...

~Mami Little Hero~ said...

Saya doakan G cepat sembuh. Jaga kesihatan sis juga ye. Sejak ada anak saya tak boleh tengok pasal anak2 sakit. Rasa dalam hati pun merintih. Ini ada sedikit doa daripada mama saya jika anak demam tak kebah2 : Baca Bismillah dan baca "Qul na yaa narukunni, bardan wassalaman 'ala ibrahim" maksudnya "Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim!".

Baca doa tu sambil sponging badan anak. Take care ye. :)

.dida mumin♥ said...

@~Mami Little Hero~

terima kasih byk2, saya sgt2 menghargai doa yg dititipkan...Insha Allah..saya akan amal. terima Kasih sekali lagi.