Abang aku cakap ada kemungkinan yang bronco akan jadi lebih kerap bila dah kena sekali dan sebagai seorang pembantu perubatan aku tahu dia bercakap melalui pengalamannya dengan pesakit.
sebagai ibu yang bekerja, kekerapan bercuti rehat bukanlah satu kecemerlangan kerjaya malah jumlah cuti rehat yang diberi juga ada limit. Dan bagi ibu kepada tiga orang anak kecil yang amat-amat memerlukan perhatian selalu meletakkan aku dalam dilema berhadapan dengan situasi.
begitulah juga kali ini, dengan rengek tangis dalam ketidakselesaan gabriel aku sedar bahawa aku benar-benar dalam dilema bila aku mula meminta kepada Tuhan agar segala kesakitan anak kecil itu diberikan saja padaku semuanya sampai bila-bila.
Tolong doakan juga agar dia sembuh cepat.Amin
4 comments:
semoga anak yang sakit cpt sihat dan ibu yang bercuti kembali semula ke kerja..Amin
adu cian baby Gabriel..harap dia sembuh cepat...
Saya doakan G cepat sembuh. Jaga kesihatan sis juga ye. Sejak ada anak saya tak boleh tengok pasal anak2 sakit. Rasa dalam hati pun merintih. Ini ada sedikit doa daripada mama saya jika anak demam tak kebah2 : Baca Bismillah dan baca "Qul na yaa narukunni, bardan wassalaman 'ala ibrahim" maksudnya "Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim!".
Baca doa tu sambil sponging badan anak. Take care ye. :)
@~Mami Little Hero~
terima kasih byk2, saya sgt2 menghargai doa yg dititipkan...Insha Allah..saya akan amal. terima Kasih sekali lagi.
Post a Comment