Friday, March 15, 2013
Jodoh
Itu amat complicated sebenarnya.
Jangan kau fikir kau jumpa orang itu
maka dialah jodoh dunia akhirat
dialah peneman sepi sepanjang hayat
dialah pendamping hati sampai wafat
Kalau tiba-tiba tengah jalan kamu tersadung
dia ke kiri dan kamu masih berdiri
atau kamu pula ke kanan dan dia masih sendiri
adakah bermakna jodoh kamu sudah sampai titik tamat?
kenapa perlu bersama kalau tiada jodoh?
kenapa mahu berdua kalau bukan jodoh?
kenapa terus disisi kalau bukan jodoh?
kenapa mahu bertahan jika memang bukan jodoh?
Sebenarnya, kita ni manusia tahu
rahsia jodoh itu mistik, tiada siapa yang tahu
tiada siapa yang mampu melihat masa depannya
Tiada apa yang boleh dibuat
guna pengasih pun belum tentu kuat
jadi yakin dan percayalah pada hukum alam
Tuhan itu maha kaya dan maha tahu segala cerita
kerna Dia sahaja yang maha berkuasa
membolak-balikkan hati sang manusia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
setuju dida...
setuju..
Post a Comment