Hari ini aku mengaku ini memang salahku.
Aku menginginkan kesempurnaan pada ketidaksempurnaanmu
Aku mahukan segalanya pada ketidakmampuan mu
Aku meminta pelbagai pada keterhad-an dirimu.
Aku fikir ini gila. bodoh. penting diri. tiada otak
Walau selama ini aku berteleku meminta padaNya.
Aku tidak sedar dia bukan regu kehendakku.
Dia juga manusia biasa, hendaknya juga pelbagai, mahunya juga macam-macam.
Tanpa aku ambil pandang yang dia juga sebenarnya telah berkorban
kekadang memberi luar mampu.
Memberi maafkah dia jika ku minta?
Atau ku biar saja, biar keadaan akan reda sendiri?
kerna aku takut nilai maaf itu sudah jadi terlalu murah.
Walau kali ini aku benar-benar telah sedar yang itu memang salahku semuanya?
No comments:
Post a Comment