Wednesday, December 31, 2014

Bye, 2014

Banyak benar perkara tidak terjangka tahun ni, musibah yang berbagai-bagai lagi banyak dari keraian yang diraikan, ngeri bila di imbas balik. Sekadar mengharap hikmah ada disebalik apa yang terjadi.

Dan untuk entry last dia tahun 2014 ini, aku harap akan ada awsomeness yang akan berlaku tahun depan.

Biasalah, manusia lemah macam aku ni selain dari mampu tengok aku memang sangat berharap akan ada miracle yang jadi untuk hidup aku seterusnya.

Dan, aku juga plan nak buka satu blog khas untuk anak-anak aku, aku nak biar satu hari nanti anak-anak aku akan baca semua tulisan aku tentang mereka, tentang hati aku untuk mereka, tentang betapa aku berhidup kerana mereka, tentang segala-galanya tentang mereka pada diriku.

Doaku: semoga selamat dan sejahteralah semuanya di tahun depan.

Tuesday, December 23, 2014

Faham

Sesetengah orang mungkin hanya akan faham keadaan kita bila dia sendiri telah melalui pengalaman yang sama, setengah orang juga ada yang sentiasa cuba untuk memahami walaupun bukan semua dia faham tapi dia cuba untuk faham dan ada setengah orang yang langsung tidak akan faham dan langsung juga tidak pernah cuba untuk faham keadaan orang lain yang mana dia tidak akan kisah apapun kemungkinan yang akan jadi kepada seorang yang satu lagi itu.

Untuk keadaan pertama, aku yakin bukan semua orang akan melalui benda yang sama sebelum memahami sesuatu kejadian.

Untuk kejadian kedua, aku pasti orang itu punya hati yang lunak untuk cuba memahami kepayahan orang lain.

Untuk yang ketiga, aku harap aku bukan orang seperti itu dan juga aku harap agar aku tidak dipertemukan dengan orang sedemikian.

Bukan senang kan nak betul-betul faham keadaan sebenar-benar seseorang itu bagaimana, nak benar-benar mengerti kepayahan orang lain yang sedang menderita kesakitan yang tak nampak dek mata?
Jadi, senang cerita. Tak payah kita nak memandai-mandai judge hidup orang lain bila kita punya mungkin lebih baik dari dia. Jangan nak memandai-mandai nasihat orang lain dengan 'kalau kau begini atau kalau kau begitu' bila kau bukan orang itu.

Lagi mudah bila kau doakan dia agar hidupnya baik-baik saja dan moga dipermudahkan semuanya untuk dia.

Insha Allah yang baik-baik itu jugalah yang akan sampai pada kita balik. Berkat.

9 hari sebelum 2015

Tahun ini, 2014 aku kira aku punya kehidupan yang agak mendatar, sangatlah linear dari tahun sebelumnya hinggakan aku rasa banyak benda yang jadi sangat mendownkan aku.

Cumanya, yang aku rasa graf tinggi sikit dari tahun sebelum ialah sebab anak aku dapat no.2 dalam kelas selain dari dapat sepuluh terbaik keseluruhan darjah satu. Tapi inipun aku taknak cerita panjang-panjang, anak aku baru darjah satu tahun depan tak tahu lagi macamana, jauh lagi perjalanan dia.

Tahun ini juga aku kira hubungan peribadi aku diuji lagi hebat berbanding sebelum-sebelum ini, banyak jugaklah yang aku let go begitu juga yang aku take in dan walaupun aku tak berani nak kata lebih-lebih tapi aku rasa adalah juga sedikit dari banyak perkara yang berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Alhamdulillah dan terima kasih 2014 untuk yang itu.
dan untuk yang itu, selebihnya aku rasa aku perlu untuk belajar untuk bersedia menerima pelbagai kemungkinan yang mungkin bakal terjadi, bukan mudah, tidak pernah mudah tapi aku kena juga belajar. Aku nak biarlah hati aku redha dan terima bahawasanya "sekecil manapun sesuatu itu tidak pernah menjadi milik kekal kita, tidak kira apa/siapa/bagaimanpun, ia hanyalah pinjaman semata-mata, waima soal hati dan perasaan sekalipun". 

Suasana kerja aku pula banyak yang kurang menarik berbanding tempat lama tapi sekurang-kurangnya keadaan yang begitu bagi aku sedikit ruang yang lebih untuk membaca dan dengan bangganya juga aku nak bagitahu yang tahun ni aku berjaya membaca over target, lebih 4 buah buku daripada target asal. Hooray!!!

Tapi, aku banyak terkilan dengan diri aku sendiri bila aku rasa aku banyak meremehkan soal spiritual setelah apa yang aku lalui beberapa tahun kebelakangan ini, dan ini adalah antara usaha istiqamah aku yang tidak pernah sempurna sepanjang tahun ini rasanya. Sepatutnya aku perlu lebih dekat lagi dengan Tuhan lebih dari apa yang aku telah buat sebelum ini. 

sigh.

Apapun, seperti sebelumnya, aku tetap minta, berdoa dan mengharap yang perjalanan di tahun 2015 ini akan lebih awesome dari tahun 2014. Insha Allah.

akhir kata, dengan ucapan .... 2015 - Please be good to me. 


Thursday, December 11, 2014

peringatan

cc : tumblr


Aku malas nak tulis banyak lately, pinjam apa-apa yang berkenan dari page orang lain. Ok.

Wednesday, December 10, 2014

what i feel right now

cc: tumblr

Friday, November 28, 2014

Iklan nuffnang large rectangle

Aku saja nak taruh iklan nuffnang bawah entry walaupun tak pernah dapat apa-apa pun sebelum ni, saja nak try sebab aku baca blog orang bila letak iklan itu macam ngam pula tepek kat situ.

lebih kurang macam pit stop untuk membacalah macamtu, lepas baca satu entry kena pula enrty macam aku yang asyik nak emo je tup-tup bila dah habis tu nampak pula iklan bergerak then tumpuan jadi agak beralih sikit - walau tak semua boleh buat mood emo jadi happy tapi at least bagi ruang untuk tarik nafas sebelum sambung baca balik entri seterusnya.

Lagi leteran untuk hari ini. saja takde kerja.

Thursday, November 27, 2014

Asah otak

Gila!!!

Adjust punya adjust blog, tiba-tiba semua post aku hilang. Cuak aku. Usaha sikit aku buka satu dumb blog copy balik semua html coding kemudian paste balik kat blog yang 'hampir jahanam' ni.

Ehh...sakit juga rupanya bila sudah lama tidak mengasah otak.

Takde bende nak cerita sangat pun. saja nak beleter.

Tuesday, November 25, 2014

Tutup

Saya disoal mengapa deactivate FB, saya jawab "malas". Tapi nampaknya alasan yang begitu tidak mampu memuaskan hati satu pihak lalu saya diasak dengan beribu soalan sama "kenapa malas, kenapa malas, kenapa malas, kenapa malas, kenapa malas"?

Arghhhhh.......

JAWABAN:

Sebenarnya, saya mahu bagi peluang pada diri saya menikmati hidup sebagai seorang manusia, tidak bergantung pada FB untuk mengetahui pelbagai berita luar mahupun sekadar untuk re-connect dengan kawan-kawan maya yang belum tahu ikhlasnya di level yang bagaimana.

Puas hati?

Sunday, November 23, 2014

Kisah anak

Kejadian Jumaat lepas.

Tahniah,anak.

Baru aku tau apa rasanya bila anak naik pentas, hati aku tak habis senyum dari jumaat lepas sampai aku buat post ni. Syukur sangat.

Untuk esok dan hari-hari seterusnya, bagaimanapun atau siapapun engkau bakal jadi satu hari nanti selagi masih di redhai Allah mami tetap kuat menyokong dari belakang sayang.

Tadi, mami post gambar berkenaan kejadian di atas kat insta dan dhani baca caption mami tulis. Satu-satu dia sebut, perlahan-lahan dia baca tak tau dia hadam atau tidak tapi lepas itu dia tiba-tiba kata" terima kasih mami". Mami yang tengah balut buku teks dia terus sedu, diam-diam mami terharu, menitik air mata.

Aku mohon, nak minta pada Allah biar bagi aku anak-anak yang soleh. 


Rabbi habli minas solihin (as-saffat:100)

Amin.

Wednesday, November 19, 2014

Hidup ini satu keajaiban

Kawan-kawan facebook aku suka benar share gambar-gambar seperti tomato yang dibelah dua ada kalimah Allah/Muhammad di tengahnya, atau ikan yang ada kalimah Allah/ Muhammad di badannya, atau pokok yang ada kalimah Allah/Muhammad tertera di batangnya. Kononnya untuk menunjukkan betapa ajaib dan besarnya kuasa Allah.

Aku tidak nafi, Allah itu Maha segala-galanya, luas ruang cakupnya. Jadi bila diperlihatkan perkara-perkara begitu untuk dijadikan satu petanda kuasa Tuhan aku rasa itu sungguh tahyul. Kalau benar kau nak cari kebesaran Tuhan kau tak perlu tomato, ikan, batu, awan  atau pokok yang penuh dengan kalimah Allah konon untuk menambahkan lagi keimanan kau pada Yang Maha Esa dan adakah jika sekiranya kau langsung tak jumpa semua yang disebutkan seperti diatas itu maka kau akan jadi manusia yang tidak beriman?

look, iman yang kau letak dalam hati bukan sebab tomato atau ikan atau awan atau apa-apa lah yang ada tertera kalimah Allah. Iman itu adalah apa yang kau percaya sebenar-benarnya sepenuh hati, iman itu adalah apa yang kau yakin sebagai panduan kau sebagai seorang manusia hamba Allah. Bukan kerana tomato atau ikan atau awan tapi apa yang kau isi- padat dalam jiwa kau.

Kalau setakat kau nak cari keajaiban dengan benda-benda tahyul macam tu, aku pasti agama lain pun ada benda yang sama.  So, adakah itu akan memungkinkan kau beralih kepercayaan hanya kerana dalam agama kau, kau tak jumpa kejadian seperti kalimah Allah lebih banyak daripada agama lain?

Tak payah susah-susah pun, kalau setakat keajaiban yang macam tu boleh buat kau impress dengan agama dan iman, mari aku bagi kau contoh paling dekat : Kau bernafas itu pun sudah cukup untuk menunjukkan kau akan keajaiban dan kebesaran Allah pada diri sendiri. Kau sakit, kau sihat, kau mati pun kau sendiri tak tahu bila, itu sebenarnya lebih dari apa yang kau nak cari.

Katalah kau nak berdakwah sekalipun, tak payahlah dengan cara ini. Bukan setakat nampak yang kau ni tak berapa nak pandai sangat tapi juga akan menampakkan kau akan kelihatan seperti katun yang amat menggelikan hati.




Tuesday, November 18, 2014

Rebel

Mungkin menyakiti itu buat kau rasa menang, tak apa lah. Teruskan lah untuk menyakiti. Kalau itu bisa buat kau gembira, teruskan. Atau itu boleh buat kau puas hati, ya...puaskanlah hatimu...jangan berhenti.

Kadang-kadang kesakitan seseorang boleh jadi kebahagian kita. Aku mengerti itu. Dunia dan hasad manusia tidak pernah jauh.

Aku cuma harap Allah beri kau lorong yang lebih terang samada tersedar ataupun melihat akibat dari perbuatan mu.



When Great Trees Fall


When great trees fall,
rocks on distant hills shudder,
lions hunker down
in tall grasses,
and even elephants
lumber after safety.

When great trees fall
in forests,
small things recoil into silence,
their senses
eroded beyond fear.

When great souls die,
the air around us becomes
light, rare, sterile.
We breathe, briefly.
Our eyes, briefly,
see with
a hurtful clarity.
Our memory, suddenly sharpened,
examines,
gnaws on kind words
unsaid,
promised walks
never taken.

Great souls die and
our reality, bound to
them, takes leave of us.
Our souls,
dependent upon their
nurture,
now shrink, wizened.
Our minds, formed
and informed by their
radiance,
fall away.
We are not so much maddened
as reduced to the unutterable ignorance
of dark, cold
caves.

And when great souls die,
after a period peace blooms,
slowly and always
irregularly. Spaces fill
with a kind of
soothing electric vibration.
Our senses, restored, never
to be the same, whisper to us.
They existed. They existed.
We can be. Be and be
better. For they existed.” 

― Maya Angelou

Monday, November 17, 2014

Yasmin Kata

Ini apa yang yasmin Mogehad tulis tentang kejatuhan :

Transformation usually begins with a fall. So do not curse the fall. Let’s Rise Up and become better, wiser, more God- Conscious and more Spiritually purified!! Allah will make the journey easier for us.

Kesayangan ku

Kesayanganku,

Jika semalam ada gelak tawa mengiringi hari minggu kita
Aku mengharap pagi ini akan ada rasa sama yang masih bersisa
Kalau mungkin semalam aku sedikit menyulam kontra
Aku meminta agar petang nanti masih tertinggal sedikit rasa mesra menyapa

Kesayanganku,

Jika selama ini salju antara kita kerana aku, maafkanlah
Jika ketika ini dingin yang membeku itu sebab diriku, ku mohon berilah masa kepadaku

Mungkin,

aku memang telah tersilap cara
atau aku telah tersilap jangka
Kerna itu, aku minta kamu bertahanlah disisiku
Bantulah aku ketika aku tersasar jalan
dan genggamlah aku sekuat mungkin bila aku semakin jauh dihanyut ombak amarah.

Atau,

Jika memang kamu yang tersasar selama ini
berilah aku ruang
aku mungkin tetap bisa bersabar lalu melupakan semua khilaf dan mampu untuk terus mengasihi tanpa mengungkit sampai bila-bila

Betapa aku berharap agar ada ruang waktu untuk menyusun cerita biar lengkap dan sempurna tidak bercela nanti.


Kesayanganku.

Saturday, November 15, 2014

Sabtu yang bening

Hujan.

Sentiasa bawa hati jadi bening dan dingin. Yang kemudian buat emosi mengamit jiwa. Kalau duduk seorang mungkin emosi merajai hati tapi bila lebih dari seorang akan rasa serabut apalagi bila hati tengah memendam rasa gundah dihati.

Gerimis.

Friday, November 14, 2014

Ceramah

Satu perangai aku kalau aku dengar ceramah dalam youtube ialah aku akan ulang-ulang benda tu sampai aku rasa lekat dalam kepala, walaupun hakikatnya tidak akan begitu.

Aku selalu sangat berharap agar aku punya satu cip khas yang boleh rekod semua isi ceramah tu sebutir-sebutir.

Sebab, bila dengar ceramah yang sangat bagus. Selalunya berkaitan hidup, motivasi untuk terus hidup, hidup untuk mencari Tuhan dan juga ketenangan diri serta perjuangan untuk meneruskan kehidupan. Saat itu aku dapat rasa yang semangat aku naik, kekuatan diri itu datang tanpa dipaksa-paksa. Oleh kerana motivasi hidup yang datang berkobar-kobar tiba-tiba boleh hilang tiba-tiba juga dan kemudian buat aku down balik, maka aku perlukan semangat itu balik secepat mungkin sebab itu aku kena dengar benda baik berkali-kali.

Nak cari ceramah yang bagus-bagus kalau dah like dalam youtube tu senang, masalahnya nak dengar balik tu tidaklah semudah mula-mula tadi apalagi bila kuota internet habis!!!!!

Thursday, November 13, 2014

Penat - Rapuh

Penat.

Kalau ada cara untuk tulis ayat yang boleh define rasa penat yang tidak terhingga ni, aku akan usahakan untuk tulis, insha Allah. Cuma aku masih tak dapat cari ayat mahupun bahasa yang paling telus untuk define rasa sebenarnya.

Begitulah lazimnya bila punya hati yang sangat perasa, emosi yang sangat berantakan dan jiwa yang sangat jauh hampir rapuh.

Friday, October 31, 2014

Niat dan Hijrah

Aku sedang berkira-kira, bukan aku seorang sahaja sebenarnya tapi lebih tepat, keluarga aku.
Sekarang ini masih dalam tempoh bila dan bagaimana?
Takut, Teruja, Seram, Ngeri, Suka, Gembira, Nekad, Tekad - semua rasa itu berkumpul menjadi satu.
"is this for real?"

Entahlah, aku sendiri pun tak habis berkira-kira lagi, tak habis fikir akan keadaan sebelum dan sesudah, tidak habis mati membayangkan nanti akan memijak tanah yang sudah tidak ada bau kampung, mungkin juga akan bertarung dengan peritnya dingin debu-debu putih yang menjamah sekerat musim.

Tiada harapan aku paling besar setakat ini selain dari meminta di permudahkan segalanya selain diterangi olehNya jalan mencari kehidupan baru (mungkin) di bumi asing (jika diizinkan olehNya).


p/s : Niat & Hijrah, Amin.



Tuesday, October 21, 2014

Rentetan 21/10/2014

Ini lebih kepada rentetan tentang post aku yag lepas, dan aku rasa ini yang paling dekat utk explain keadaan dan maksud yang aku ceritakan. Semoga Allh memberkati kita semua selalu.Amin.




Tuesday, October 7, 2014

not in their shoe 17092014

Aku dua tiga minggu ni serabut sebab anak-anak tukar taska, sebabnya ? aku berbalah dengan tokey taska, ceritanya agak panjang jugak lah jadi aku malas nak cerita. Lantakkan saja!

Si tokey tu stopkan anak-anak aku immediately, so aku pun bercuti rehat cara emergency jugak lah. banyak hari jugak aku bercuti then balik ofis aku diasak soalan macam-macam, nak tak nak aku cerita jugaklah kejadian sebenar dan as usual kita akan dengar usul macam-macam dari pelbagai jenis dan latarbelakang ofismate. Aku diam jelah banyak, paling tinggi pun aku akan cakap bertahan jelah selagi boleh.

Aku tau niat mereka baik, nak tolong meringankan beban aku nak bantu menyelesaikan masalah aku tapi aku rasa ada keadaan bila kita sebenarnya tidak mahu cadangan apa-apa dari orang lain selain dan cukup sekadar mereka mengerti keadaan aku.

Ibaratkan, kau diberi satu jalan panjang yang banyak lekuk-lekuk tapi sebab dah tak de pilihan lain maka terpaksalah juga kita redah dan tiba-tiba kau jumpa seorang yang kau kenal kat tengah perjalanan, duduk tepi pulak tu tapi sebab dia cuma nampak jalan yang ada depan dia dan tak melalui jalan yang kau dah lalui awal-awal tadi, maka dia pun mula memberi tips, memberi cadangan-cadangan yang sesetengahnya itu tidak mampu pun nak melepasi bukit-gunung berlekuk yang ada di depan, tapi sebab dia tak nampak gunung dan bukit itu dek terlindung oleh pokok-pokok balak yang lebih besar dari sepemeluk, maka dia menjangkakan perjalanan itu hanyalah perjalanan ala kadar sahaja.

Faham tak maksud aku?

Sebenarnya, mudah je : kalau kau bukan di tempat orang itu tak payahlah kau nak memandai-mandai mengatur kehidupan orang itu tentang apa yang perlu dan apa yang tidak, diam, dengar dan cuba mengerti sudah sangat-sangat membantu sebenarnya.


p/s : Sorry, tajuk tulis dalam bahasa inggeris, tapi isi tidak.

Friday, October 3, 2014

Pena


Tuesday, September 23, 2014

ketuk kepala sendiri! padan muka!!!

Nak jadikan iktibar untuk diri sendiri.

Aku memang bukan jenis yang suka mengadu-domba tentang apa-apa pun pada orang lain, sangat payah! tapi bila aku tercakap serba-sedikit tu makna nya aku memang dah tak tertahan dengan apa yang aku pendam. Itupun hanya dengan orang-orang tertentu sahaja. Nak share dengan ramai-ramai memang tak akan!!!

Tapi itupun tak pernahlah aku bercerita sampai atas-bawah kisah aku, nak kan clean and jerk sampai orang tahu serba-serbi. Tak pernah!!

Dan tiba-tiba, bila ada antara seorang-dua orang terpilih untuk aku bercerita itu mula menjudge aku sekian-sekian. Aku terkilan. teramat sangat.

Sekarang, aku nak padankan muka sendiri, tulah siapa suruh ringan sangat mulut bercakap, kan dah orang kata kau macam-macam jadi kau ketuklah kepala sendiri. Biar rasa sakit!!
itulah sebabnya kenapa aku jaki sangat nak percaya orang!! selalu sangat terkena :(

P/s : was on my draft dated 9122013

Friday, September 19, 2014

sejarah 19092014

Sejarah bukan seni bernostalgia, tetapi sejarah adalah ibrah, pelajaran, yang dapat kita tarik ke masa sekarang, bagi mempersiapkan masa hadapan yang lebih baik - Negara 5 Menara

Saturday, September 13, 2014

Menses 13092014

Dua kali puasa berturut-turut aku tak mengganti, hampir2 tahun aku tak lalu kat bahagian tuala wanita di supermarket dan selama itulah juga aku tak diberi cuti solat, itupunnnnn liat jugak.

Then, hari ni tiba-tiba dia datang menjenguk. Lega sikit hati sebab benda normal dah balik pada badan aku. Cumanya yang tak tahan sekarang ni ialah kepala aku berdenyut-denyut sakit masalahnya aku dengan budak-budak je sekarang ni.

Jangan tumbang sudahlah.

Wednesday, September 10, 2014

Mak 10092014

Lewat-lewat petang begini aku pun dah tak de mood sangat nak buat kerja, tapi dalam pada malas-malas tu aku belek la juga sambil-sambil dengar ofismate aku berborak sesama diorang. Mula-mula cerita biasa-biasa je, pasal jadual kaunter, pasal usb charger, pasal tupperware, kemudian masuk tiba-tiba cerita pasal mak.

Makin lama aku dengar, entah tiba-tiba hati aku jadi kecik terus diam-diam aku aku kesat airmata panas bawah mata. Dengar diorang cerita pasal mak yang akan masak semua makanan kegemaran kalau balik kampung, pasal mak yang sanggup cari ayam pencen semata sebab anak nak makan rendang ayam pencen, pasal mak yang nak juga jahitkan baju cucu tak kira mata kelam sekalipun dan part yang paling aku tak tahan ialah bila dengar member tu cerita mak dia sanggup bangun pagi-pagi setiap hari sebab nak siapkan sarapan untuk anak dia pergi kerja biarpun dah beranak empat.

Terus aku teresak, ingat mak sendiri. Arwah mak, sebenarnya.


Allahummagfirli dzunubi waliwalidaiyya warham humma kamma rabba yana saghiro


Tuesday, September 2, 2014

Mangsa Keadaan 020914

Pagi tadi, aku dengan anak-anak lelaki aku yang dua orang menapak jalan kaki ke taska, jalan pelan-pelan sebab aku kesian dengan anak aku yang kena kejut bangun dan mandi terketar-ketar kemudian kena bawak beg galas kemudian berjalan kaki awal-awal pagi, aku pula kendong yang lagi seorang dengan tangan kanan dan kemudian tangan sebelah aku bawak beg galas 2 biji,  bekalan susu dan sabun cair dettol yang kehabisan di taska. Habis lenguh tangan aku lepas tu.  Anak umur 4 tahun manalah nak jalan macam kita yang tua ni, asyik-asyik dia kebelakang dan aku pun asyik-asyik berhenti dan suruh dia jalan depan aku, nanti kena langgar kereta sebab orang tak nampak atau mami tak nampak kalau kena culik orang kataku.

Sampai taska anak kecik aku meraung, nak tak nak dengan berat hati aku cium pipi dia kemudian jalan pergi tak toleh-toleh dah. Sampai rumah aku sambar beg tangan dan beg duit, tahan teksi dan bawa anak sulung naik teksi untuk dihantar ke sekolah. Sebelum nak hantar aku ke tempat kerja, kena la  rm12.70. Semuanya berlaku di waktu pagi, dengan jalan sesak, dengan kereta berpusu-pusu dengan nak kejar masa dan dengan anak-anak yang terpaksa menempuh kekalutan pagi-pagi.

Semuanya kerana jadi mangsa keadaan, orang lain buat hal aku anak beranak kena tanggung hadap semua hal. Takde daya nak mengamuk walau hati ada tersentil rasa nak meroyan. hmmmmm......

Tak ape la, aku harap setiap apa yang yang aku buat walau dengan hati terselit rasa, aku tetap dapat reward yang baik samada untuk kehidupan dunia ataupun akhirat. Aku harap anak-anak aku juga mengerti bahawa dalam hidup tidak semua mimpi indah dan angan-angan akan jadi kenyataan malah terkadang ada perkara yang sangat tidak terjangka akan ditempuhi, apalagi bila ibunya adalah aku. Manusia yang penuh dengan emosi dan rasa hati.


Friday, August 29, 2014

Alasan tak tahu 29/8/2014

Bertahan atas alasan yang tidak tahu apa?

ke memang aku yang bermasalah dengan diri aku sendiri?

Entahlah, aku keliru, bingung dan tak faham. Takkan nak berlakon macam takde apa-apa jadi? mula-mula memanglah kau boleh buat diam, tapi aku berani bet yang kau tak mungkin akan terus bertahan untuk berlakon. mesti ada hari kemuncaknya kau akan tadah semua perkara untuk diungkit dan diperkatakan kembali. percayalah, kerana aku yakin memang akan jadi begitu.

Dan ketika ini aku masih dengan hatiku yang ada sedikit rasa yang aku tak tau nak explain macamana tapi lebih kuranglah macam yang aku tulis kat atas tu. Tunggu je la kot. Tapi aku tetap berharap tak jadi benda yang aku tak nak. 

Itu je.

Wednesday, August 27, 2014

Hari ini 27/8/2014

Tak tau kenapa hari ini aku rasa macam hidup aku sangat statik, aku rasa tak terlarat dah nak menanggung kebosanan aku terhadap keadaan sekeliling. Malas bercakap, malas buat kerja, malas nak bangun dari kerusi dan malas segala-gala.

Aku harap aku jumpa jalan untuk diri dan kehidupan ini.

Monday, August 25, 2014

Apakah?

Ada perkara yang kita takut dan tak mahu terjadi pada kehidupan kita tapi dengan izin-Nya tetap saja terjadi. Dan ini apa yang aku benar-benar takuti bukan sebagai manusia tetapi dalamnya sebagai seorang ibu  yang punya anak tiga-lelaki semuanya.

Semakin hari aku semakin jauh dari aku yang aku mahu, semakin hari juga aku semakin sedar bahawa diriku sudah semakin menjauh dari diriku yang aku mahu jadi.

Hipokritkah aku? atau
Inikah sebenarnya diriku?


Monday, August 18, 2014

Doubt

Aku tidak tau kenapa setelah lama mencari dan bila aku rasa jalan yang aku ikuti itu adalah jalan yang paling lurus dan paling match sekali dengan apa yang aku sedang lalui tiba-tiba menjadi perkara yang paling aku 'doubt' sekali.

Memang menakutkan malahan aku rasa diriku semakin kecil dan jauh dari Yang Maha Segalanya. Aku tidak minta adanya perasaan begini menyelit dalam jiwa dan sekarang aku minta biarlah perkara terbaik yang akan ditunjukkan kepada aku dalam menjadi manusia hamba Allah sebenar.

Tunjukkan aku jalan...
:(

Monday, August 11, 2014

Aku tak pernah tahu perempuan yang membaca punya class dia sendiri, apalagi kalau perempuan itu menulis.....

A Girl You Should Date

Date a girl who reads. Date a girl who spends her money on books instead of clothes. She has problems with closet space because she has too many books. Date a girl who has a list of books she wants to read, who has had a library card since she was twelve.
Find a girl who reads. You’ll know that she does because she will always have an unread book in her bag. She’s the one lovingly looking over the shelves in the bookstore, the one who quietly cries out when she finds the book she wants. You see the weird chick sniffing the pages of an old book in a second hand book shop? That’s the reader. They can never resist smelling the pages, especially when they are yellow.
She’s the girl reading while waiting in that coffee shop down the street. If you take a peek at her mug, the non-dairy creamer is floating on top because she’s kind of engrossed already. Lost in a world of the author’s making. Sit down. She might give you a glare, as most girls who read do not like to be interrupted. Ask her if she likes the book.
Buy her another cup of coffee.
Let her know what you really think of Murakami. See if she got through the first chapter of Fellowship. Understand that if she says she understood James Joyce’s Ulysses she’s just saying that to sound intelligent. Ask her if she loves Alice or she would like to be Alice.
It’s easy to date a girl who reads. Give her books for her birthday, for Christmas and for anniversaries. Give her the gift of words, in poetry, in song. Give her Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Let her know that you understand that words are love. Understand that she knows the difference between books and reality but by god, she’s going to try to make her life a little like her favorite book. It will never be your fault if she does.
She has to give it a shot somehow.
Lie to her. If she understands syntax, she will understand your need to lie. Behind words are other things: motivation, value, nuance, dialogue. It will not be the end of the world.
Fail her. Because a girl who reads knows that failure always leads up to the climax. Because girls who understand that all things will come to end. That you can always write a sequel. That you can begin again and again and still be the hero. That life is meant to have a villain or two.
Why be frightened of everything that you are not? Girls who read understand that people, like characters, develop. Except in the Twilight series.
If you find a girl who reads, keep her close. When you find her up at 2 AM clutching a book to her chest and weeping, make her a cup of tea and hold her. You may lose her for a couple of hours but she will always come back to you. She’ll talk as if the characters in the book are real, because for a while, they always are.
You will propose on a hot air balloon. Or during a rock concert. Or very casually next time she’s sick. Over Skype.
You will smile so hard you will wonder why your heart hasn’t burst and bled out all over your chest yet. You will write the story of your lives, have kids with strange names and even stranger tastes. She will introduce your children to the Cat in the Hat and Aslan, maybe in the same day. You will walk the winters of your old age together and she will recite Keats under her breath while you shake the snow off your boots.
Date a girl who reads because you deserve it. You deserve a girl who can give you the most colorful life imaginable. If you can only give her monotony, and stale hours and half-baked proposals, then you’re better off alone. If you want the world and the worlds beyond it, date a girl who reads.
Or better yet, date a girl who writes.
– Rosemarie Urquico –
Copy from HERE

Monday, August 4, 2014

Raya 2014

Salam Aidilfitri 2014

Tak dak benda sangat nak cakap walaupun banyak kejadian-kejadian yang tidak terjangka-jangka, presepsi juga banyak yang lari dari kebiasaan tapi satu perkara yang tidak lari dari jiwaku ialah aku rindukan bapa, adik, abang-abang dan kakak-kakak aku kat kampung.

Pecah sejarah, tahun ni aku raya kat Pattani, thailand. Tapi sebab aku datang untuk beraya bukan melancong jadi aku tak de gambar-gambar gempak macam orang lain selalu buat sebagai bukti, takpe aku tahu. Cuma satu saja niat tak tercapai sebelum sampai sana, nak pergi solat kat masjid krue sea.





Insha Allah, next time.

Friday, July 4, 2014

Lagu Kehidupan

berdirilah pada paksi yang nyata. Hidup ini sentiasa berliku jalannya, jangan diharap tiada onak dan kesakitan, jangan diminta tiada ombak dan lautan.

Begitulah alkisahnya kehidupan. Kalau kau ratap sungguh hidup akan jadi ranap. 
Jadi berhentilah meratap, bukan itu pun yang kau mahu sebenarnya, meratap tidak lebih dari sekadar lolongan hati. Lega sekejap tapi beban tetap juga tak kurang-kurang.

Percayalah Tuhan memberi kekuatan kepada manusia dengan cara-Nya yang paling unik. Bila dihenyak dugaan mungkin kau fikir kau tak mampu bertahan tapi tanpa disangka-sangka dalam rasa keputus-asaan yang kau rasa, dugaan itu perlahan-lahan hilang dan meringan, kemudian kau senyum lega selepas itu. betulkan? 

Sebenarnya disitulah sebenarnya makna dugaan, Tuhan beri kau kekuatan yang kau tak sangka kau ada. Dan mungkin kecekalan yang kau tak pernah kau tahu kau mampu. kekuatan yang belum tentu semua manusia yang diuji perkara serupa mampu bertahan sepertimana kau bertahan.

Itu alasan kenapa kau wajib untuk terus meminta, minta untuk terus diberi kecekalan dan kekuatan hati untuk terus bertahan, isikan jiwa yang serabut dengan terus meminta dan kemudian selitkan juga rasa redha dalam hati atas apa yang berlaku. Aku bukan ujub, mungkin sangat terlalu jauh dari ujub itu sendiri, tapi aku bagitahu cerita benar, aku pernah dalam keadaan itu. Yang ketika hati aku terasa seperti ada satu lubang besar di tengahnya, yang bila kau cuba untuk cari keseronokan lubang itu tetap saja besar dan semakin hitam, diri jadi semakin serabut, tidak terkata. Kemudian aku cuba raih kasihan dari manusia-manusia sekeliling tapi macam tu juga. Lubang yang bila aku tarik nafas dada aku sakit, lubang yang bila aku hembus nafas, jantung aku sakit. Rasa yang bila setiapkali aku benafas aku rasa pedih. sakit sangat.

Tapi, bila aku cuba kaedah 'back to basic' sungguh aku tak sangka aku mampu bertahan, walaupun lubang besar yang aku cakap tu masih ada tapi sekurang-kurangnya aku tidak lagi merasa perit samada bila bernafas, mendesah atau  hembus. Ringan sikit aku rasa. Kepala pun takde la rasa macam nak hantuk kat dinding sampai pecah.

Aku masih dalam proses terus istiqamah untuk mengamalkan, memang bukan senang tapi bila fikir ganjaran yang aku dapat (samada ganjaran dunia atau akhirat) aku kuatkan hati. Sampai saat ini pun aku masih minta supaya hati aku kuat dan tidak goyah, aku pun takut sebenarnya kalau aku tidak mampu meneruskan. malu pada diri sendiri, malu pada Allah.

Kalau ada sesiapa yang pernah rasa lebih kurang macam yang aku rasa, aku suggest 'back to basic' je. percayalah, kau pasti akan jumpa jalan.

Friday, June 13, 2014

Aku dan Budak Baru

Mungkin aku tidak patut untuk menulis tentang ini tapi sebab aku rasa ini tidak lebih dari satu perkara yang memberi aku satu cara baru melihat manusia maka aku tuliskan.

Mukadimah.

Siapa yang kenal aku dengan rapat pasti tahu bagaimana akrabnya aku dengan buku, bagaimana cintanya aku pada buku dan kisah dalam buku, bagaimana aku mampu beremosi dengan mudah hanya kerana tulisan-tulisan kemas yang menyerlah berkata-kata dalam buku. Lalu kerana itu aku memilih untuk sentiasa berada bersama buku.

Aku sudah lama berhenti membaca  novel-novel cinta melayu yang semakin berlambak di pasaran, aku memilih untuk tidak mahu lagi membaca cerita-cerita fantasi yang direalitikan oleh penulis-penulis muda yang kadang-kadang terlihat sungguh terdesak membuat kisah. Ini kerana aku rasa aku tidak mampu beradaptasi dengan cerita fantasi yang direalitikan oleh penulis-penulis muda, maka aku berhenti dan kemudian mencari sesuatu pembacaan baru yang mampu beri aku desahan nafas yang lebih sesak, yang mana mampu membuat air mata aku mengalir tanpa diminta-minta, tanpa dipaksa-paksa.

itu kisah aku dengan buku.

Alkisahnya.

Tengahari tadi aku masih didepan PC menunggu giliran aku untuk menunaikan jadual kerja kaunter, kemudian lalu ditepi adalah seorang budak baru yang akan memulakan kerja kaunternya baru hari ini, kemudian tanpa niat disebalik aku tegur dia dan ingatkan dia untuk makan tengahari lebih awal dari kebiasaan kerana jadual kaunternya. Dia menggeleng menyatakan tidak mahu makan kerana telah kenyang. Ok. aku kira itu perbualan paling common antara aku dengan dia.

Tiba-tiba dia terpandang Novel Andrea Hirata -Lasykar pelangi atas mejaku, dengan nada sinis dia berkata " ehh baru nak bace?, saya dah lame dah baca buku ni, best". Aku senyum, ya aku baru mahu membaca buku ini itupun setelah aku membaca kesemua tetralogi laskar pelangi yang lagi enam. Tapi tidak pantas lidahku berkata begitu dan aku cuma menjawab saya memang suka membaca.

Mungkin cerita aku dengan budak baru ini biasa-biasa sahaja tapi aku sedikit terkesan pada nada suaranya berkata tentang buku yang aku SEDANG baca. mungkin dia fikir mendahului seseorang dalam pembacaan adalah hebat tak tergugat.

Dan selepas aku berkata aku memang suka membaca budak baru itu kembali menyambung, " saya pun suka buku, setiap kali ada pameran buku saya memang pergi dan beli buku novel banyak-banyak, last sekali saya ke Big Bad Wolf saya nak cari buku life of P.I tapi tak jumpa" katanya. Aku betulkan " Life of Pi" dan hanya setakat itu sahaja yang aku mampu.

Mungkin aku sudah tiada hati mahu menunjuk-nunjuk, syukur juga untuk kisah kami tengahari tadi aku mampu untuk menahan diri dari menjadi riak. biarlah.

Buku, pada seseorang mungkin sekadar bahan yang boleh dibaca dan perlu dihabiskan sampai situ sahaja, tapi pada aku buku yang aku baca aku mahu jadi satu kisah yang melekat dalam jiwa bila ianya sungguh mengesankan, kerana itu aku memilih untuk berhenti dari membaca novel yang muluk-muluk. Aku mencari satu kisah yang bukan sahaja mampu meruntun rasaku tapi memberi aku nilai jiwa yang lebih besar.

Maaflah, mungkin aku agak pesimis dengan novel-novel mainstream di pasaran tapi itu tidak bermaksud aku membenci mereka dan peminat-peminat mereka, cuma kerana aku memilih untuk tidak membaca mereka. Jangan pula ada yang judge aku sampai melaknat. Ingin sekali aku dimengertikan dalam hal ini.


Anggap saja ini catatan bodoh aku dan si budak baru juga luahan aku kerana buku. Itu saja.



Wednesday, June 4, 2014

mengadu

Aku tak tau samada nak terus suruh untuk bersabar atau apa? - Kata seorang sahabat baikku.

Aku gelak geli hati, aku faham bila seseorang itu telah terlalu bersabar dan bila dia hampir-hampir patah dalam bersabar perkataan sabar itu sendiri bawa maksud yang sangat sedikit dalam diri. Mungkin juga hampir kepada hilang sabar.

Aku faham perasaan dia, tapi aku tak tahu nak respon macamana, mungkin aku boleh dengar tapi setakat dengar tanpa cakap apa-apa mungkin tidak akan membantu - Kata dia lagi.

Aku angguk-angguk, ya, lazimnya manusia memang perlukan seseorang untuk meluah rasa yang terbuku dalam hati. Dan kadang-kadang juga manusia lebih selesa bila ada orang yang sudi mendengar luahan hati tanpa perlu berkata apa-apa, tapi tidak dinafikan ada juga manusia sebaliknya, dia lebih selesa bila kawan 'telinga'nya sama-sama mengutuk, sama-sama mengata, walau sekadar setakat hanya untuk menyenangkan hati saja.

Tapi, keadaan sama akan terus jadi berulang-ulang, hari ini dia mengadu, lusa mengadu lagi, tiga hari kemudian mengadu lagi dan mengadu semua perkara yang sama - Dia sedikit mengeluh.

Lalu, aku teringat dalam satu ceramah atau buku yang pernah dibaca atau benda yang sedang viral di media social, entahlah, tapi katanya lebih kurang begini- manusia kalau dia mengadu pada manusia juga, dia tidak akan dapat apa-apa kerana mungkin bila mengadu dengan manusia kita akan rasa ringan tapi bebanannya tidak akan hilang dan manusia bila dia mengadu dengan yang Rabb, meminta sungguh-sungguh bukan sahaja beban itu diringankan malah mungkin boleh 'lift-up' begitu sahaja, dengan kuasa kasih-sayang dan rahmatNya.

Aku diam, mungkin inilah yang sepatutnya, dia sepatutnya cari Ya Rahman-Rahim (Pengasih-Penyayang) dalam setiap deritanya.



Monday, May 26, 2014

EDENSOR - ANDREA HIRATA

"Jika ingin menjadi manusia yang berubah, jalanilah tiga hal ini: sekolah, banyak-banyak membaca Al Qur'an, dan berkelana." 

Wednesday, May 21, 2014

Berubah

Manusia berubah itu yang pasti.
Cuma perubahan itu yang bagaimana?
Mungkin baik dan menjadi lebih baik atau juga jadi baik kemudian menjadi setan.
Itu semua dari tangan kita.
yang penting istiqamah hati itu kuat, untuk keduanya-Baik dan Buruk.


Aku harap aku masih tegak.
Sebab akhir-akhir ini aku selalu kerap sangat tergelincir, sangat kerap.
Dan dah berkali-kali aku bangun tapi aku tak tahu kenapa tetap saja aku terseliuh
Kadang sampai tergolek terbongkang, kadang tersadung sikit tapi tak jatuh.

Rasa macam meniti titi yang sebesar lidi. Sempit dan perit.

Aku ada dengar ceramah youtube, kata DrMaza hidup ini perjuangan. Hassan Al-Basri pun berjuang melawan nafsu sebelum beristiqamah selama 40 tahun sebelum berjaya yang itu ahli tabeen', yang aku ni?

Takut benar aku, takut benar rasanya kalau tergelincir lagi, letih dah sebenarnya nak bangun balik kemudian susun langkah baik-baik.


Friday, May 16, 2014

Melankoli manusia

Entah lah apa jadi dengan manusia sekarang.

Buat sikit rasa diri hebat, buat banyak rasa diri maha hebat
Tuhan letak tepi yang penting dirinya terasa besar dan punya kuasa sehebat yang Rabb.

Sana-sini nampak koyak rabak kain orang
Tapi rabak diri sendiri tak sedar-sedar.

Alahai, manusia zaman sekarang
apalah nak jadi dengan kita semua?

Aku baik, Kau buruk
Aku bagus, Kau busuk
Aku cantik, kau hodoh

Semua yang cantik-molek atas kau
Semua yang celaka-cilanat atas orang lain

Berdiri, tegap-tegap
Pandang, kejap-kejap
kau tengok dalam-dalam
Hati kau warnanya yang mana

Kalau masih tak tepu-tepu
Kalau masih hitam kelam
kau kena fikir balik-balik
Level mana dah kau jadi manusia sebenar?

Level Ahmad ibn Hanbal kah? kalaupun bukan Nabi?

Kalau belum, kau pasak diri sendiri
kau pasung hati, ajar dan belajar
jadi manusia yang sentiasa sedar dan tahu tunduk kepada yang Satu




Saturday, May 10, 2014

Bangun dan Jatuh

Tidak tahu kenapa bila setiap kali aku cuba untuk jadi baik aku akan tergelincir. Aku cuba bangun balik dan kemudian merangkak tapi entah kenapa aku tetap akan jatuh, aku cuba untuk bangun balik ambil balik semangat untuk melawan dugaan tapi masih aku tetap akan jatuh tergelincir.

Aku tahu aku bukan maksum, aku manusia biasa yang berdepan dengan cerita hidup yang pelbagai, dan bila cerita hidup aku itu adalah perit aku jatuh walau betapa kuat aku bertahan.

Berusaha menjadi lebih baik dari semalam memang bukan senang dan rupanya usaha itu betul-betul tidak pernah mudah.

Orang sekeliling aku bagi nasihat serupa "teruskan, teruskan, teruskan". Tapi melakukan sesuatu perkara baik dengan jiwa yang penuh pengharapan tidak semudah berkata senafas teruskan.

Aku tidak tahu akan berapa lama lagi aku perlu berjuang untuk diriku sendiri dan aku tidak tahu berapa lama perlu aku bertahan. Tapi hatiku masih kuat mahu berubah, berubah untuk menjadi seorang manusia yang sekurang-kurangnya lebih baik dari siapa aku yang sebelumnya.

Friday, May 9, 2014

what Mother Theresa told about HUMILITY

“These are the few ways we can practice humility:

To speak as little as possible of one's self.

To mind one's own business.

Not to want to manage other people's affairs.

To avoid curiosity.

To accept contradictions and correction cheerfully.

To pass over the mistakes of others.

To accept insults and injuries.

To accept being slighted, forgotten and disliked.

To be kind and gentle even under provocation.

Never to stand on one's dignity.

To choose always the hardest.” 
― Mother TeresaThe Joy in Loving: A Guide to Daily Living

Thursday, May 8, 2014

The Paradoxical Commandments


People are illogical, unreasonable, and self-centered.
Love them anyway.

If you do good, people will accuse you of selfish ulterior motives.
Do good anyway.

If you are successful, you will win false friends and true enemies.
Succeed anyway.

The good you do today will be forgotten tomorrow.
Do good anyway.

Honesty and frankness make you vulnerable.
Be honest and frank anyway.

The biggest men and women with the biggest ideas can be shot down by the smallest men and women with the smallest minds.
Think big anyway.

People favor underdogs but follow only top dogs.
Fight for a few underdogs anyway.

What you spend years building may be destroyed overnight.
Build anyway.

People really need help but may attack you if you do help them.
Help people anyway.

Give the world the best you have and you'll get kicked in the teeth.
Give the world the best you have anyway.” 
― Kent M. KeithThe Silent Revolution: Dynamic Leadership in the Student Council

Wednesday, May 7, 2014

Percaya

Kita seharusnya percaya yang setiap perkara yang kita mahukan itu akan tercapai, jika kita betul-betul percaya. Bila kita percaya betul-betul yang sesuatu perkara itu akan terjadi sebagaimana apa yang kita percaya ia akan berlaku begitu.

Jadi, kalau kau mahu jadi jutawan kau hati kau kena percaya yang kau akan jadi jutawan satu hari nanti. Tapi setakat percaya tapi tak buat apa-apa kepada apa yang kau percaya itu adalah musibah.

Kalau kau percaya, kau kena percaya betul-betul bukan setakat dalam hati tapi seluruh jiwa manusia kau kena percaya apa yang kau percaya dan selepas percaya seluruh jiwa raga itulah kau automatik akan terpandu jiwa, diri, badan dan hati kau untuk berusaha merealisasikan kepercayaan kau itu.

maksud aku senang, kalau kau nak bahagia, kau wajib percaya yang kau akan bahagia dan kemudian kau mesti BERUSAHA untuk mencari bahagia.

Percaya sahaja tanpa usaha, tiada makna.

Usaha tapi tidak percaya, sia-sia.

Nak, kena Percaya dulu kemudian Usaha, 100% separuh mati. Insha Allah, Tuhan nampak, tahu, makbul dan Tunaikan.

cubalah dulu.

Tidak Tertanggung

Kalau kau pernah kata, we start all over again. Tolong buat cara start all over again betul-betul. kalau kau tak faham apa itu start all over again betul-betul kau belajar dulu, observe dulu, cari solution untuk faham dulu baru propose dan apply.

Sebab, kalau kau tak benar-benar tahu dan faham maksud sebenar start all over again itu kau akan terus buat benda sama berulang-ulang dan kejadian meruntun jiwa juga akan berlaku berulang-ulang. Cumanya bila perkara meruntun jiwa itu jadi bertimpa-timpa, akan muncul satu hati yang akan jadi batu dan keras kemudian tidak terkawal. Ketika itu, start all over again sudah tidak bawa apa-apa makna sikitpun dah.

Tidak tertanggung dan meletus tidak terkawal.


Tuesday, April 22, 2014

Brain VS Heart


Thursday, April 17, 2014

Beliau

Kami di sabah ada satu gelaran khas untuk orang tua-tua, tidak kiralah orang tua tu adalah orang-orang veteran yang tidak ada kena-mengena dengan kita ataupun ibu-bapa kita sendiri, mereka akan dipanggil 'beliau'.

Contohnya,

"habislah kau kalau beliau tau kau mencuri" maksudnya habislah kau kalau bapa tau kau mencuri (sekiranya ini adalah perbualan adik beradik)

atau.

'yang mana satu beliau kau ni ? maksudnya 'bapa/ayah awak yang mana satu? (sekiranya itu adalah perbualan kawan-kawan)

pendek kata, selain daripada panggilan yang kita 'address' kan kepada seorang yang sudah agak tua/berumur, beliau juga adalah panggilan general kepada mak-ayah kita, jika mak maka akan dipanggil beliau perempuan dan bapa akan dipanggil beliau lelaki untuk lebih sepisifik lagi.

Walaupun aku agak kurang menggunakan perkataan beliau untuk address ayah aku mahupun memanggil ayah aku dengan perkataan itu tapi aku tetap tidak punya masalah jika orang sekeliling aku menggunakan perkataan tersebut kepada aku. Biasanya kalau adik-beradik aku dalam wassap contohnya, mereka prefer untuk address ayah aku dengan beliau tetapi aku pula lebih selesa kekal dengan gelaran bapa.

Aku bukanlah anak yang baik kepada bapa aku, satu ketika dulu ketika aku masih muda remaja lagi aku banyak mencipta konflik antara aku dengan bapa, selalunya konflik emosi. Sebagai remaja yang dikategorikan sebagi anak rebel aku selalunya akan memberontak menggunakan perangai aku berbanding kata-kata, samada berjalan menghentak kaki, menghempas pintu bilik sekuat tenaga atau terus berkurung dalam bilik. Itu adalah contoh pemberontakan aku yang paling keras kalau sampai lari dari rumah aku memang tak pernah buat walaupun hati aku ada berkali-kali terdetik, tapi sebab aku tahu bapa aku yang panas baran tapi cerewet itu ada kaedah lebih dahsyat untuk menghukum aku jika aku lari dari rumah maka itu membuatkan aku memang tak berani nak buka satu langkah pun untuk keluar rumah.

Masa aku kahwin dulu (aku rasa aku pernah tulis tentang kisah bagaimana aku kahwin) aku memang set dalam otak yang bapa aku mesti akan mengamuk sakan kat aku, but amazingly, sebaik saja dia tahu aku mahu berkahwin (selepas disampaikan oleh abang aku sebab aku tak berani nak cakap sendiri) aku mula dapat melihat sisi 'halus' bapa aku yang aku tidak pernah sangka dia boleh ada.

Bapa aku yang selama ini aku nampak sebagai raksasa rupanya tidaklah seperti itu, aku ingat lagi sebelum nak nikah aku bercakap dengan dia dalam telefon, letak je telefon terus luruh hati aku, seram sejuk badan aku. Kenapalah sebelum ini aku tidak nampak ayah aku yang 'lembut hati?'

Sebenarnya, sampai ke hari ini aku agak terkilan kerana aku tidak punya peluang untuk membetulkan tanggapan aku kepada bapa aku sebelum ini, aku terlepas masa yang mana aku sepatutnya habiskan bersma dia, mengenali dia dan sepatutnya melayan dia. Dan rasa bersalah itu aku tanggung sampailah aku beranak 3, lebih-lebih lagi bila aku ditakdirkan untuk punya anak-anak lelaki sahaja. Aku sepatutnya ada banyak kisah tentang bapa aku, atuk mereka untuk aku ceritakan kebaikan dan kehebatan dia sebagai bapa tapi nampaknya aku tidak mampu.

Bayangkanlah apa perasaan aku bila setiapkali aku nampak wajah excited bapa aku bila cucu-cucu melayunya (anak-anak aku) yang dia sendiripun jarang jumpa tanpa hesitation datang dan duduk atas riba bapa aku, yang kemudian akan belek telapak tangannya atau pegang muka bapa sambil berkata "kesian atuk dah tua".

Sungguh, aku dihempap bertan-tan rasa bersalah yang tidak berpenghujung kerana tidak pernah mahu menghabiskan masa dengannya saat aku punya peluang satu masa dulu. Apa yang aku mampu buat sekarang ini hanyalah bertanya khabar itupun kadang-kadang aku terskip juga 4-5 hari tidak bertanya khabar. Derhaka sungguh aku.

Entahlah, setiap kali aku bercakap dengan bapa di telefon hatiku jadi sebak, terbayang mata tuanya, terbayang rambut penuh ubannya, terbayang seluar pendek ala tomoi nya, terbayang senyuman manis dengan gigi palsunya dan terbayang juga dia terbaring di atas katil biliknya keseorangan.

Janganlah cepat sangat masa berlalu, aku masih dalam proses cuba untuk 'membetulkan' kesalahan-kesalahan yang sepatutnya aku tidak patut buat pada bapa aku dulu, aku masih berusaha untuk 'mengenali' bapaku dari sisi yang aku tidak pernah kenali sebelum itu, aku masih dan sebenarnya sedang beristiqamah agar aku mampu menjadi anak perempuan bapaku yang baik kepada ayahnya yang dia banyak berdosa satu ketika dulu.

Tolong, doakan aku agar aku sempat untuk meminta ampun dari bapaku sebelum dia menutup mata. (crying)






Wednesday, April 9, 2014

Kemana lagi terbangnya hati?

Pada siapa lagi tempat mengadu bila hati berselirat serabut? 
Kalau bukan DIA.

Thursday, April 3, 2014

Rindu

Rindu benar aku dengan blog ni, rindu benar aku nak pulun menulis rasa, rindu benar aku nak membebel kemudian rasa bodoh sendiri sebab menulis sambil menangis dengan blog ini, rindu benar aku dengan segala benda yang aku tulis ini, rindu benar aku dengan segala macam tulisan yang kemudian memuhasabahkan diri aku dalam blog ini, dan yang paling rindu benar ialah bila aku baca balik semua satu-persatu apa yang aku tulis ini jelas aku nampak graf hidup aku yang turun naik sepanjang tempoh keberadaan aku dalam blog ini dan sepanjang tempoh itu juga sumpah! aku semakin melihat pelbagai sisi perasaan dan laluan kehidupan yang aku lalui itu adalah semata-mata aturan dari yang Esa, tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

Dan aturan itulah yang perlahan-lahan membentuk aku menjadi aku yang aku inginkan walaupun belum lagi sempurna tapi aku yakin jika aku kuat, istiqamah aku memang akan kearah itu. Insha Allah.

Friday, March 28, 2014

idea

Aku nak sangat untuk kerap menulis, maksud aku kerap ialah bila setiapkali ada idea yabg terlintas dalam kepala terus aku boleh tulis dan tulis dan tulis sampai puas hati kemudian baru publish, kalau tanyakan aku aku mahu setiapkali idea aku datang aku nak tulis dan publish.

Aku tahu aku bukan takde idea, aku manusia yang suka dan selalu berfikir, aku manusia yang punya mainan emosi paling kuat, aku manusia yang selalu ambil kisah tentang perasaan, sekecil manapun ia. Sebab itu aku perlu untuk menulis, meluah dan bercakap dengan 'sesuatu' bila aku tidak punya seseorang untuk berkongsi telinga dan hati.

Masalahnya idea aku yang berlambak-lambak itu selalunya timbul masa aku dalam keadaan 'tersepit' maksud aku masa aku tengah terkejar-kejar memasak sebab anak aku dah merengek-rengek kelaparan takkan masa tu juga aku stop dan menulis atas kertas, atau masa aku tengah mop lantai sebab lantai melekit gila dan anak kecik aku tengah bergayut kat baju aku sambil tarik baldi mop dan aku tengah bertahan sebab tak nak dia lepas tangan lalu jatuh tergelincir atau waktu aku tengah gaduh dengan laki aku dan kemudian itu adalah turn dia untuk cakap semua benda yang ada dalam hati tapi sebab keadaan masa tu sangat-sangatlah genting amatlah tidak sesuai untuk aku ambil kertas dan pen untuk tulis atau pandang telefon sambil taip semua benda yang timbul dalam kepala saat itu, memang tak patut sangat.

Tekanan mungkin penyumbang besar kepada timbulnya idea-idea dalam kepala aku, tapi aku sebenarnya dah letih dengan tekanan, sangat-sangat letih sampai aku mengharap untuk hidup dalam dunia tanpa tekanan.

takpelah, daripada nak menunggu aku ditekan dan tertekan baik lagi aku tunggu jelah mood aku datang nk menulis dan kemudian paksa diri aku berfikir apa yang aku nak tulis sebenarnya.





Tuesday, March 11, 2014

Berkatalah untuk sebuah rindu

Rinduku..
mahu aku berbisik kepadamu
betapa aku benar-benar kerinduan
dan rinduku itu cuma hanya aku…
Rinduku..
sakit rasanya perasaan
aku mahu terus merindumu
walau aku tahu rinduku tidak berpenghujung
Rinduku..
hatiku sayu
hatiku benar-benar sayu
sayu mengenangkan kerinduanku yang tidak pernah bertepi
Rinduku..
Andai kau bisa menterjemahkan rasa ini
terjemahkanlah dalam bentuk rindu
biar aku tahu dan aku bisa mengerti
rinduku yang tak bertepi ini
Masih ada yang simpati…

Monday, February 17, 2014

Saat Kematian (Bermulanya Perjalanan Alam Baru)

Pada manusia kematian adalah saat berakhirnya satu kehidupan, namun pada kematian tika itu adalah saat bermulanya satu perjalanan kepada satu keabadian diri, kematian boleh datang bila-bila masa tanpa di pinta, tanpa dijemput tanpa di undang dan kepada siapa, saat dimana dan waktu ketika semuanya bukan dalam jangkaan walau tekaan sesiapa pun. 
Segalanya adalah tiba-tiba….waima pada detik masa dan apa keadaan sekalipun…kematian adalah anugerah pada yang telah siap menerimanya hadirnya, kematian adalah pengabadian yang benar-benar mengembirakan pada seseorang yang telah lengkap perisai nya dan kematian adalah satu permulaan kepada satu alam yang semestinya indah pada mereka yang menantikannya…namun kematian hanyalah kesakitan yang maha pada yang tidak pernah mengharapkannya, kematian adalah penyeksaan yang terlalu panjang pada yang tidak pernah mahukannya dan kematian pastinya adalah perjalanan berliku, beronak dan berduri pada yang tidak pernah menbina benteng dan perisai yang cukup kukuh untuk dirinya…saat hadirnya kematian ada ketika ianya membawa kesedaran pada insan yang masih tinggal walau ada ketika ianya hanyalah perkhabaran sedih lagi pedih pada yang gerun padanya..namun, apa pun bentuk kematian ianya tetap kematian dan kepastian pada semua insan..pada yang muda, yang pertengahan,yang tua hatta pada yang masih belum mengenal dunia sekalipun…kematian pasti menjelma…dan saat itu tiada siapa yang akan mampu menolak hadirnya walau pada apa cara sekalipun…pada yang pergi, seribu doa dan harapan kepadanya semoga pengabadian di satu dunia barzakh adalah kebahagiaan padanya dan pada yang tinggal ianya adalah perjuangan hidup untuk melengkapi diri dengan perisai kukuh agar tidak terkapai-kapai di alam baru yang barzakh kelak…Amin.

[Dedikasi: ingatan Tulus Ikhlas, Doa & & Harapan untuk seorang Nenda yang kembali ke Rahmatulah pada 13 NOV 2008+- 8.20pm (khamis)]

December 1, 2008

Sunday, February 16, 2014

IF

If yesterday
i don’t pick the red rose
maybe my finger won’t get hurt
today

If yesterday
i don’t light up the candle
maybe my finger won’t get burned
today

if yesterday
i don’t step over the stone
maybe i won’t fall down
today

if yesterday
i don’t swim to the river
maybe i won’t get drowned
today

And, if i just know on everthing..

Saturday, February 15, 2014

Apa Yang Dicari?

Memang hati manusia tidak pernah puas malah juga tidak pernah cukup

kadang-kadang, pada mata kasarnya kita melihat segalanya cukup malah barangkali juga terlalu cukup, tapi sebenarnya disitu masih merasa seribu ketidakcukupan…tidak kira apa perkara sekalipun..yang material, yang batiniah, yang realistik malah yang biasa-biasa sahaja sekalipun..hatta pada perkara yang kecil sekalipun manusia memang tidak pernah merasa cukup..pada perumpamaan tidak pernah merasa cukup itu ialah..diberi betis mahukan peha..kalau pada perkataan normal nya ialah..tidak pernah bersyukur..walau, kadang-kadang kita bersyukur, tapi syukur itu hanyalah ucapan bibir yang bukan dari hati..kerana hati akan pastinya menginginkan lebih..malah mungkin tidak akan pernah puas…

Kisahnya Adam sekalipun, hidup merana kerana terlalu mengikut kehendak hati yang tidak merasa puas dan bersyukur atau pada anak-anak kembar Adam yang berbunuhan kerana mahukan sesuatu yang lebih….

Adakah itu kebenarannya, yang manusia namanya memang tidak pernah cukup dan merasa puas…

-

October 25, 2008