Tuesday, March 20, 2012

Non-halal eh?


Tidak tahu kenapa, tapi kalau dikalangan persekitaran saya sekarang asal sebut saja perkataan babi, semua akan buat muka semacam, seolah-olah perkataan babi itu adalah perkataan yang terlalu jijik untuk disebut apalagi untuk dibayangkan.

Ada sekali tu saya ditanya oleh seseorang tentang keturunan dan asal-usul, sebabnya dia nampak status bangsa saya adalah lain-lain walhal pakai tudung [katanya], bila saya jawab saya berbangsa dusun then,  tiba-tiba dia tanya, 'your parents agama apa?' , saya jawab 'islam',  bila nampak dia macam keliru dan pelik, tanpa fikir panjang saya katakan pada dia bahawa ibu-bapa saya adalah non-muslim tetapi convert lepas berkahwin, mungkin tertarik dengan itu dia kemudian tanya saya balik agama asal parents saya, dan saya jawab, sebelum islam, ibu saya adalah free-thinker dan bapa saya adalah kristian.

Saya kira itu adalah jawaban paling telus ketika itu.Sebaik saja dengar begitu, dia kemudian tanya saya balik sambil senyum-senyum, so, your parents pernah makan babi lah ek?, sekali lagi, kerana mahu bersikap telus saya jawab 'Ya', reaksi dia memang sudah dijangka, dia buat muka terkejut kemudian buat muka jijik yang teramat sambil senyum-senyum sinis. Mungkin sebab saya islam saya kurang terasa dengan reaksi tersebut tetapi saya pasti pada rakan-rakan lain yang bukan beragama islam, reaksi begitu adalah amat tidak rasional dan terlalu annoying.

memang betul dalam agama islam, babi adalah haram untuk di makan tetapi pada agama lain babi bukan haram dan itu tidak menjadikan babi itu sebagai makanan non-halal kepada mereka, jadi apa masalahnya bila mereka makan daging babi? Adalah satu penghinaan bila mereka yang tidak mempunyai sebarang barrier, samada untuk memegang mahupun memakan daging babi dilihat seolah-olah mereka melakukan perkara paling jijik dan terkutuk atas kejadian makan dan pegang itu.

bila perkara begini berlaku, timbul perasaan malu saya pada diri sendiri bila ada dikalangan kenalan yang langsung tidak tahu berteloransi dengan orang lain terutamanya rakan-rakan berlainan agama dalam hal ini, jangankan kata tidak kisah, urusan makan-minum dia pun sebenarnya bukan hak orang lain untuk dipersoalkan, apalagi bila yang dipersoalkan itu adalah hukum yang tidak kena mengena dengan dia.

Saya pasti ramai yang tidak pernah tahu bahawa dalam salah satu cabang agama kristian ada satu ajaran agama yang mengharamkan pengikut mereka memakan daging babi, malahan larangan mereka lebih strict daripada itu bila mereka juga tidak meminum minuman keras atas alasan kesihatan, sedangkan kita tahu dan pasti ada orang beragam islam yang juga meminum arak dan terang-terangan mengaku dia mabuk, walhal asasnya tetap sama, babi atau arak- kedua-duanya adalah haram dalam agama islam? kenapa dengan arak tidak pulak rasa jijik? kalau nak jijik sangat biarlah jijik terus kepada semua perkara haram, ini tidak yang babi tau rasa jijik, yang arak, yang zina dan macam-macam lagi tu tak pulak rasa jijik sedangkan hukumnya tetap sama- HARAM.

Nak tunjuk jijik pun biarlah kena pada keadaan, nak buat muka geli-geli nak muntah pun biarlah depan orang yang sama kepercayaan, yang kau buat muka depan kawan yang tiada kena mengena dengan hukum-hakam halal & non-halal tu bukan setakat menghina tapi nampak macam kau tu melebih-lebih melampau, tu yang buat orang tak berkenan dengan agama yang dianggap universal, sebab dari perangai kau sendiri tu buat orang tak respect.

2 comments:

BOBOayeeN said...

sgt setuju, we born in diffrent race and religion so, mahu tidak mahu kena respect other pegangan..he he

kay masingan said...

saya selalu menghadapi situasi mcm ko ni Dida. Mereka akan tanya saya pernah makan babi kah sebelum masuk Islam, agama ibu bapa saya apa (sekarang) dan saya jawab dengan penuh jujur. Bayangkan mimik muka mereka mcmana? Saya rasa kawan2 saya itu -bukan dari borneo agak sempit sikit fikiran mereka. Bila saya ceritakan bahawa saya tinggal bersama ibu dan kakak yang bukan muslim pun buat mereka keliru dan pelik.