Wednesday, May 9, 2012

kehendak hati

Rasanya aku tidaklah terlalu tua untuk jiwaku mengasak hati mahu kelihatan menarik di mata manusia sekeliling, tipulah kalau aku kata aku tidak suka dipuji, bohonglah kalau aku cakap aku tidak suka kelihatan cantik, jangankan pada rupa-paras, malah pada penampilan sekalipun, lebih-lebih lagi bila aku duduk KL, segala yang cantik, tertarik, menarik semuanya ada disini.


Ingat, aku tiada kehendak untuk kelihatan stylo seperti dia? aku juga mahu berpakaian seperti dia walau aku tahu wajah aku tidak seperti dia, ada waktu hati aku meronta-ronta mahu bercontact lense kaler biru, kaler grey, kaler hazel yang pasti menampakan kelainan pada wajah. Tengok orang pakai, hati aku juga mahu. serius!

Tapi, itu kehendak hati mungkin bukan kemahuan nyata, tengok, betapa mudah hati manusia diasak duniawi, setan sangat mudah menggoda. Hati, teruskan bertahan.

3 comments:

ummiP3 said...

Mi9d kau dah cantik semulajadi...nanti kalu ko cun sangat...susah hati laki ko..kang kena ngorat lagi heee

.dida mumin♥ said...

@ummiP3 oii mek..kalau betul aku santek dh lama aku jadi bini datoooook tau..hehe

stichares said...

cantik dalaman lagi penting..dah saya pasti awak ada itu.. :)