Sunday, March 31, 2013

Doa saya bermula hari ini



Kalau hari-hari asyik nak menyalahkan orang lain memang tidak pernah ada habisnya

Kalau setiapkali asyik mencari kesalahan orang lain diri akan rasa sentiasa betul dan tak mungkin buat salah selalunya

Tapi kita tak boleh tipu hakikat, kalau tak betul itu tetap salah dan sebaliknya begitulah
Kerana itu aku mula langkah kecil dulu

Aku mahu hari ini dan hari seterusnya biarlah aku jadi lebih baik dari hari sebelumnya.
Nampak mudah bukan?

Walau tidak semudah istiqamah untuk satu perubahan baik untuk diri sendiri. Amin.

1 comment:

kay masingan said...

Kenapa ya, bila sesuatu bencana atau masalah berlaku dengan diri kita, walau nyata itu adalah silap kita tetapi kita akan berusaha untuk memberi tempias pada orang lain? Yang silap itu puncanya dari orang lain?

Saya akui terkadang saya begitu. Atau lumrah manusia atau saya, yang tidak ingin berduka sendiri?

Semoga hari ini dan hari seterusnya akan menjadi lebih baik.
Byk saya ketinggalan post ko o Dida. Agak jarang blogging lately. :)