Saturday, March 23, 2013

please, God spare our moments together.

Melengking satu suara wanita dari salah satu bilik hadapan. suasana wad kanak-kanak HKL senyap sekejap,makcik indon yang anaknya kuat merengek itu laju berlari keluar wad, hampir 20 minit makcik itu kembali, "anaknya meninggal...kasian.."katanya, aku diam sambil memandang makcik indon, "berapa umur anaknya makcik?" kawan sebelah katil pula bertanya "katanya 4 bulan..". Ada terdengar keluhan kecil dari rakan-rakan satu wad ada juga yang mengucapkan inalillah, walau aku pasti tiada siapa antara kami yang tahu agamanya tapi nyata doa yang terbaik mengiringi si kecil itu.
Dalam hati aku meminta agar si ibu punya sejuta kekuatan untuk berhadapan kenyataan. Aku pandang G yang tidur tersentak-sentak kerana hidung tersumbat, sesekali tangannya terkapai- kapai ketidakselesaan dengan keadaan hingus yang menyumbat hidung dan koolfever di dahi. sejuk barangkali.
Jauh hati saya melayang, sedikit pun saya tidak sanggup untuk membayangkan kalau saya yang berada di tempat si ibu itu. Tiba-tiba, kali ini raungan sekali lagi kedengaran, panjang,lirih dan sayu yang teramat.
Makcik indon itu sekali lagi berlari keluar, anak lelakinya yang berusia 5 tahun dibiarkan merengek. Cepat-cepat aku baring sebelah G, tangan G aku bawa hampir ke mulutku,ku hidu dalam-dalam. Sedalam perasaan kasihku padanya. Kemudian aku letak bantal atas kepala, tidak tahan mendengar tangisan si ibu, hatiku juga sama terusik.
Aku paksa diri untuk tidur, ku pejam mata rapat-rapat. Tak tahulah berapa lama aku berkeadaan begitu sampailah aku terjaga bila pehaku di tepuk perlahan,aku selak bantal nampak dhani dan E.L senyum-senyum manis.
"nangis ke?" katanya bapa budak-budak. " tidak lah.." sambil lap mata dengan tapak tangan.
sedikit pun aku tidak bercerita mengenai ibu yang kehilangan anaknya itu. Tidak sampai hati mengongsi kesakitan orang lain saat kehilangan anak kecil, orang kesayangan mereka.
Memang tidak terdengar sudah tangisan si ibu, mungkin sedang bersedia fizikal dan mental untuk melepaskan dewa-dewi kecilnya pergi.
Doaku semoga tenanglah kamu disana bidadari kecil. Aku pandang G yang sedang diagah oleh abang-abangnya. Aku lihat tiga nyawaku itu riang bersama, dalam-dalam aku renung mereka satu persatu...tiba-tiba aku teresak-esak, suaraku tertahan di jantung,pedih. Tuhan, tolong beri aku ruang selama mungkin bersama mereka bertiga, kerana mereka bukan setakat nyawa tapi mereka adalah diriku. Nafas dan darahku.
p/s : tolong doa untuk G biar cepat sembuh, semoga hilang rawan hati mummy melihat kau segar semula sayang.


2 comments:

ummiP3 said...

Aku kalu bab anak memang senang gak nitis airmata....ui...aku pun...anak2 nyawaku..3 puteri..ko 3 putera..

Anonymous said...

Get well soon...dah lama jd silent reader..hope awak kuat..